Memaparkan catatan dengan label bosan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bosan. Papar semua catatan

SETIAP DUKA TAK ABADI

salam

kadang kadang aku harap aku hebat.
macam bila ada orang minta tolong aku boleh buat tanpa fikir dua tiga kali.
tapi tak semudah itu bukan?.
sebab ada hari kita akan membusung busuk tak dipeduli.
sebab secara serius manusia kini tak beza jauh dengan sifat binatang.
padahal itu bukan alasan untuk terus mementingkan diri.
tapi itu juga yang jadi sebab kenapa sifat penting diri ada dalam setiap hati macam parasit dalam tubuh babi.

tapi bila kadang tengok pengemis mengemis di kaki lima.
mereka juga ada rasa penting diri walau nampak kasihan mereka harus sedemikian sebab persaingan.
untuk hidup kita kena berlawan yang kalah terkubur yang menang terus berjalan ; terus tamak

bila tengok balik pada setiap hal.
kita sebenarnya boleh hidup harmoni macam tentera semut.
mati bukan sebab tamak dan persaingan.
mati sebab lambakkan rezeki; gula.
gila bukan?.
aku rasa kadang semut lah paling beruntung jika ekosistem mereka dibiarkan.

hidup berpasukan.
saling memberi dan menerima, semua dapat rasa.
kerja sama sama.
tak payah fikir apa nak buat untuk tambahkan lagi ini.
mana nak cari ini biar kita lebih tinggi dari orang lain.
itu semua ada dalam contoh diskrit semut api.

tapi sayang.
manusia tak macam semut api.
yang berapi cuma hati.
hasad dengki.
iri hati.
tak saling membina.
kalau membina pun pasti bersirat dengan agenda.
tak ada yang mahu buat percuma.
semua nak hadiah.

hatta pengangkat jenazah pun nak upah.
itu belum diseret lagi kes pilih imam teraweh.
agenda disulam dengan ibadah.
sambil ibadah sambil harap hadiah.

ataupun.
entah entah.
aku seorang yang belum mati.
yang lain semua cuma roh jahat yang masuk dalam mayat menyamar macam sahabat.
tapi mana mungkin.
mana aku nak letak orang orang yang masih baik pada aku.
jadi ia sebenarnya mudah
aku baru dapat idea.
untuk hidup aman.
kita harus faham alam sekalian memaafkan orang orang yang macam binatang.
kesimpulan mudah dan mencerahkan.



for the record :
terima kasih kepada rakan rakan yang masih sudi berteman dan ketawa

DRAFT

Salam..

Tahukah anda bagaimana rasanya bila mahu menulis tapi tak boleh tulis; rasanya seperti perasaan meronta ronta seorang kanak kanak yang tak dibenarkan keluar bermain di luar rumah.

for the record :

banyak gila unpublished post yang jadi draft.

STILL NOT GETTING ANY

Assalamualaikum..

Dah raya ke tiga hari ini, secara automatiknya raya dah tamat. Jadi yang tengah gedik gedik dekat kampung dah boleh packing barang nak balik rumah balik asrama balik universiti. Aku tak tahu nak mula dari mana, secara jujurnya aku tak pijak door mat rumah orang lagi nie, even dah tiga hari raya.

Clueless gila nak pergi mana raya raya nie, macam tak ada life walaupun memang tak ada life. Orang orang pergi sibuk beraya kau pergi blogging buat apa doh!. ah, sukati.

Pathetic sangat sampai aku harap raya nie cepat habis secara total, buat apa nak raya lama lama. Memang tak ada semangat langsung, Almond london tak makan lagi nie. And even pathetic gila babi adalah.

1) aku belum salam sesiapa lagi sambil apologize ;and so yes, even family sendiri. 
2) aku cuma beli baju t-shirt berkolar kaler maroon sebagai pakaian raya ; and so yes itu saje.
3) seluar jeans atau seluar raya aku tak beli ; and so yes aku guna yang 2 tahun lepas punya. 
4) malam hari raya pertama aku lepak maple yang kebetulan beroperasi.
5) malam tadi makan malam dekat McD
6) pagi tadi sarapan KFC yang ditebus dengan Hot Ticket hotlink.
7) the most pathetic part is ; baju melayu aku warna biru (tahun nie berusia 7 tahun)
dari form 3 aku tak tukar tukar


tapi baju nie aku jarang pakai, jadi tak ada la nampak macam sengkek sangat asyik repeat baju yang sama kan plus benda nie orang cuma pakai waktu first day raya je and another plus butang baju melayu aku dah cover semua sekali kekurangan baju repeat nie.

Kalau ada yang nak mengumpat mengumpat baju nie aku flash la kat diorang butang baju melayu sakti yang mampu tutup mulut si belagak bergaya tersebut...haha

ok chow.

for the record :


album simple plan doh.. dari tadi aku nak ingat apsal title entry ni macam familiar..

kadang kadang bila semua macam dah selesai nampak macam dah sedia. Selamba terlintas dalam fikiran, Tuhan aku dah sedia, sila angkat. -si bosan dihasut si setan-

REVOLUSI

after 7 years...
mama mula mendorong...
cik tunang mula bising..
ayah masih steady..
adik beradik gelak gelak..
adik bongsu menganjing...
tak henti henti rewind iklan TV...
duit dalam akaun makin segan hari hari...
kali terakhir pada 1950-04/09/2010
tak tahu apa jadi lepas nie...
serius rasa dia macam damn...

for the record :
mahal gila...
kerajaan sila subsidikan niQuitin. In case you guys memang benar benar dahulukan rakyat.

TAK PASAL PASAL




for the record :


ini salah satu sebab kenapa wartawan harus pergi sekolah dua kali lebih lama dari orang biasa...tak kira lah wartawan tersebut dari negara mana pun.

YANG MACAM BANGANG #2

assalamualaikum...

korang ingat tak aku pernah tulis entry nie yang memperjelaskan kebijaksanaan segelintir individu di alam ciber ini. Haha, kebelakangan nie aku banyak terdedah dengan humor, bukan rumors ok.

OK, malas aku nak melalut panjang. ini printscreen yang aku dapat dari syok.org, usaha keras seorang pengkomen kronik!

klik gambar kalau ada masalah

haha..
berebut punya berebut sampai grammar dengan kira kira dah berterabur. And still.. aku tak paham. No offense pada korang yang suka buat benda ni macam nie. Tapi korang memang ada semangat persaingan yang tinggi, tapi gagal disalurkan pada jalan yang kurang jengkel..


for the record :

aku nak update pasal benda lain tadi..cis

CERITERA SITUASI SUATU HARI

assalamualaikum...

Pukul 0716.
matahari mula menyetubuhi bumi. Pada detik ini lampu kalimantang masih perlu berkhidmat,untuk elak komplikasi negatif pada mata. Warga bangladesh mengambil kesempatan cuti umum nuzul Quran ini untuk ke pasar depan, letaknya lebih kurang beberapa minit berjalan.

Pagi pagi lagi dah mula borak besar besar. Bagi semua orang dengar, aku belum tidur lagi dari malam tadi. Jadi tak aku tak kisah sangat kalau mereka nak jerit jerit macam kena histeria. Sebab aku takkan susah.

Burung burung mula borak borak riak pasal persediaan hari raya yang tak lama lagi - baju warna apa langsir warna apa - kecoh.

Butang spacebar aku rosak. Susah betul nak taip taip, tapi aku tak kisah. Masih boleh guna lagi, buat apa nak sedih sedih - hargai.

Sebab bosan yang terasa banyak kali, kadang aku tukar tukar warna layout blog. Jadi sebabnya tak perlu di-kenapa-kan.-bosan.

Semalam petang.
Ada tupai yang pandai melompat jatuh ke tanah. Saksi memberitahu, beliau terkena renjatan elektrik sewaktu menggunakan jalan pintas untuk ke pokok lain. Polis masih siasat hal ini, ada unsur unsur cubaan membunuh diri. Tapi beliau bernasib baik, cuma kaki belakangnya sahaja yang gagal berfungsi.

Pergerakkan beliau terbatas sewaktu aku menziarahi beliau selepas dilaporkan mama. Aku bergegas ke tempat jatuh tupai, betul betul bawah tiang elektrik yang menjadi punca kemalangan tersebut. Aku dapati kaki belakang beliau sudah mula dikerumuni kerengga haloba tak puasa.

Mujur ayah sempat mengeluarkan senjata hikmat warisan keluaran syarikat apa entah-Ridsect- procter and gamble barangkali. Ah!, apa aku peduli. Mesejnya di sini ayah dan Ridsect memang intim, dari zaman awal kahwin dulu menurut mama. Digunakan senjata itu untuk menjamin keselesaan tupai cedera tersebut.-lagak macam paramedik.

Semburan mesra ayah dari kaki belakang tupai sampai ke ekor membuatkan tupai terganggu dengan bau Ridsect, tapi malang sungguh. Dek kerana tangan yang pendek serba kekurangan beliau membiarkan aroma Ridsect memenuhi ruangan paru paru sekaligus menganggu proses repirasi beliau.

Sewaktu lawatan aku, tupai beria ia mahu lari menyelamatkan diri, tak ubah macam seorang pesakit strok yang cuba bangkit selepas jatuh dari katil . Trauma dengan ayah barangkali, aku turut merasa tempiasnya.

Malam tadi.
Aku cari balik tupai pandai tersebut,sudah lepas waktu iftar, tiba tiba teringat nasib sang tupai, dengan apa agaknya beliau iftar dalam keadaan daif sedemikian.-Hilang, yang tinggal cuma foto yang sempat aku rakam.

Gusar aku, jauh mana sangat seekor tupai strok mampu pergi. Tapi pencarian aku tak berhasil beliau gagal dikesan

Jadi kalian yang terserempak dengan Sang Tupai, atau nama panggilannya Joan Brickman VIII, harap dapat menyuruh beliau pulang ke Meru semula. 






Joan Brickman VIII ialah haiwan yang mengigit dan cepat sensitif, jadi kalau Joan Brickman VIII emo tiba tiba jangan ambil hati sangat kalau kena gigit.




for the record :
Sayangi binatang. 

SUNSHINE AND RAIN

ramai yang terkejut bila aku cerita aku dah tak buat benda lama lagi...
aku dah tak buat benda yang orang lain sibuk buat....
aku dah tak buat benda yang orang seusia aku buat...
aku dah tak buat benda yang sepatutnya orang tengok aku kena buat....

kenapa entah....aku berani sangat barangkali....
kenapa entah aku pegang sangat prinsip kalau nak dapat banyak kena berani hilang banyak....
siapa entah dorong aku pegang prinsip sebegini gila...
apa entah aku dapat lepas hilang banyak sebegini...

ada...
kau tahu apa?...
kebebasan....
tiada dijual di mana mana...
tiada tanda harga...
hidup menjadi diri...

dulu
setiap hari...
setiap pagi...
aku hidup hipokrit...
gembira...ketawa...risau
tapi plastik...

hari ini aku lari...
berdiri...
berdikari...
sendiri...
sama suara sendiri...
sama kaki sendiri...
bangkit dari mimpi yang penuh iri...
aku cuba berani....
pura pura berani...
dan aku berani....



for the record :


kenapa entah aku layan cerita ini...according to someone ia tak jauh sangat dari current life aku...
give me some sunshine...give me some rain...
give me another chance...
i wanna grow up once again....

TAK ADA MODAL

modal adalah merupakan suatu titik tolak yang penting dalam segala hal....modal merupakan sesuatu yang abstrak sehingga boleh diterjemahkan dalam interpretasi yang pelbagai....bagi seorang yang islamik dan alim....mereka sudah pasti menjadikan pahala sebagai modal untuk mengecapi syurga....

bagi kaki judi pula....mereka sanggup menggadaikan barang kemas milik isteri untuk dijadikan modal permulaan berjudi....

modal adalah amat diperlukan bagi memulakan sesuatu perkara.....jika pergi kelas naik motor atau kereta....anda perlu cucuk duit pinjaman kerajaan anda untuk mengisi minyak.....makan....beli rokok...dan  isi kredit telefon......kalau telefon tak ada kredit macam mana nak tanya kawan ada kelas ke tidak.....

susah kan?....

maka modal adalah sesuatu yang super possibly impossible untuk lari dari kehidupan harian manusia.....kehidupan lepas mati pun sama.....kita perlu kumpul modal pahala untuk memastikan kita hidup senang lenang dalam syurga.....

bagi seorang blogger tegar....apabila tidak mempunyai modal untuk menulis mereka akan cari cara yang paling senang untuk bagitahu pembaca mereka bahawa mereka masih hidup.....dan giat menulis....

selain itu....ada juga yang plagiat kerja orang lain untuk menunjukkan kepada pembaca mereka bahawa mereka genius smart-ass.....ini cara paling celaka.....orang buat blog dia juga mahu buat blog.....tapi tak tahu nak tulis apa......curi orang punya idea.....olah sikit sikit.....dan published.....oyeah!...pathetic....

ada juga blogger yang setakat buat macam ni....


lepas itu tekan publish....ini gaya yang selalu sekali digunakan oleh blogger yang tak ada modal nak cerita......mereka akan cakap let the picture tell you....while the picture obviously got no ability to do so.....it makes some us who love to jump to the conclusion think that the blogger just wanted to show-off his/her brand new DSLR......yeah seriously.....some of us love to jump as high as it take......sue us.....haha.....

and by the way.....i also got no issue to put in here..... just watching youtube....all the idea flew away....i  wish my gold age wont end up senile and deaf as well.....

for the record :

aku pernah di tag di foto dslr yang tiada aku di dalamnya....cilaka

"10 ringgit keronyok jadi bukti jenayah semalam...
aku keluh-ketawa seragam"

MALAM

sibuk...
tidak lapang...
tidak senang...
sibuk aku pun aku masih di sini...
lapang aku pun aku tetap ke mari...
apa entah aku cari...
tak pasti...
bila payung malam terbuka...
aku paling gembira...
aku mahu teriak...
terimakasih tuhan...
buat payung indah banyak bintang...
terimakasih bintang...
sudi bersinar sampai terang...
kadang sampai lupa aku pijak pada apa...
sampai lupa usia sudah berapa...
gila...
masih gugup dan gila...
kurang fokus...khusyuk pada benda...
diam tapi entah ke mana...
dusta lakon sempurna bahagia...
ah!..malas aku berceramah...
biar figura saja bicara...



MEMBEBEL JE!!

assalamualaikum...

as usual..its already late....this is some kind curse to face this difficulty to sleep....and as usual also....i dont actually know what to write...and yeah...you are surely dont know what to read so.....thats why you came here....seeking for something....and think....you'll found something....

sorry...this flu pal.....im not really in a pink of health recently....starting with a throat ache....and now this rainy nose keep toping up the thunderstorm inside.....yeah....great suffocation....the oxygen and another mixture of gases filled my lungs using my mouth and another half-function tunnel left....OMG....you might say this.....what am i trying to tell about?.....

haha....this is not me.....this is the pill.....that might be taken over dosage....it brought me aboard.....into some place where i can still talking talking and ting tong.....i cant sleep.....and i try.....i already put the netbook off....not hibernate it nor sleeping it.....it shut down for good.....and then....i put the ear bud to its reasonable hole.....and sigh.....im awake.....the netbook awake......and we keep accompany each other.....

oh...wait wait wait.....im not stoned okay.....dont judge me by the way i write this.....i still have an abundant self-consciousness to avoid myself doing stone and brick activity.....they always talking about peace and shit together....who?....

yah....for sure the big talented moralist to be.....im not talking about anyone or anywhere.....i already say that earlier.....its about moralist with not enough "mana"....what the hell "mana" thing is?....if you play dota....you will know it for good.....and for those who dont know.....Dang!....welcome to the earth!.....

in this very planet....they will keep playing video game.....and...sure things is....video game was invented to make humanity grown in default mode.....you know what i mean.....keep on playing....without taking note the time....day and night....health or sick....live and death....

this entertainment and activities already inducted well deep inside the community....until some point where you'll be considered as jumud and kolot etcetera....if you dont do what they did.... this is simply made the humanity forget about Gaza....and go to McD and spend the money for their fund.....and the fund according to some people will be used for their objective to destroy the muslim world nation.....

they also do blogging....for what sake?....we still dont know yet.....its also sometime make human steadily forget the environment.....same goes to video gaming....we can see this bad habit by those who kasi naik entri satu hari 8 kali.....

they addicted to this weird normality.....i myself even dont know why am i struggling in this writing and publishing the story here and there......so that as the consequences.....one might seeing the fact in the revise order......one must have an opinion and stand for it......and another one might sold the hatred hoping the braindead people drop over to buy the bullshit.....oh for god sake....please....get a life....

if im not interested with what you interested in.....thats mean we are human....human live in differentiation and harmony....in whatever degree it is....wherever angle it takes....appreciate it.....accept it....and take it.....dont force others to love what you love.....respect others tendency....and others will surely respect yours....

and physical joke is another satanic devilish barbaric sin ever....i dont wanna talk long about it....its sinful enough to be talked about....

eh....actually i want to babbling about what erk?.....oh....about the moralist....actually i watching this Zehra-Janji Kekasih.....you guys pun go pergi tengok cerita tu kat catch up tv.....entah macam mana aku terklik link orang share kat facebook.....

you guys go and watching.....take the pill.....sit in front of the PC or laptop.....and your blog entry will be the same as mine.....haha....selamat menonton.....

gambar gua.com


for the record :

syaitan yang ditugaskan untuk menawan hati orang baik ialah yang berpangkat general....ustaz ustazah sekalian.....sila hati hati.....jangan sampai sifat ujub takbur itu memakan diri ya!....

K ini semua kau punya pasal...

dah pernah keluar lepak dengan member yang asyik cerita pasal ex-gf dia yang dah setahun lepas clash?...ya...memang maksud aku sepanjang waktu lepak tue dari pukul 2230 sampai 0230 asyik buat sorotan plot kisah cinta yang tak jadi.....pernah tak??....

aku pernah....rasanya memang macam cilaka....

kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk [kejap button K aku rosak.....kena tekan kuat kuat...tu yang aku tekan banyak kali tue.....]

ah...korang pernah rosak button K?....

aku pernah.....rasanya macam tiba tiba malas nak bloging....

kalau tak ada huruf K macam mana nak blogging?....
kalau tak ada huruf K macam mana nak eja perkataan yang pakai huruf K....
nak mencarut pun tak best kan....

sebab majoriti ayat sumpah seranah semua pakai huruf K.....

nak aku bagi contoh?....tak payah kan....
korang pun tak payah la cari contoh.....
itu bukan fakta sangat pun.....

aku tahu dalam minda korang sekarang tengah ingat ingat setiap perkataan mencarut.....
saja kan nak pastikan kebenaran....

ngada ngada....
banyak banyak benda boleh buat....
saja nak pertikaikan fakta K dan carutan.....

aku memang dah tak ada spirit la nak blogging....ini semua sebab K....
ok lah....next time aku blogging pakai PC la....chow....

for the record :

be gentle with K

foto google
 and sigh








YANG MACAM BANGANG

assalamualaikum....

pernah blogwalking?....mesti pernah kan.....pernah nampak situasi macam dalam gambar ni?.....jadi apa korang rasa?.....kalau aku....aku rasa benda nie macam bangang......tak tahu lah kalau dengan buat macam nie boleh buat orang rasa happy......tapi aku rasa kalau tak buat pun tak rugi apa apa kan?.....lagi pun nampak menjengkelkan.....


dari blog hilang punca

dari ohtidak.com



untuk yang pernah blogwalking dekat blog blog stylo dan popular....korang mesti pernah perasan style batak macam nie kan?....dekat ruangan komen diorang....

bagi aku...aku rasa style nie muncul bila pelaku tersebut didorong rasa ingin menumpang popular pemilik blog tersebut....

secara jujur.....aku tengok pun naik menyampah....bila jadi pengkomen pertama mesti ada nak letak 1st...kadang berlarutan sampai 10th pun ada.....

oh come on la....jangan batak sangat weh.....bukan dapat hadiah apa apa pun jadi first....nampak bangang....

jadi pada yang terasa lepas nie jangan buat lagi....hahaha...kalau nak cari publisiti pun guna la cara lain....cara macam nie sebenarnya nampak hina....kelam kabut...dan tak semenggah....

yang nak buat tue fikir la dua kali....jadi kepada yang masih bergelumang dengan perbuatan tak berfaedah nie sila berhenti.....sebab perbuatan nie macam [you-know-what]



PS :
jangan buat macam tu kat sini....aku lempang kang....



PANDU CERMAT!!....BERAPA KALI NAK BAGITAHU??....


selepas melihat video di atas.... korang pasti ada tercakap OMG kan?....sebab aku pun ada cakap jugak tadi... sebab kesialan pemandu dewasa kini sudah di tahap yang membimbangkan...... dan dulu aku ada share juga pasal video eksiden dekat taman midah...... tapi video tue aku remove demi menghormati si mati yang terlibat dalam kejadian.......

tapi lepas tengok balik benda benda macam nie....aku jadi fikir....sebab apa ada juga segelintir manusia yang dilahirkan untuk buat kecuaian macam ini.......sedangkan banyak perkara perkara yang macam nie dah berlaku..... tapi semua tak ambil kisah kan?.....bila dah jadi baru nak nyesal tak sudah.....

tapi the point is.....bila ia membabitkan kanak kanak....atau ibu kepada kanak kanak.....damn kan?.....sedih kan.... rasa macam nak bantai ramai ramai kan pemandu yang macam <*(oo)*> tersebut....

klip vidoe di atas ada di antaranya merupakan sedutan filem...... tapi memang realiti sikap pemandu dewasa kini yang terpapar kan?.....sebab aku pernah juga naik kereta dengan pemandu macam <*(oo)*> nie..... tapi aku cool jer......aku buat buat rilek......sebab kalau aku jerit jerit nanti diorang cakap pondan plak kan?......alhamdulillah..... setakat ni tak pernah berlaku kejadian macam nie lagi.....naudzubillahi minzalik.....

jadi sebelum keluar lepak dengan pemandu macam <*(oo)*> nie.....adalah amat disyorkan untuk menunaikan current prayer.....kalau mat rempit selalunya kena make sure isyak dah lepas......baru berani meredah highway.....dan berkeyakinan......serta pasti dilindungi....ye tak?....

kira at least.....kalau dah mati nanti tak ada la menyesal sangat kan....sebab sempat sembahyang.......maklumlah.....manusia manusia dewasa kini.......selalu yakin sangat sempat kumpul pahala yang boleh kaw tim masuk syurga.....ye tak?.....tak payah nak hipokrit weh......aku pun ada jugak lengah lengah taubat.......tak semat taubat at least dapat tunaikan sembahyang terakhir tue is better enough kan?.....dari dua dua tak sempat.....kan kan kan?......

tapi masalahnya.....kalau kita dah cukup berdisiplin sekalipun....tapi ada lagi si <*(oo)*> yang entah datang dari mana......<*(oo)*> mabuk minum arak lebih ke......payah jugak kan?..... 

aku pernah tengok accident yang true punya..... motor elok elok kat traffic light tiba tiba kena sondol dari belakang dengan waja yang dipandu <*(oo)*> mabuk...... penunggang motor tu india..... habis tulang rusuk dia tersembul keluar weh...... serius macam sambal gearbox......korang pernah dengar sambal gear box?....tak ada kan?.....tapi malam tu ada..... memang true and fresh.....cuma rugi tak bawak mangkuk dengan straw je.....

jadi pesan aku kepada orang orang yang ada lesen kereta atau tak ada lesen kereta.....kira yang memandu la senang cerita kan.....jangan <*(oo)*> sangat......kalau nak mati sangat....pergi mati sorang sorang.....jangan libatkan ladies and gentleman yang berdisiplin ok.....

lagi satu....kepada yang konon konon cekap memandu tue agak agak sikit la ye...... sebab malang tu tak berbau......jangan nak kerek sangat.......kang dah ada yang mati nanti.....korang tak boleh nak buat apa apa dah......kalau korang tak kesian kan diri korang.....kesiankan orang lain......

lagi satu....kepada pakcik pakcik.....kalau ada anak kecil ke......anak kecil orang lain ke.....anak kecil jiran ke......jangan hisap rokok berhampiran diorang la.....kalau tak pergi sekolah sekali pun tangok la iklan iklan kat TV......sebab nampak macam tak ada ilmu langsung weh......nak hisap rokok itu korang punya hal tapi kalau nak jadi perokok.....tolong tunjuk sikit ilmu sains ada sehelai dua di dada.....

ok chow...

PS: 

aku malas nak attach statistik kemalangan di Malaysia....sebab malam tadi Sergey Brin SMS aku.... 

"der....lu jangan buat hal dengan gua...cilaka la kalau semua benda ada kat blog lu apa guna gua invent google"

aku tak reply....malas nak layan....

for the record : 

setiap 20.5++ minit dalam sehari hidup manusia....malaikat izrael akan datang usha muka kita.....so that be prepared bebeh!....

RECENTLY

assalamualaikum

this is my "fucked-up time"
im not suppose to write this...
and you are not suppose to read this...
this is stupid....
i write it in intelligent way to make it moving up to the certain smart level..
but trust me...its stupid.....

this is a story about feeling....everyone do care about their own feeling....what they felt will be translated into several way of expression...such as sad, happy, boring and whatever...i dont want to make a long list about others feeling...thats not my job to be care about....due to enormous suffocation that i currently dealt with...i wont give a damn about whatever that supposed and technically not involving me...in other hand....i already have a bunch of unsettled business and debt here and there....

as for me...if you came in a right door you'll surely treated well....but if it is obviously our fault to deal with an angry dog....we wont get much...and dont ever expect too much more than a violent bark.....there is no concrete reason...we have to pay reasonable price for priceless joyful....even it is priceless...but we have to  buy it with something and on the list also got thou shall really got a number of guts to handling the hard situation....its not me...its the list prepared for me.....

i can say even "motherfucker" to the things i hate much....why?...why am i saying this?....even there is apparent description told that not all the thing we hate is not good for us...because i am the one who still dont know yet what is actually really good for me...please...give me an air to breath....give me a pray that will resuscitate me from long unconsciousness.....respect me...i dont need much...i just need we will suit ourself with time and space....hence...another something that we cant live without...

something abstract that all the human being and sophisticated civilization called RIGHT...you are not suppose to blow that...and dont even think about asking....because its me...i am...and i...no body else and its me.....there is no answer why am i became me....i dont even know that....and if you continuously bothered why am i became someone like me....its unfair....and you'll be charged as try to stop my very own growing progress....as for that...DONT!....let me free....all i ever wanted is being me.....

this seems like totally emo-silly stupid words....but....my vocabulary in mothers tongue...is currently running out...its not working though....im not good in explaining...ill start to goofing before you'll know it...its kinda troublesome and unusual person will look at me as stupid outcast....i do care what they care....and i dont give a fuck what they dont care....as long my biological clock running....i will grow up and keep on realize that all i've been through in is not deviated from making myself achieving the perfection....

because of what?...i dont even know.... and i hope sooner or later...they will stop asking why me this and why me that....its already suffocated others.... dont let yourself deeply pressed with your own stupid question....just trying to pray....as i said before...God do answer human pray...but sometimes the answer is no....and again....dont bothered to think why His answer is no....because we wont ever get a chance to know that before we stand a chance to meet Him.....its hard...and its long....just be patient....and be nice please....we already made the world as crueler hell....dont make it turn as hell....dont let Zabaniyah start an early shift please.......gotta go....peace!...

long PS:

hot sunny day recently

i need an air-conditioner to release my temperature


or at least a tiny little fan


to bring me back into coldness...


BABI

assalamualaikum...

hi...this is the right time to do this and that...everything went out upside down...banyak yang perlu diselesaikan....aku macam telah jual hidup untuk wang...walaupun jual hidup adalah kebencian mutlak dari dalam sanubari...cilaka...aku malas tulis emosi di sini....bila tulis emosi...aku rasa aku sedang membina lagi emosi yang buat orang ramai mati bunuh diri....letih...semua orang letih dan akhirnya mati...

aku ingat lagi bekas jiran aku yang baru baru ini didiagnose oleh doktor sebagai mati mengejut....tapi orang banyak kata arwah kerja kuat....letih...di tambah usia yang sudah tua....banyak orang yang pertikaikan bila aku kata aku tidur 8 jam satu hari.....aku tidur....bukan aku kacau sesiapa....bukan aku tumpang makan nasi di rumah sesiapa....

aku cuma buat apa yang orang normal buat....tidur...cuma lebih 2 jam....itu pun ada yang nak kecoh....aku perlukan rehat....diwaktu berhadapan dengan si fulan ini...aku ketawa sambil sinis mempertahankan diri....konon konon aku yang bersalah sebab tidur 8 jam....mereka bilang orang dewasa cuma tidur  6 jam....

well...i cant help...sue me!...i just love to spend 1/3 from my daily life to sleep....cilaka lagi....aku buka facebook....minta maaf pada yang terasa....aku sebagai aku dan bukan sesiapa...secara peribadinya.....amat benci bila orang menaip sekejap guna capslock sekejap tanpa capslock....

MaCaM INi MacAm GaMPanG BukAn?.... 


mungkin ia akan buat aku dan secara peribadinya aku jadi macam lambat untuk baca kenyataan yang ditulis sedemikian.....dan aku benci....aku cakap aku benci ya....bukan aku ajak orang untuk benci......nanti secara tak pasal pasal....ada pula yang kata aku cerewet..dan kecoh....maka dalam hati yang terpacul dulu adalah babi....tak tahu kenapa....mungkin kerana sudah biasa.....tapi bila di rumah...bila bersama ayah mama.... babi jarang keluar....ditambat kemas....atau telah pulang ke kandang.....atau aku hipokrit agaknya bila di rumah......

maaf lah....tapi bagi aku tidak salah kerana mungkin ideologi orang melayu yang telah pandang babi sebegitu hina....walhal....babi cuma haiwan yang kotor....kalau dibanding pada kekotoran...ada juga manusia yang kotor...dari segi akhlak...moral...dan hati....lebih kotor dari babi....

paling tidak babi tidak akan membunuh anak dan buang dalam tong sampah....babi masih lagi bernaluri....owh....lupa nak bagitahu....dalam entry nie....dekat bahagian perenggan yang ada banyak tulis babi....sila baca dalam hati....nanti parents korang dengar kang tak pasal pasal kena rotan dengan hanger dari belakang.....terutamanya kanak kanak bawah umur....jangan biasakan cakap babi....sebab bila dah melekat nanti susah nak buang.....

cuba korang suruh budak kelantan buang telor diorang....bukan telur ye....telor....telur dan telor adalah berbeza dari sifat dan karekteristik.....telor = dialek.....telur = hahaha...takkan korang tak tahu.....

berbalik kepada topik babi.....babi adalah haram dimakan samada secara begitu sahaja...its fingger licking good....atau dimasak delam menu apa pun....makanan berasaskan daging babi...atau sebarang suapan ke mulut yang melibatkan babi adalah haram dan tidak halal...juga berdosa ya bila dilakukan dengan akal sedar dan waras......

tapi...hukum memegang badan babi tidak lah pula sebegitu ya puan puan dan tuan tuan....babi dan apa apa yang berasaskan babi jika dipegang adalah tidak elok sahaja...sebab itu kita perlu bersuci.....bukannya haram....bukannya dapat dosa.....jadi apa yang perlu dilakukan oleh si pemegang babi adalah....menyertu....[rootword : sertu..]

sertu dan samak adalah berbeza ya tuan tuan dan puan puan....boleh google...atau cari buku fiqh...malas nak tulis sini....

jadi rupanya ramai juga yang marah bila ada gambar seorang awek study vet. yang pegang babi tu ya....haha...awek pun buat hal....banyak banyak binatang...babi juga yang dipilih untuk diajak bergambar.....

tapi kalau ikutkan aku....yang cetek ilmu ini....aku rasa perbuatan awek tersebut tidak salah....sebab bukannya beliau makan atau gigit telinga babi itu...beliau cuma pegang...and then beliau sertu lah....macam biasa....lepas tu...masuk waktu...beliau solatlah....apa nak kecoh kecoh kan?...

korang tahu apa punca kontroversi?....ya...sudah pasti apabila narrow minded mendapat kekunci komputer dan tetikus dan ada akaun facebook....semua dipandang salah...isu yang tak sensitif pun boleh jadi sismonastik.....

jadi....para narrow minded sekalian....silalah membaca...dan banyakkan ilmu untuk setiap topik yang ingin dibincangkan.....kerana apa?....kerana korang boleh bikin pincang kefahaman orang lain....

yang jenis dah faham pula....jangan nak belagak macam babi ba.alif.ba.ya. pula.....bahasa yang digunakan untuk sesi paku memaku hendaklah berhikmah dan menunjukkan taraf ilmu anda......

apa?....cakap tak serupa bikin?....oh...ok..ok....aku tulis babi kat sini erk?....inikan ruangan blog aku....bukan aku tengah berbincang.....kalau aku tengah berbincang atau dalam urusan rasmi....aku dah lama tambat babi kemas lah....

aku tahu apa erti kurang ajar....jadi maaflah kalau definisi kurang ajar aku dengan kau kau yang terasa itu tak sama.....sebab kau mungkin melayu yang sangat pandang babi itu sesuatu yang sensitif......so...all you have to do....bentang sejadah....angkat tangan ke hadhrat Ilahi....bersyukur....

sebab Dia lahirkan kita sebagai kita....sebagai manusia....bukan sebagai syaitan.....malah kalau ada yang islam....up  lagi level syukur....sebab lahir sebagai islam....bukan manusia yang terkeluar dari senarai yang terdedah dengan hidayatullah......

cuba bayangkan....korang atau aku dicipta untuk menjadi syaitan....sesatkan orang...siap confirm akhirat masuk neraka.....

terima kasih Allah jadikan aku manusia....umat Muhammad [pbuh] lagi....

cuba bayangkan kita dicipta untuk jadi babi....asyik kena caci....sensitif lagi....hidup tak tenteram....anak babi pun jalan tunduk sebab malu mak dia babi.....

terima kasih Allah jadikan aku manusia....umat Muhammad [pbuh] lagi....

jadi yang dah ada nikmat nie....jangan nak sombong sangat lah....buat sederhana...buat macam biasa....ok....yeah...


ps : gua sepatutnya lepak maple malam nie....tapi hujan....jadi sebab tu gua bebel banyak kat sini....trimas kalau lu orang sanggup baca sampai tahap nie.....lu orang memang steady....haha

DAN CUBA LAGI


banyak yang berani cakap bila jatuh cuba lagi....
tak banyak yang berani jatuh...
banyak yang pandai menasihat..
kita memang bijak mencanang nasihat untuk orang...
sebab apa?...
sebab kita banyak menerima nasihat...
atau kita banyak terdedah dengan ceramah berbaur nasihat...
atau kita banyak mendedahkan diri kepada siri rancangan motivasi...
jadi input yang masuk tersulam sebati dalam diri...
dan membentuk individu yang pandai memberi kata kata perangsang...
tapi input ini sebenarnya tidak teraplikasi untuk diri sendiri....
kalau senario ini tidak sahih...
masakan pepatah melayu lama ada menyatakan
pemerhatian ini sudah lama dan sampai ke hari ini...
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...
maka benarlah jika dikatakan bahawa kita sebenarnya bukan hebat mana untuk galas ujian dan bertan tan beban di bahu kita...
kita cuma pandai berlagak macam penyorak di tepi stadium...
menaikkan semangat orang lain....
itu semua permainan psikologi....
cuba rasa sendiri 
ujian yang macam sekian sekian....
tengok tabah mana diri kita untuk bertahan....
menasihati orang tidak memerlukan bakat...
apa yang diperlukan hanyalah sedikit ilmu dari buku "la tahzan"
ataupun pengalaman jatuh tergolek dog...
sebab pengalaman yang sedemikian sebenarnya memerlukan yuran yang mahal harganya...
jadi jika pernah gagal....
jangan malu...
kita harus bangga....
sebab kegagalan harus dibayar dengan sesuatu yang mahal pada kita...
jadi kita sebenarnya kaya....
kerana membelanjakan harta yang kita kumpul demi kegagalan yang mahal...
harta di sini adalah jerih payah usaha....
jangan lurus sangat ya...
jadi apa fungsi penasihat dan rakan rakan di sekeliling?...
anggap saja mereka adalah satu entiti yang kontra dengan syaitan...
syaitan akan membisikkan bisikkan moral jahanam....
manakala rakan rakan kita akan bisikkan kata kata moral yang murni untuk kebangkitan....
jadi tak perlu kita menjadi sombong sampai hilang kepercayaan pada sekeliling bila kita jatuh...
kadang kadang...tempat mengadu adalah salah satu suaka untuk menjadi titik permulaan...
maka...suaka atau sanctuary terbaik adalah tidur...
tidur merupakan mesin merentas masa menurut wani ardy... 
aku setuju...maka...jom tidur!...
bangkitkan aku andai kalian perasan rasa ini telah pudar....



STYLE

salam


gaya adalah merupakan sesuatu yang amat dititikberatkan oleh manusia...terutamanya wanita...


kerana kali ini aku nak taip entry khas untuk gadis gadis...yang upload gambar di facebook dan di mana mana...


01)Tudung


gaya ini di pelopori oleh gadis yang mementingkan penjagaan aurat...alhamdulillah...wujud lagi golongan yang sebegini....dewasa kini trend tudung yuna dan lycra atau tudung yang lilit lilit sampai lebam adalah menjadi pilihan dan biasa dilihat di mana mana...di facebook atau ketika mencuci mata di maple....


siap ada gadis yang sibuk mempelajari cara nak lilit tudung....demi bergaya...mereka sanggup untuk bersusah payah belajar melilit tudung....harap harap mereka juga akan tertarik untuk mempelajari cara cara melilit kain kapan....kerana ia bakal memudahkan mereka jika dipanggil untuk menyertai krew pengurusan jenazah nanti...


ada juga jenis yang pakai tudung lepas itu ada bonggol menjengking dekat belakang dia....menurut google...gaya itu boleh menampakkan rupa si pemakai nampak bujur...gaya itu tidak bagus ya....wahai awek awek....jangan tiru gaya itu....selain selebet dan selekeh....nabi s.a.w. juga ada bersabda



Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :
“2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.”




jadi kepada awek awek yang sedang meracang untuk menjengkingkan tudung kalian....sila fikir dua kali untuk buat sedemikian....kerana apa?....kerana ia nampak selebet dan bangang sebenarnya....harus ingat harus bersederhana dalam bergaya....


02)Mata


banyak daripada foto foto yang di upload...memaparkan cubaan untuk membesarkan mata macam lady gaga dalam video klip bad romance.....konon nampak comel lah kalau mata besar ....nampak macam segar...tidak kuyu dan menarik perhatian....berkarisma.....bersinar macam tak pernah tertinggal solat tahajud.....tapi hakikatnya ia mengundang musibah kerana ia nampak macam daging segar yang sedia dibaham nyum nyum nyum....


dan kepada awek awek di luar sana....cuba beringat sedikit....betapa jauhnya keupayaan imaginasi yang dianugerahkan kepada lelaki.....dari mata turun ke hati dan akhirnya turun ke bawah lagi...tahu tak dekat mana?....kalau tak tahu baca balik dari atas....hahaha


ada juga yang sanggup guna adobe photoshop untuk besarkan gambar mata...atau adjust darkness dekat biji mata untuk nampakkan mata mereka besar....padahal bila jumpa...sepet kaw kaw liaw....jadi moralnya di sini tak payah hipokrit lah....mudah....


dan lagi satu...tak perlu perasan "hot"....kerana menurut ending drama drama melayu yang selalu keluar di kaca TV....gadis gadis sombong yang perasan cun ini akhirnya akan disimbah dengan asid.....korang nak ke?....haha....


03)Seluar cili dan carrot


menampakkan curve curve terlarang....lagi mudah imaginasi lelaki merangkak....jadi tak ada beza dengan tak pakai seluar.....haha....aku malas nak komen panjang panjang....


****


jadi kepada gadis gadis manis....maniskan lah penampilan korang dengan sederhana.... sebelum keluar rumah....baca bismillah dan isti'azah....supaya pengaruh negatif tak masuk dalam minda....tak ada lah rasa nak beli tudung itu baju ini...berfesyen dibenarkan....tapi jangan macam jahanam sudah lah.....orite!...

IDZA JA' ANASSRULLAHI WALFATH

assalamualaikum...

ini entah kali ke berapa aku menulis dengan alasan bosan...rasa macam dah tak ada kerja...aku buat benda yang sepatutnya aku tak buat...tak kisah lah....sebab bosan...jadi to-do-list go to hell ya....

aku blogwalking dari blog ke blog...bosan juga....aku pergi blog yang selalu aku baca kalau bosan...tak up to date juga....barangkali ini musim kesibukkan pada puncak...

aku ada banyak persoalan dewasa kini...ada antara yang tak patut aku fikir....tapi dek kerana bosan menikmati suasana...banyak juga pertikaian yang timbul dalam kotak fikir aku...

pernah aku terbaca dekat satu blog...ada soalan killer yang entah kenapa aku terus fikirkan jawapannya...aku yang ngada ngada barangkali...

soalan tersebut menanyakan tugas malaikat jibrail pada waktu ini....kalau zaman nabi muhammad s.a.w dulu memang lah menyampaikan wahyu kan....tapi kalau akhir zaman nie mana ada nabi lagi kan....so tak ada lah wahyu untuk disampaikan lagi sebab al-quran telah lengkap....

aku ambil masa berbulan bulan untuk fikir...tapi sini ada link yang aku dapat lepas guna google...sedikit membantu....

ada juga aku pernah baca dekat artikel tanda tanda kematian....dekat situ ada tulis... waktu sakaratul maut orang....jibril turun sambil mengembangkan sayapnya yang ada paparan balasan yang bakal diterima si mati tersebut....sayap kanan menunjukkan syurga...sayap kiri menunjukkan neraka...saat itu manusia yang tengah nazak itu dah tak ingatkan orang sekelilingnya....

jadi aku tak dibelengu sangat dengan soalan killer tersebut lagi...sebab dah berpuas hati....

selain persoalan malaikat jibrail....aku pernah juga mempersoalkan kenapa nasib aku agak malang dalam sesetengah hal....aku juga pernah menyerahkan bulat bulat semua nasib manusia telah tertulis dan tak ada siapa dapat mengubahnya....maka apa yang manusia harus lakukan adalah sentiasa berserah dan berusaha sikit sikit....oh!....sebenarnya itu salah....

selepas aku pergi dengar khutbah dekat masjid beberapa jumaat yang lepas....aku rasa macam kena tampar dengan khatib bila beliau menceritakan kisah seorang pencuri yang bakal dipotong tangannya ketika zaman pemerintahan khalifah umar....

apabila diajukan soalan kepada pencuri itu...kenapa beliau mencuri....si pencuri tersebut terus menjawab bahawa ini adalah takdir yang dituliskan untuknya oleh Allah...maka beliau sendiri tidak dapat mengubahnya....apatah lagi orang lain.....maka khalifah umar dengan marahnya memerintahkan pencuri tersebut disebat dengan cemeti...kemudian barulah dikerat tangannya....

apabila ditanya kenapa hukumannya begitu berat khalifah umar menjawab bahawa pecuri tersebut telah menipu dengan nama Allah....

jadi aku rasa macam tertampar bila asyik serahkan semua pada takdir...padahal tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubahnya sendiri....jadi...pilihan sebenarnya terletak di tangan kita....sungguhpun tidak begitu mutlak...tapi kita mampu dan diberi peluang untuk memilih....

jadi...pesan aku pada diri....berhentilah menyalahkan takdir....berusaha...dan terus bergerak...walaupun se inci....yeah!..

ps:
mengubati kelelahan selepas menyusun batu bata membina menara yang akhirnya ditimpa tsunami...bukan sesuatu yang mudah...kalau tak tabah....boleh jadi gila...boleh hilang kewarasan....ya Ghafar...ampunkanlah dosa lalu aku yang bakal mengundang kafarah di hari depan...ameen....

ps:
hari hari disajikan dengan persimpangan...aku manusia..kaya dengan keengganan...kaya dengan kealpaan...kaya dengan kebodohan...tolong lah aku ya Latif....

FUYYOH!


tadi hujan....tahu tak kenapa aku upload gambar atas ni?...ya...sebab tadi hujan....petang...senja secara tepatnya....tapi aku masih dekat maple...sebab apa?...sebab hujan....gambar atas ini jadi saksi kehujanan tadi....nampak kan ada lopak air sikit depan kereta merah tersebut....oleh kerana kamera handphone aku tidak secanggih DSLR....jadi rintik rintik hujan tak dapat turut serta menjadi bukti...

jadi apa kaitan hujan tadi dengan gambar dan entry ini?....mari aku cerita sikit...tadi aku kagum astaghfirullah dengan kereta atas ini....tapi bukan aku seorang....ramai....40% dari isi maple tersebut.....turut kagum....sampai ada yang guna DSLR untuk tangkap gambar kereta ini....

ada juga driver Van company apa entah....berhenti sekejap...tengok tengok kereta ini dari dalam Van....ada juga macha yang kerja kat maple berborak dalam bahasa mereka tentang kereta ni.....yang aku faham bila dia sebut ferrari dengan mata bersinar....

jadi aku pun curi curi tangkap guna kamera handphone....tak ada siapa yang sedar....sebab aku tak nak tunjuk batak takjub yang melampau....aku sekadar seluk poket....letak phone atas peha....dan snap...lepas tu simpan telefon...haha....

jadi dalam hujan petang tadi....di kala senja jumaat....yang aku rasakan afdhal untuk berdoa....aku telah memanfaatkan peluang dengan memanjatkan beberapa potong doa agar suatu hari nanti....aku akan ke perlis....membeli  kereta ini dengan plat pendaftaran.... RAD 21... 

sekarang plat perlis yang paling terkini apa erk?....tak apa...itu boleh cerita belakang...