Memaparkan catatan dengan label CER-PENDEK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CER-PENDEK. Papar semua catatan

WELL-TRAINED SUPERMAN

hari itu beliau sudah genap 35 tahun, perancangan yang disusun rapi selama bertahun tahun nampaknya akan dilaksanakan hari itu. ramai krew yang menyertai beliau manakala beliau merupakan teraju utama dan mastermind dalam rancangan ini.

kabel kabel nampak begitu berselirat, dari satu connection ke satu connection dan kemudian ke Laptop kemudian disambung pula ke supercomputer. ada tujuh buah satelit parabola menjadi pusat bagi semua wayar dan kabel yang berselirat.

di satu sudut terdapat pentas yang dilengkapi prop dan seorang lelaki tua yang memakai suit dan beliau hanya diam pasrah. video kamera berspesifikasi mantap sudah lama bersedia untuk memulakan tugas. krew krew program tersebut semakin sibuk.

bunyi detak detak papan kekunci semakin rancak dan tiba tiba

"ok done!"

"ok..kita mula sekarang"

arah beliau yakin. tujuannya hanya satu. untuk membayar semula penderitaan yang dialami saudara maranya. beliau memang pendendam. beliau yakin. tanpa dendam, yang jahat akan terus jahat yang ditindas akan terus ditindas. sebab itu dendam perlu untuk memangkin kebangkitan.

saluran media diseluruh dunia telah digodam. bila butang "ENTER" ditekan seluruh saluran media di dunia akan tertumpu pada senario yang berlaku di studio underground itu.

butang "ENTER" ditekan dialog spontan dimulakan. seluruh dunia kini terkejut dengan gangguan siaran yang mereka alami. tidak kira sama ada internet streaming video seperti youtube, siaran TV berbayar, corong radio, hatta walkie talkie pemandu teksi dan along kini diliputi oleh gangguan siaran yang mereka dalangkan.

"assalamualaikum and hi, my name is mister. M. and obviously i am Muslim, i would like to tell and show you guys, that my ability in doing this to the man who hold the power in determining mankind's fate and civilization" sambil meletakkan pistol ke rongga mulut lelaki berpakaian suit tersebut.

"i can simply pull the trigger but i wont do that, objectively to make the enemy of my kind of people felt the humiliation they put on us for a pass few decade. Yes we can do this even better, so you guys better watch out with our next vengeful plan"

video tamat, dan mr.president yang kononnya mempunyai superpower ditinggalkan dengan pistol tergonggong dimulutnya dan tangan terikat. kroni kroni mr.president mula gusar dengan kemampuan yang dimiliki beliau. jika pada mr.president yang dikawal ketat 24/7 mampu diculik dan diperbudakkan sedemikian. apa lagi yang beliau mampu lakukan di bawah jangkaan mereka?.

krew krew beliau yang dari pelbagai bangsa dan latar belakang kini berselerakkan ke seluruh dunia membina network satu jemaah yang solid yang akhirnya menjadi titik tolak permulaan pergerakkan menuju kebangkitan.

insyaallah

SWEET ESCAPE

"arghhh!!....mana nak keluar nie??."

teriak salah seorang dari kami yang aku tak kenali sangat. beberapa minit sebelum itu aku dengan dia sempat berkenalan, tapi nama dia aku dah lupa. dia pakai baju macam jack sparrow. jadi tak salah rasanya kalau aku tulis nama dia jack kat sini.

jack agak poyo dengan memaparkan karekter leadership dalam situasi macam ini. bukan aku nak kata memaparkan karekter leadership itu poyo. tapi biarlah secara berhikmah dan tidak terlalu obvious. tapi tidak bagi jack. nervous barangkali.

kami terperangkap dalam rumah seorang arkitek psikopat yang entah macam mana aku pun turut serta sekali. orang macam aku memang selalu ikut je flow, tak pernah nak rancang sangat. rumah agam arkitek ini besar, tak ubah macam rumah kayu dalam movie zathura.

tapi aku macam seronok, macam ini yang aku cari selama ini. berlari lari dikejar dengan arkitek psikopat memang mencabar. habis aku aplikasikan semua ilmu hide and seek during child age aku.

rumah itu berkunci dari pintu sampailah tingkap. semuanya dikunci dengan rapi.

"ha...ke sana mas..sana ada kamar..siapa tahu bisa kabur lewat jendela.. " suggest aku dalam bahasa indonesia.

"ayuh...mendingan kita ke sana aja deh...." jack setuju.

kami masuk ke bilik yang terbuka pintunya. gedebak gedebuk tapak kaki kami memainkan melodi menginjak lantai tingkat 2 rumah arkitek psikopat.

"jackpot!!!....ada jendela mas.." teriak aku dengan mata yang bersinar.

kami pecahkan tingkap tersebut tapi sayang sekali tingkap itu mempunyai grill penghadang menghalang kami keluar melalui situ. cilaka. kami masih terperangkap.

deruman enjin kereta arkitek psikopat kian rancak menghampiri kediaman tersebut. usus kami pula sudah mengecut ibarat diperah katakutan yang amat sangat.

"ayuh...kita tenangkan diri dulu di beranda..." arah jack seakan berbisik  kerana kami sedar yang arkitek psikopat sudah berada di tingkat bawah.

kami duduk di koridor hadapan bilik tersebut. sambil memikirkan idea untuk keluar.

sekonyong konyong terdengar derap tapak kaki arkitek psikopat menaiki tingkat atas melalui tangga kayu rumahnya.

"jom blah!!....cepat...dia dah naik tue.." arah aku yang udah gak bisa bertutur dalam bahasa indonesia lagi.

kami berlari bertaburan  ke tangga wing kanan rumah tersebut untuk ke tingkat bawah. aku sempat memandang raut wajah arkitek psikopat.

"eh!!....apsal macam harun yahya??..." getus hati kecil ku.

arkitek psikopat saling tak tumpah macam harun yahya. beliau menaiki tangga sambil tersenyum psiko dan menghayun jam saku beliau yang berwarna perak.



aku persetankan dan terus berlari. setibanya di tingkat bawah aku terlihat pintu yang aku rasa boleh diterajang dan menjadi jalan keluar untuk kami semua. aku menolak pintu tersebut perlahan.

"eh....tak dikunci...bodohnya..."

bodoh itu untuk siapa pun aku tak tahu. untuk arkitek harun yahya look alike yang tak kunci pintu, atau untuk kami yang tak cari jalan keluar sungguh sungguh.

"woi!!...sini la...keluar sini.."

lantas aku meloloskan diri dan menjerit kepada team mate yang lain yang sudah terlajak melewati pintu escape tersebut.

tapi haram jadah. selepas sahaja aku lolos. pintu escape terkunci sendiri secara automatik bagai dijampi teknologi sains remote infra merah. cilaka. aku kini keseorangan.

sejurus aku menoleh ke belakang. aku terlihat seorang lelaki mirip reshmonu. berpakaian ala ala robin hood, pakaian panglima perang perancis-british. di tangannya ada lembing dan di belakang badannya tergantung kemas panah dan di pehanya terjinjit bekas busur.

beliau memberikan teka teki.

"if you wanted to leave. you must answer my very long question, otherwise you have to be killed!."

lelaki reshmonu look alike membacakan soalan teka teki panjang yang waktu itu aku tak ada pen dan kertas untuk salin isi isi penting soalan tersebut.

dengan selamba aku jawab.

"its ok, i choose to be killed."

sambil bersedia bertempur dengan lelaki reshmonu look alike..freehand.. lawan macam anak jantan.

***

ok ini yang aku mimpi malam tadi. tokoh tokoh tafsir mimpi. tolong carikan isi tersurat dia boleh?. apa maksud mimpi aku ini?.

HEYDAY

Semua berlaku macam biasa , macam 5 tahun yang lepas. Kami tunggu di tempat biasa, macam tak ada arah tuju. Bosan  macam jahanam bila berjanji dengan orang, nak tak nak memang kena bersedia dengan sebarang kemungkiran atau cancel last minit.

Tapi apa ada hal, kami nak pergi berseronok chill out bersama. Buat apa nak marah marah, so kami lepak di stesen bas macam biasa. Bezanya cuma ramai antara kami yang puasa hari itu. Itu plan shoping raya bersama untuk kali yang ke berapa entah, aku tak ingat.

Yang pasti destinasi kami hari itu adalah sunway pyramid. Kenapa entah sunway pyramid, jangan tanya, bukan aku yang kawal event tersebut. Aku cuma ikut saja, memang sekarang ini pun bila disuruh rancang aku jadi kelu. Bukan senang nak bagi semua orang puas hati, jadi ada  baiknya aku diam tak payah nak ajak orang buat itu buat ini.

Sudah ramai juga yang tiba di stesen itu tapi dek kerana ada lagi seorang dua yang berperangai celaka tak sampai lagi kami tabah menanti sambil bergurau gurau yahudi. Celaka, ada lagi yang tak puasa hari ini, sedut rokok suria. Tapi aku harus tabah kuatkan iman, bodoh sangat rasanya jika ponteng puasa hari ini padahal esok nak raya.

Matahari makin meninggi, setinggi emosi yang sedang hangat sumpah seranah orang yang ditunggu tak kunjung tiba. Aku ambil kesempatan untuk ronda ronda sekitar stesen, maklumlah.. dah berapa tahun tak datang sini, dah banyak sangat urbanisasi. Eh.. tiba tiba ada kandang babi dekat sini, siapa punya?..

Tapi keberadaan kandang babi di stesen bas langsung tak ganggu rasa ingin tahu aku, dalam minda aku kosong hari itu. Tak tahu kenapa tapi memang tak diisi apa apa, lawak lawak bodoh diorang aku setakat senyum ala kadar.

Mungkin kandang babi tersebut tak memberi kesan besar dalam hidup aku, kerana babi di kandang itu telah tiada entah ke mana. Shoping raya juga barangkali- sibuk je. Yang tinggal cuma papan tanda yang menunjukkan kandang itu hak mutlak babi dan rakan rakan.

**maaflah kepada yang tak biasa cakap babi...kisah ini memang ada unsur babi..tapi halal lagi**

Yang ponteng sekolah ambil kesempatan untuk tukar baju sekolah di kadang haram tersebut. Kelakar aku tengok bila mereka berhati hati untuk mengelakkan kulit mereka contacted dengan dinding kandang. Kalau tuan kandang balik waktu itu nahas mereka.

Kenapa hari itu sekolah?, padahal keesokkannya Hari Raya Aidilfitri. Jangan tanya aku sebab keadaan hari itu jauh keluar dari kawalan dan kebolehan berfikir secara logik dan relevan nampak tak berfungsi. Jadi mereka tetap kena bersekolah, untuk yang memberontak maka tukarlah baju anda di kandang babi.

Haram jadah betul janji melayu, aku tengok budak budak tue siap dah buat sesi fotografi underground dekat stesen tersebut. Bahana bosan kronik, semua buat style beruk masuk bandar, nasib baik hari itu aku sudah matang.

Sudah tiga empat bas kami lepaskan untuk memberi peluang pada rakan rakan yang berperangai jahanam. Aku mula rasa bengang dan mahu pulang saja ke rumah, tapi mengenangkan bukan senang nak berkumpul dengan kawan kawan macam nie. Aku tumpulkan nawaitu dan terus menunggu.

Tiba tiba cuaca makin redup dan makin gelap, akhirnya semuanya hilang dan bila aku sedar jam di telefon tunjuk pukul 0940, bangun mandi dan bersiap untuk meneruskan hari.



Sekian.

for the record :
Bila nak shopping ni weh!!



CERITERA SITUASI SUATU HARI

assalamualaikum...

Pukul 0716.
matahari mula menyetubuhi bumi. Pada detik ini lampu kalimantang masih perlu berkhidmat,untuk elak komplikasi negatif pada mata. Warga bangladesh mengambil kesempatan cuti umum nuzul Quran ini untuk ke pasar depan, letaknya lebih kurang beberapa minit berjalan.

Pagi pagi lagi dah mula borak besar besar. Bagi semua orang dengar, aku belum tidur lagi dari malam tadi. Jadi tak aku tak kisah sangat kalau mereka nak jerit jerit macam kena histeria. Sebab aku takkan susah.

Burung burung mula borak borak riak pasal persediaan hari raya yang tak lama lagi - baju warna apa langsir warna apa - kecoh.

Butang spacebar aku rosak. Susah betul nak taip taip, tapi aku tak kisah. Masih boleh guna lagi, buat apa nak sedih sedih - hargai.

Sebab bosan yang terasa banyak kali, kadang aku tukar tukar warna layout blog. Jadi sebabnya tak perlu di-kenapa-kan.-bosan.

Semalam petang.
Ada tupai yang pandai melompat jatuh ke tanah. Saksi memberitahu, beliau terkena renjatan elektrik sewaktu menggunakan jalan pintas untuk ke pokok lain. Polis masih siasat hal ini, ada unsur unsur cubaan membunuh diri. Tapi beliau bernasib baik, cuma kaki belakangnya sahaja yang gagal berfungsi.

Pergerakkan beliau terbatas sewaktu aku menziarahi beliau selepas dilaporkan mama. Aku bergegas ke tempat jatuh tupai, betul betul bawah tiang elektrik yang menjadi punca kemalangan tersebut. Aku dapati kaki belakang beliau sudah mula dikerumuni kerengga haloba tak puasa.

Mujur ayah sempat mengeluarkan senjata hikmat warisan keluaran syarikat apa entah-Ridsect- procter and gamble barangkali. Ah!, apa aku peduli. Mesejnya di sini ayah dan Ridsect memang intim, dari zaman awal kahwin dulu menurut mama. Digunakan senjata itu untuk menjamin keselesaan tupai cedera tersebut.-lagak macam paramedik.

Semburan mesra ayah dari kaki belakang tupai sampai ke ekor membuatkan tupai terganggu dengan bau Ridsect, tapi malang sungguh. Dek kerana tangan yang pendek serba kekurangan beliau membiarkan aroma Ridsect memenuhi ruangan paru paru sekaligus menganggu proses repirasi beliau.

Sewaktu lawatan aku, tupai beria ia mahu lari menyelamatkan diri, tak ubah macam seorang pesakit strok yang cuba bangkit selepas jatuh dari katil . Trauma dengan ayah barangkali, aku turut merasa tempiasnya.

Malam tadi.
Aku cari balik tupai pandai tersebut,sudah lepas waktu iftar, tiba tiba teringat nasib sang tupai, dengan apa agaknya beliau iftar dalam keadaan daif sedemikian.-Hilang, yang tinggal cuma foto yang sempat aku rakam.

Gusar aku, jauh mana sangat seekor tupai strok mampu pergi. Tapi pencarian aku tak berhasil beliau gagal dikesan

Jadi kalian yang terserempak dengan Sang Tupai, atau nama panggilannya Joan Brickman VIII, harap dapat menyuruh beliau pulang ke Meru semula. 






Joan Brickman VIII ialah haiwan yang mengigit dan cepat sensitif, jadi kalau Joan Brickman VIII emo tiba tiba jangan ambil hati sangat kalau kena gigit.




for the record :
Sayangi binatang. 

ALASAN DAN AMANAH

assalamualaikum...

hari ini aku nak borak pasal amanah....you know...in our daily life.....kita tak pernah lari dari memikul amanah.... nampak isu ini macam remeh kan.....lagi lagi bila dibahaskan oleh orang macam aku..... secara jujur aku bukan bagus dalam menyeliakan amanah....

tapi juga tidak seteruk yang you all boleh sangka...jadi aku cuma jenis yang tengah tengah....

berbalik kepada isu amanah....amanah can be devided into two relevant volume.... ada amanah yang besar....ada amanah yang nampak macam kecil dan mudah dilaksanakan...

tapi sebenarnya..amanah nie satu perkara yang perlu kita titikberatkan. sebab kita akan dipersoalkan perihal cara kita melaksanakan amanah.....



macam buat assignment kuliah.....nampak macam tak penting mana kan.....tapi kalau kita kaji balik dari dasar dan akar umbinya.....sebenarnya kita sedang pegang amanah.....dari ibu bapa.....masyarakat yang bayar duit cukai dan dijadikan subsidi untuk pelajaran.....boleh pergi sebegitu jauh kan?..

jadi kepada you all yang masih ada assignment tak siap lagi.....pergi siapkan sekarang....blah!....*tegas...

kenapa aku nak borak pasal ini?.....sebab past few night.....aku ada chat dengan seorang hamba Allah yang perjelaskan aku tentang susur galur amanah nie......actually dia tak terang banyak mana pun.....tapi aku yang pandai pandai tokok sendiri ikut kreativiti sendiri..

sebab seriously talk aku rasa macam kena tampar bila aku cakap dekat dia yang kerja aku tak siap lagi sebab tertinggal beg dekat rumah kawan aku...jadi beliau cakap aku dalam bahaya kerana aku telah melalaikan amanah.....

maka aku kaji relevan nya statement beliau.....cis ..aku kalah dengan zero excuse....lepas fikir yang aku pegang janji dengan beberapa orang untuk menyelesaikan tugas......meski tiada hitam putih mengenai janji tersebut......tapi jangan lupa......mahkamah akhirat juga tak memerlukan hitam putih dalam pengadilan....perkara tersebut telah menekan aku dalam beberapa hari berikutnya..... corak aku melaksanakan tugas pun semakin menekan......dan akhirnya.....dalam rasa terpaksa yang mendalam pun aku tetap menyeliakan amanah dengan sebaik mungkin.......

tapi ramai di antara kita yang masih tak punya kesedaran dalam menyeliakan amanah........ ini dapat dilihat di mana mana......di universiti.....di jabatan kerajaan...... di pondok polis.......hatta di tandas awam juga boleh berlaku pengabaian amanah.......fikirkan sendiri relevannya kenyataan ini......kerana ia memang senario yang bebas dilihat di mana mana.......kalau tidak tentu kita takkan dapat lihat tandas yang kotor......kes rasuah dan SPRM tidak akan ditubuhkan untuk menangani masalah amanah ini......

maka kehidupan akan aman damai dimulai dengan amanah.....orang orang jahil tidak akan berpeluang menjadi pemimpin.......tiada si lantang yang akan menyuarakan bantahan di sana sini........dan paling penting tiada kes buang bayi didengari.......

malah kes jual binatang kawalan pun lenyap tidak berfail... hakim cuti hari hari... peguam peguam ralit cari side income...... course perundangan jadi course lelong.....mak bapak izinkan anak dara keluar malam......


TAPI

 itu semua berlaku jika amanah dengan Tuhan ,agama, ibu bapa dan masyarakat.....betul betul dijaga dengan rapi dan dititikberatkan dalam kehidupan harian kita.......

orang tidak amanah boleh dikategorikan dalam ciri ciri munafiq....tidak amanah berpunca dari pengabaian amanah itu sendiri....... maka dalam sedar atau tidak...... kita seringkali diinduksi dengan kriteria ini..... dari setiap sudut..... sampai kita biasa dengar hasutan.......

"ko tak payah skema sangat buat ini dan ini.."

"ko tak payah nak jujur sangat untuk sekian sekian...."

sampaikan perlaksanaan amanah mengikut piawaian yang ditetapkan akan dipandang sebagai sesuatu yang mengejutkan di mata masyarakat......jangan cuba nafikan ini.....ini tahun 1431 ya......kita telah sampai tahap sebegini ya tuan tuan....

culture memandang sinis untuk sesuatu welfare sudah lama mula seawal dulu lagi....maka yang diperlukan sekarang adalah satu modifikasi perlu diadaptasi dalam persepsi manusia terhadap amanah....

tak kira lah islam atau bukan islam...... nilai amanah itu sendiri merupakan kunci mula bagi kehidupan yang harmoni....dalam mana mana agama pun ada menekankan prinsip ini.....jika kita berjuang bermati mati tanpa ada kesedaran ini sudah pasti kita tidak akan harmoni.....

lancarlah kempen 123 whatever pun untuk menyatukan manusia.....tanpa rasa amanah....ia tak akan berhasil menurut objektif yang diimpikan.....pemimpin yang amanah mampu mencorak modal insan yang bertauliah....

pemimpin yang sebaliknya... you all boleh fikir sendiri sebab mereka juga akan ada alasan bukan senang jadi pemerintah.....jadi...dapat disimpulkan di sini alasan merupakan satu excuse dalam melaksanakan amanah sebaiknya....

sekian...

for the record :
entry ini gua kepam sehari dalam draft sebab nak memperbaiki diri....
Kay....gua dah cuba elak banyak noktah....gua perlu masa....dah jadi habit la....haha
    

BULAN RAMADHAN DULU DAN KINI

assalamualaikum....

syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada tuhan....sebab bagi peluang pada saya untuk mengharungi bulan ramadhan yang penuh berkat ini.....dan saya harap saya dapat cuci balik kotoran kotoran dosa yang saya buat sebelum ini....banyak....bertangki tangki.....kalau buat loji dah tentu compressor nya rosak....

tapi pada waktu ini saya belum mula puasa lagi.....esok pagi baru mula puasa.....tadi alhamdulillah lagi....diberi keringanan untuk menunaikan ibadah common bulan puasa nie.....tengok orang lain bersemangat .....tiba tiba saya rasa dengki.....takkan nak jadi weirdo tegar tak bersemangat pula kan......even awek awek hot dekat facebook pop up status nak beribadah......

yang peliknya ia berlaku pada waktu waktu macam nie sangat galak sekali......macam A.galak gerak khas.....tak apa la.....kira Ok la.....ada function jugak Allah cipta bulan ini......termasuk saya.....baru nak nampak muka kat tempat tempat suci.......nasib baik tak ada yang komplen atau pandang sinis.....kalau ada waktu tu juga saya lempang mereka......mereka takut agaknya......misai saya dah makin lebat.....menampakkan kematangan......

jadi esok adalah hari dimana saya takkan bawa lighter di siang hari......teringat masa kanak kanak lagi....waktu tu tingkatan dua.....saya dan jiran keluar.....kami membeli belah di Klang parade untuk persediaan menyambut aidilfitri......naik bus je.....mana ada lesen lagi.....

tiba di bus stop ada seorang mamat melayu tanya ada rokok tak?.....jiran saya balas dia puasa.....mamat tersebut lantas angkat jari tengah dan hala pada jiran saya dan beredar......kami istighfar......tapi dalam hati saya jadi macam tak puas hati pula.......saya nak cari mamat tersebut sekarang nie.....nak ajak bertumbuk....tapi dah tak cam muka dia......cilaka.....great escape untuk mamat tersebut....

dulu masa kecil kecil waktu di tingkatan....saya dan rakan rakan kerap bertadarus di surau.....aktiviti tadarus selalunya dijalankan selepas teraweh......jadi sementara menunggu waktu tersebut......kami manfaatkan peluang tersebut dengan teraweh yang khusyuk.......OK.... ini tipu....

kami gunakan waktu tersebut dengan bermain di padang permainan yang berhampiran dengan surau......bila bosan bermain......kami ambil basikal....start enjin dan keliling kampung......basikal kami memang ada enjin......kenapa?....dengki?.....

kami memberanikan diri melewati tanah perkuburan......kerana kami percaya hantu syaitan diikat di bulan puasa......jadi pada pukul 2200 untuk melewati perkuburan bukan masalah besar bagi kami......oh....FYI....tanah perkuburan di kampung meru memang dibina khas di kawasan yang agak hutan sikit......tak percaya mari datang.......tapi sekarang dah ada sedikit kemajuan......ramai orang yang berebut nak mengumpul amal jariah.....mereka derma duit dan tanah perkuburan dimajukan......

berbalik kepada cerita melewati tanah kubur.....keberanian kami masih tetap berada pada paras yang sama.......ada juga yang menangis....melolong.....kayuh basikal laju....menjerit ketika melewati tanah kubur tersebut.......kurang keyakinan pada hadis syaitan kena ikat barangkali......ada yang ternampak kubur bercahaya lah.....cis....saya dengan jujurnya.....saya cuma nampak tanah kubur.....dan kubur style banglo yang ada nesan granite jer.....hijab saya tak terbuka barangkali......oh ya.....menurut buku islamic verdict.... style kubur banglo nie haram.....boleh refer ustaz ustazah ya......saya tak ingat pula hujah dan dalil tersebut......

ada juga yang pertikaikan.....dengan hujah.....jin tak kena ikat.....jin boleh masuk dalam badan pocong....dan lompat lompat.....gampang kan?....macam nak kena terajang je menyebarkan daiyah yang
menguburkan tahap keberanian orang lain......kalau orang macam ini saya cuma cakap satu je.....

"ko tanak ikut ko blah!..." dengan gaya yang sopan......

lepas itu orang yang kena halau ini akan report dekat mak saya yang saya merayau tak sembahyang teraweh.......standard business melayu la kan...... pantang tengok orang lain senang.......kalau nak tahu perangai hasad ini bermula dari perkara macam ini.......kalau kalian ada adik adik kecil sila tegah ya.....melentur buluh biar dari agen pembiakkannya.....

selain berjalan jalan......kami juga ada mengadakan aktiviti main nyorok nyorok.....keberanian kami dijana sepenuhnya oleh kepercayaan syaitan kena ikat waktu bulan puasa.......kami bebas menjadikan rumah tinggal yang menyeramkan sebagai kawasan untuk bersembunyi.......dan lebih thrill lagi......kami melaksanakan permainan nyorok nyorok ini menggunakan basikal....dengan peraturan tak boleh nyorok dalam rumah sendiri atau saudara mara.....di surau atau masjid......kawasan nyorok haruslah bukan rumah sendiri dan tidak boleh keluar dari taman perumahan.....thrill kan?......

tapi itu dulu.....bila ingat balik memang indah.....tak macam sekarag.....darjah enam dah pandai naik motor......kids today.....dulu saya sampai tingkatan 3 naik basikal.......itu yang buat masa muda saya indah......dan saya ikhlas.......saya langsung tak dengki dengan budak darjah enam yang sudah pandai naik motor sekarang ini........

pengalaman ponteng puasa memang banyak.....jadi kalau nak saya cerita hal itu memang tak cukup satu entry.....haha....tak payah la ya......kesimpulannya ramadhan sewaktu kecil adalah ramadhan terindah......kita sebenarnya boleh indahkan ramadhan dewasa ini dengan "you-know-what to do".....

anda semua boleh cari metodologi untuk mencantikkan ramadhan dengan cara sendiri.......jika anda rasa ramadhan anda indah dengan makan di siang hari..... teruskan lah.....tapi ada dosa di situ...... jika anda mahu menghiaskan ramadhan dengan ibadah yang riak dan takbur..... teruskanlah..... kita lihat jauh mana ibadah anda bawa anda....... jika anda mahu beramal soleh untuk ramadhan ini.... saya doakan diri saya jadi macam anda......haha......

OK...sekian...salam....SELAMAT BERPUASA

for the record :


aku perasan aku kerap berpuisi dalam entry ramadhan lepas.....ramadhan nie belum ada mood lagi

KEMODENAN VS. KEBODOHAN

assalamualaikum...

kemodenan dan kemajuan tidak dapat disangkal lagi mampu membawa suatu gaya hidup yang baru kepada sesuatu tamadun dan bangsa...

jika bercerita tentang kemodenan kita dapat menyimpulkan satu tatacara hidup yang selesa teratur selamat dan strategis....namun sesuatu perkara mesti datang dalam pakej pro and con....maka ingin aku ceritakan mengenai contra suatu kemodenan yang pernah dihadapi seorang Brader Firr yang berniaga di bazar ramadhan....serius...memang macam gampang...

Brader Firr ini merupakan seorang pembantu kepada peniaga popia.....korang tau tak apa dia popia nie?....risau pula aku bila dah moden sangat.....ada juga individu yang tak tahu spesis kuih yang bernama popia......mari aku bagi gambaran sebenar popia.....

ini adalah popia...gambar ini aku copy dari sini

dan dalam perniagaan popia tersebut....Brader Firr menyediakan popia base on demand....meaning that kalau ada orang datang nak beli baru beliau buat gulung dan macam macam lagi proses....

sehingga one time....ada seorang auntie naik kereta waja nombor plat tak tau sebab hal tahun lepas.....buat apa nak ingat plat number kereta orang kan?....lagi lagi tak kenal.....aku tanya juga benda nie tadi......

last last Brader Firr tendang perut aku sampai muntah darah....damn.....aku cuba nak pastikan auntie tersebut bukan dari kerabat aku.....aku tumbuk Brader Firr sampai mulut berbuih pulak....lepas tu baru sambung borak.......

apa?....gambaran auntie naik kereta waja pun nak?....damn la....korang bayangkan la macam mana seorang auntie vogue naik kereta waja.....tapi aku tau.....korang manja sangat.....sini aku sediakan gambaran seorang auntie yang dah keluar dari kereta waja...ngada ngada.....



macam ni lah lebih kurang....clear tak?...ini foto google

auntie tersebut ingin membeli popia.....maka dipesan oleh beliau beberapa gulung popia.....Brader Firr dengan cermat dan tangkas memulakan proses menggulung popia....beliau memang begitu cermat dalam memastikan tempat kerja beliau telah menepati piawaian sirim ISO:9002.....

soal disiplin memang tak payah tanya....semua terjaga.....tiba tiba auntie vogue dengan kebijaksanaan dan penuh bergaya sambil tanggal cermin mata bertanya...

"adik.....nie tak ada habuk masuk ke dalam makanan nie ke?....debu debu banyak nie orang lalu lalang?....."....

Brother Firr tanpa membalas pertanyaan itu terus kemas kemas tutup gerai on the spot......peniaga peniaga yang lain turut berbuat demikian.....mereka kelam kabut tutup gerai.....bazar ramadhan petang itu dibatalkan serta merta.....melimpah ruah makanan yang didermakan di masjid

dan menurut informasi yang Brother Firr dapat....auntie vogue telah berpindah ke daerah lain.....akibat tertekan dan auntie vogue begitu menyesal kerana menanyakan soalan yang telah secara langung merendahkan tahap IQ beliau.....

dengar cerita juga....beliau kini sedang berusaha keras turun naik mahkamah untuk kelulusan permohonan mendapatkan tempat belajar di salah sebuah tadika swasta di ibu negara.......

for the record :
jangan tanya soalan bodoh dekat orang....ia sama juga seperti suarakan kebodohan pada orang....buruk padahnya kepada agama bangsa dan negara..... sometimes...things better left unsaid..... curiosity kill cat and....modern humanity too... 

PANDU CERMAT!!....BERAPA KALI NAK BAGITAHU??....


selepas melihat video di atas.... korang pasti ada tercakap OMG kan?....sebab aku pun ada cakap jugak tadi... sebab kesialan pemandu dewasa kini sudah di tahap yang membimbangkan...... dan dulu aku ada share juga pasal video eksiden dekat taman midah...... tapi video tue aku remove demi menghormati si mati yang terlibat dalam kejadian.......

tapi lepas tengok balik benda benda macam nie....aku jadi fikir....sebab apa ada juga segelintir manusia yang dilahirkan untuk buat kecuaian macam ini.......sedangkan banyak perkara perkara yang macam nie dah berlaku..... tapi semua tak ambil kisah kan?.....bila dah jadi baru nak nyesal tak sudah.....

tapi the point is.....bila ia membabitkan kanak kanak....atau ibu kepada kanak kanak.....damn kan?.....sedih kan.... rasa macam nak bantai ramai ramai kan pemandu yang macam <*(oo)*> tersebut....

klip vidoe di atas ada di antaranya merupakan sedutan filem...... tapi memang realiti sikap pemandu dewasa kini yang terpapar kan?.....sebab aku pernah juga naik kereta dengan pemandu macam <*(oo)*> nie..... tapi aku cool jer......aku buat buat rilek......sebab kalau aku jerit jerit nanti diorang cakap pondan plak kan?......alhamdulillah..... setakat ni tak pernah berlaku kejadian macam nie lagi.....naudzubillahi minzalik.....

jadi sebelum keluar lepak dengan pemandu macam <*(oo)*> nie.....adalah amat disyorkan untuk menunaikan current prayer.....kalau mat rempit selalunya kena make sure isyak dah lepas......baru berani meredah highway.....dan berkeyakinan......serta pasti dilindungi....ye tak?....

kira at least.....kalau dah mati nanti tak ada la menyesal sangat kan....sebab sempat sembahyang.......maklumlah.....manusia manusia dewasa kini.......selalu yakin sangat sempat kumpul pahala yang boleh kaw tim masuk syurga.....ye tak?.....tak payah nak hipokrit weh......aku pun ada jugak lengah lengah taubat.......tak semat taubat at least dapat tunaikan sembahyang terakhir tue is better enough kan?.....dari dua dua tak sempat.....kan kan kan?......

tapi masalahnya.....kalau kita dah cukup berdisiplin sekalipun....tapi ada lagi si <*(oo)*> yang entah datang dari mana......<*(oo)*> mabuk minum arak lebih ke......payah jugak kan?..... 

aku pernah tengok accident yang true punya..... motor elok elok kat traffic light tiba tiba kena sondol dari belakang dengan waja yang dipandu <*(oo)*> mabuk...... penunggang motor tu india..... habis tulang rusuk dia tersembul keluar weh...... serius macam sambal gearbox......korang pernah dengar sambal gear box?....tak ada kan?.....tapi malam tu ada..... memang true and fresh.....cuma rugi tak bawak mangkuk dengan straw je.....

jadi pesan aku kepada orang orang yang ada lesen kereta atau tak ada lesen kereta.....kira yang memandu la senang cerita kan.....jangan <*(oo)*> sangat......kalau nak mati sangat....pergi mati sorang sorang.....jangan libatkan ladies and gentleman yang berdisiplin ok.....

lagi satu....kepada yang konon konon cekap memandu tue agak agak sikit la ye...... sebab malang tu tak berbau......jangan nak kerek sangat.......kang dah ada yang mati nanti.....korang tak boleh nak buat apa apa dah......kalau korang tak kesian kan diri korang.....kesiankan orang lain......

lagi satu....kepada pakcik pakcik.....kalau ada anak kecil ke......anak kecil orang lain ke.....anak kecil jiran ke......jangan hisap rokok berhampiran diorang la.....kalau tak pergi sekolah sekali pun tangok la iklan iklan kat TV......sebab nampak macam tak ada ilmu langsung weh......nak hisap rokok itu korang punya hal tapi kalau nak jadi perokok.....tolong tunjuk sikit ilmu sains ada sehelai dua di dada.....

ok chow...

PS: 

aku malas nak attach statistik kemalangan di Malaysia....sebab malam tadi Sergey Brin SMS aku.... 

"der....lu jangan buat hal dengan gua...cilaka la kalau semua benda ada kat blog lu apa guna gua invent google"

aku tak reply....malas nak layan....

for the record : 

setiap 20.5++ minit dalam sehari hidup manusia....malaikat izrael akan datang usha muka kita.....so that be prepared bebeh!....

RECENTLY

assalamualaikum

this is my "fucked-up time"
im not suppose to write this...
and you are not suppose to read this...
this is stupid....
i write it in intelligent way to make it moving up to the certain smart level..
but trust me...its stupid.....

this is a story about feeling....everyone do care about their own feeling....what they felt will be translated into several way of expression...such as sad, happy, boring and whatever...i dont want to make a long list about others feeling...thats not my job to be care about....due to enormous suffocation that i currently dealt with...i wont give a damn about whatever that supposed and technically not involving me...in other hand....i already have a bunch of unsettled business and debt here and there....

as for me...if you came in a right door you'll surely treated well....but if it is obviously our fault to deal with an angry dog....we wont get much...and dont ever expect too much more than a violent bark.....there is no concrete reason...we have to pay reasonable price for priceless joyful....even it is priceless...but we have to  buy it with something and on the list also got thou shall really got a number of guts to handling the hard situation....its not me...its the list prepared for me.....

i can say even "motherfucker" to the things i hate much....why?...why am i saying this?....even there is apparent description told that not all the thing we hate is not good for us...because i am the one who still dont know yet what is actually really good for me...please...give me an air to breath....give me a pray that will resuscitate me from long unconsciousness.....respect me...i dont need much...i just need we will suit ourself with time and space....hence...another something that we cant live without...

something abstract that all the human being and sophisticated civilization called RIGHT...you are not suppose to blow that...and dont even think about asking....because its me...i am...and i...no body else and its me.....there is no answer why am i became me....i dont even know that....and if you continuously bothered why am i became someone like me....its unfair....and you'll be charged as try to stop my very own growing progress....as for that...DONT!....let me free....all i ever wanted is being me.....

this seems like totally emo-silly stupid words....but....my vocabulary in mothers tongue...is currently running out...its not working though....im not good in explaining...ill start to goofing before you'll know it...its kinda troublesome and unusual person will look at me as stupid outcast....i do care what they care....and i dont give a fuck what they dont care....as long my biological clock running....i will grow up and keep on realize that all i've been through in is not deviated from making myself achieving the perfection....

because of what?...i dont even know.... and i hope sooner or later...they will stop asking why me this and why me that....its already suffocated others.... dont let yourself deeply pressed with your own stupid question....just trying to pray....as i said before...God do answer human pray...but sometimes the answer is no....and again....dont bothered to think why His answer is no....because we wont ever get a chance to know that before we stand a chance to meet Him.....its hard...and its long....just be patient....and be nice please....we already made the world as crueler hell....dont make it turn as hell....dont let Zabaniyah start an early shift please.......gotta go....peace!...

long PS:

hot sunny day recently

i need an air-conditioner to release my temperature


or at least a tiny little fan


to bring me back into coldness...


AKU JUJUR #2 : DUIT KOPERASI SEKOLAH

assalamualaikum...

pagi itu di tingkatan 3....waktu itu aku sudah berjinak jinak dengan nikotina....maka mudah diceritakan di sini...hingus aku dah kurang meleleh....tak macam waktu darjah 6....sedang aku sibuk fokus dalam bilik tingkatan menghadap guru yang membebelkan suara suara ilmiah.....

tiba tiba aku dipanggil untuk bertemu mesra dengan encik warden....encik warden memang tampak jelas kurang menyenangi sikap aku....dengan rekod pelajar paling malas turun subuh berjemaah....oh ya....zaman asrama di sekolah dulu....mereka ada sediakan rekod kedatangan untuk solat subuh dan asar.....

motif?....urm....bagi aku motif menggiatkan law enforcement untuk penjagaan solat berjemaah ini adalah untuk memartabatkan sunnah dan merapatkan sillaturahim antara pelajar asrama.....maka kes buli ragging sampai mati jarang berlaku di asrama tersebut....maklumlah....sekolah agama menengah tinggi.....maka nilai nilai sebegini haruslah diterapkan bagi melahirkan modal insan yang berakidah dan beriman serta kaya dengan rasa taqwa....

maka tahniah aku ucapkan disini untuk pengawas pengawas asrama yang berlagak macam penguatkuasa majlis perbandaran.....semoga roh roh kalian bakal ditempatkan bersama para salehan.....salehan adalah ketua warden di sekolah aku....dan kami rapat.....memang rapat...haha

berbalik kepada pertemuan dengan encik warden....sesampai di bilik guru....dauratul muallim.....dalam bahasa arabnya....aku pun tak ingat....encik warden dengan tidak semena mena terus bertanyakan.....

"mana duit tu??..."

"duit apa?"....balas aku....

"alah tak payah nak pura pura lah....saya ada banyak lagi kerja nak kena selesaikan....awak tahu apa maksud saya kan??..."

"tak tahu..." balas aku confident dan memberikan kejujuran secara menyeluruh.....aku sedar sesi psiko menyaiko akan bermula dalam beberapa minit lagi....

for the record....aku dan encik warden pernah duduk di gazebo depan asrama dari pukul 0000 hingga 0300....itu semua bahana perbuatan fly aku dihidu oleh mereka....encik warden memaksa aku mengaku fly.....beliau juga menyaiko aku dengan cerita cerita pelik yang kononnya beliau dengar tentang aku....walhal aku tak buat.....

akibat tak tahan ngantuk dengan nyamuk yang mula gigit encik warden....dan simpati yang meninggi dengan keterdesakkan beliau untuk buang aku dari asrama.....akhirnya....malam itu apabila jam hampir menunjukkan jam 3 pagi.....aku mengaku dihadapan beliau....sambil dengan hensemnya....menceritakan secara terperinci tentang jalan jalan yang aku guna untuk fly....mana aku lepak bila fly....dan apa aku buat bila fly.....waktu itu aku terus ceritakan pada beliau semua cerita yang masuk ditelinga beliau adalah sekadar samar samar dan tidak tepat.....TAPI.....aku dengan kacak dan begitu gagah sekali menyatakan pada beliau.....

"saya boleh cerita semua benda nie....tapi saya takkan dedahkan dengan siapa saya buat kerja nie...."

hensem kan?....haha.....alhamdulillah....beliau juga tak kisah..... sambil beliau memberi tempoh sampai hujung tahun sahaja aku layak duduk asrama....the next year....i have to move out....

during that time....i was so confident that im gonna move to another school for the next year like SBP MRSM or what ever else than that school.....i voice out my confident on him.....

but damn!....form 4 dengan form 5 aku still di sekolah yang sama....berhadapan dengan beliau.....malu kan?....tapi masih kacak....tak kisah la.......

haha....back to the story psycho session on that form 3 morning....sesi tersebut berjalan lancar.....tanpa aku mengaku....haha....puas hati aku.....kali itu aku menang....ya lah....takkan aku nak mengaku benda tak buat.....aku ingat kalau beliau lempang aku.....aku nak balas dan lari laju laju.....haha.....

setelah selesai sesi tersebut....aku membuat sedikit penyiasatan tentang individu yang mendakwa aku adalah pencuri duit koperasi....akhirnya aku dapat juga tahu.....tapi aku buat rileks....sebab aku bukan suka gelabah gelabah terus attack....takkan aku nak tunjukkan sahsiah seperti pendakwa tersebut.....

aku ambil masa beberapa hari....dalam tempoh masa itu.....aku dengar cerita tak tahu betul ke tak.....bahawa awek koperasi tersebut yang tersalah letak dan menuduh aku.....aku tepuk dahi tanda kesal dan *sigh.....aku juga yang kena.......tapi demi mengekalkan awet muda dan keanjalan kulit.....aku buat biasa biasa dulu.....

sampai di satu petang....selepas selesai bermain streer soccer....aku dan beberapa kaki yang lain.....berjalan menuju koperasi untuk membeli air.....ada juga kaki kaki cilaka yang kesempitan wang kerap mencuri di koperasi ini.....siapa dapat curi air kotak memang hero skillfull waktu itu....

jadi di kesempatan ini....saya dan diri saya dan mewakili kawan kawan yang lain....ingin memohon halal untuk benda benda yang pernah kami terambil di koperasi sekolah agama menengah tinggi sultan hisamudin....formerly known without sultan word.....samth.....

sesaat aku berhadapan dengan awek koperasi yang tuduh aku.....aku terus mengherdik awek koperasi.....awek koperasi mula menggigil dan menangis....sambil meminta maaf kerana menuduh aku.....aku pun jual mahal.....maka awek koperasi menawarkan jalan penyelesaian untuk belanja pizza free.....ambil banyak mana yang aku nak.....

kaki kaki yang lain pun sibuk juga nak pizza.....maka seorang ambil satu.....nasib baik aku bawa dua tiga orang kaki je.....kalau 20 30 orang.....aku rasa bankrupt koperasi....

maka dari peristiwa tersebut aku makin matang menghadapi tohmahan dan tribulasi di hari mendatang.....kepada awek koperasi....aku minta maaf kalau kau marah aku tulis entry ni....lagi satu aku mintak maaf sebab buat kau nangis dan mengambil pizza jualan kau serakus hati....

BABI

assalamualaikum...

hi...this is the right time to do this and that...everything went out upside down...banyak yang perlu diselesaikan....aku macam telah jual hidup untuk wang...walaupun jual hidup adalah kebencian mutlak dari dalam sanubari...cilaka...aku malas tulis emosi di sini....bila tulis emosi...aku rasa aku sedang membina lagi emosi yang buat orang ramai mati bunuh diri....letih...semua orang letih dan akhirnya mati...

aku ingat lagi bekas jiran aku yang baru baru ini didiagnose oleh doktor sebagai mati mengejut....tapi orang banyak kata arwah kerja kuat....letih...di tambah usia yang sudah tua....banyak orang yang pertikaikan bila aku kata aku tidur 8 jam satu hari.....aku tidur....bukan aku kacau sesiapa....bukan aku tumpang makan nasi di rumah sesiapa....

aku cuma buat apa yang orang normal buat....tidur...cuma lebih 2 jam....itu pun ada yang nak kecoh....aku perlukan rehat....diwaktu berhadapan dengan si fulan ini...aku ketawa sambil sinis mempertahankan diri....konon konon aku yang bersalah sebab tidur 8 jam....mereka bilang orang dewasa cuma tidur  6 jam....

well...i cant help...sue me!...i just love to spend 1/3 from my daily life to sleep....cilaka lagi....aku buka facebook....minta maaf pada yang terasa....aku sebagai aku dan bukan sesiapa...secara peribadinya.....amat benci bila orang menaip sekejap guna capslock sekejap tanpa capslock....

MaCaM INi MacAm GaMPanG BukAn?.... 


mungkin ia akan buat aku dan secara peribadinya aku jadi macam lambat untuk baca kenyataan yang ditulis sedemikian.....dan aku benci....aku cakap aku benci ya....bukan aku ajak orang untuk benci......nanti secara tak pasal pasal....ada pula yang kata aku cerewet..dan kecoh....maka dalam hati yang terpacul dulu adalah babi....tak tahu kenapa....mungkin kerana sudah biasa.....tapi bila di rumah...bila bersama ayah mama.... babi jarang keluar....ditambat kemas....atau telah pulang ke kandang.....atau aku hipokrit agaknya bila di rumah......

maaf lah....tapi bagi aku tidak salah kerana mungkin ideologi orang melayu yang telah pandang babi sebegitu hina....walhal....babi cuma haiwan yang kotor....kalau dibanding pada kekotoran...ada juga manusia yang kotor...dari segi akhlak...moral...dan hati....lebih kotor dari babi....

paling tidak babi tidak akan membunuh anak dan buang dalam tong sampah....babi masih lagi bernaluri....owh....lupa nak bagitahu....dalam entry nie....dekat bahagian perenggan yang ada banyak tulis babi....sila baca dalam hati....nanti parents korang dengar kang tak pasal pasal kena rotan dengan hanger dari belakang.....terutamanya kanak kanak bawah umur....jangan biasakan cakap babi....sebab bila dah melekat nanti susah nak buang.....

cuba korang suruh budak kelantan buang telor diorang....bukan telur ye....telor....telur dan telor adalah berbeza dari sifat dan karekteristik.....telor = dialek.....telur = hahaha...takkan korang tak tahu.....

berbalik kepada topik babi.....babi adalah haram dimakan samada secara begitu sahaja...its fingger licking good....atau dimasak delam menu apa pun....makanan berasaskan daging babi...atau sebarang suapan ke mulut yang melibatkan babi adalah haram dan tidak halal...juga berdosa ya bila dilakukan dengan akal sedar dan waras......

tapi...hukum memegang badan babi tidak lah pula sebegitu ya puan puan dan tuan tuan....babi dan apa apa yang berasaskan babi jika dipegang adalah tidak elok sahaja...sebab itu kita perlu bersuci.....bukannya haram....bukannya dapat dosa.....jadi apa yang perlu dilakukan oleh si pemegang babi adalah....menyertu....[rootword : sertu..]

sertu dan samak adalah berbeza ya tuan tuan dan puan puan....boleh google...atau cari buku fiqh...malas nak tulis sini....

jadi rupanya ramai juga yang marah bila ada gambar seorang awek study vet. yang pegang babi tu ya....haha...awek pun buat hal....banyak banyak binatang...babi juga yang dipilih untuk diajak bergambar.....

tapi kalau ikutkan aku....yang cetek ilmu ini....aku rasa perbuatan awek tersebut tidak salah....sebab bukannya beliau makan atau gigit telinga babi itu...beliau cuma pegang...and then beliau sertu lah....macam biasa....lepas tu...masuk waktu...beliau solatlah....apa nak kecoh kecoh kan?...

korang tahu apa punca kontroversi?....ya...sudah pasti apabila narrow minded mendapat kekunci komputer dan tetikus dan ada akaun facebook....semua dipandang salah...isu yang tak sensitif pun boleh jadi sismonastik.....

jadi....para narrow minded sekalian....silalah membaca...dan banyakkan ilmu untuk setiap topik yang ingin dibincangkan.....kerana apa?....kerana korang boleh bikin pincang kefahaman orang lain....

yang jenis dah faham pula....jangan nak belagak macam babi ba.alif.ba.ya. pula.....bahasa yang digunakan untuk sesi paku memaku hendaklah berhikmah dan menunjukkan taraf ilmu anda......

apa?....cakap tak serupa bikin?....oh...ok..ok....aku tulis babi kat sini erk?....inikan ruangan blog aku....bukan aku tengah berbincang.....kalau aku tengah berbincang atau dalam urusan rasmi....aku dah lama tambat babi kemas lah....

aku tahu apa erti kurang ajar....jadi maaflah kalau definisi kurang ajar aku dengan kau kau yang terasa itu tak sama.....sebab kau mungkin melayu yang sangat pandang babi itu sesuatu yang sensitif......so...all you have to do....bentang sejadah....angkat tangan ke hadhrat Ilahi....bersyukur....

sebab Dia lahirkan kita sebagai kita....sebagai manusia....bukan sebagai syaitan.....malah kalau ada yang islam....up  lagi level syukur....sebab lahir sebagai islam....bukan manusia yang terkeluar dari senarai yang terdedah dengan hidayatullah......

cuba bayangkan....korang atau aku dicipta untuk menjadi syaitan....sesatkan orang...siap confirm akhirat masuk neraka.....

terima kasih Allah jadikan aku manusia....umat Muhammad [pbuh] lagi....

cuba bayangkan kita dicipta untuk jadi babi....asyik kena caci....sensitif lagi....hidup tak tenteram....anak babi pun jalan tunduk sebab malu mak dia babi.....

terima kasih Allah jadikan aku manusia....umat Muhammad [pbuh] lagi....

jadi yang dah ada nikmat nie....jangan nak sombong sangat lah....buat sederhana...buat macam biasa....ok....yeah...


ps : gua sepatutnya lepak maple malam nie....tapi hujan....jadi sebab tu gua bebel banyak kat sini....trimas kalau lu orang sanggup baca sampai tahap nie.....lu orang memang steady....haha

FOLK TODAY

"anak kau ada janggut sikit ye??...."

"aah.....kenapa"....balas mama.....

"tak sangka pulak aku....ingat dia tiru perangai abang dia...."

"kenapa??....apa dia buat".....
tanya mama lagi keliru....

"tak ada lah......cuma aku tak sangka je....."
.....balas beliau pendek

"lepak kat kedai mamak sampai pukul 1 pagi.....
hisap rokok.....
berborak borak.....dengan kawan dia....
dia mesti berdua je dengan kawan dia....entah apa yang diborakkan
......tak sangka pulak budak tu anak kau....."
tambah beliau lagi


********
itu antara perbualan yang mama bagitahu tadi......
aku sering diperhatikan rupanya.....
bila aku tanya siapa yang buat laporan begitu pada mama.....
mama jawab ringkas....pakcik yang turut selalu lepak di kedai makan yang sama dengan aku....tapi duduk di meja lain......


pertama sekali saya ingin beritahu saya berumur 22 tahun disember ini.....
saya boleh menoton DVD lucah kalau ikut nafsu
saya boleh beli alkohol kalau ikut syaitan
saya boleh mengundi jika ada pilihanraya
dan saya rakyat malaysia merdeka

untuk pakcik

wah pakcik!.....
bila pakcik lepak boleh pula....
bila pakcik hisap rokok boleh pula.....
bila pakcik borak borak boleh pula.....
pakcik......saya tak pernah kacau apa apa yang kemilikan pakcik....
anak pakcik pun saya tak kacau.....
apatah lagi keluarga pakcik......

ya pakcik.....
saya memang ada beza yang besar dengan abang saya....
tapi pakcik.....

pakcik kenal benar ke dengan saya....
pakcik kenal benar ke dengan abang saya.....
pakcik tahu benar ke dengan hati budi orang.....

tak payah susah susah lah pakcik.....
pakcik pernah senyum ke dengan saya......
pakcik pernah ke nak duduk semeja dengan saya....
itu lah pakcik.....
malas lah saya nak cakap banyak banyak......
kalau saya lepak minum pun pakcik pandang serong.....
apa lagi yang saya boleh buat......

ikut suka hati pakcik lah nak label saya apa.....
saya tak marah pun.....
cuma lain kali.....
kalau ada rasa tak puas hati dengan tindak tanduk saya....
berhadapan terus dengan saya.......
jangan nak guna mak saya sebagai medium menyampaikan perasaan pakcik yang terpendam......

******
insyaallah.....kalau ada jodoh aku.....terserempak dengan pakcik ini......aku nak senyum sinis tanda terima kasih untuk ambil berat.....kalau ada peluang aku nak salam cium tangan pakcik ini.....tak sangka pula di luar sana ramai yang berebut rebut nak jadi bapa angkat aku.....

hubungan yang baik sesama orang tua dapat membantu meningkatkan nama baik sendiri di kawasan taman perumahan

ANOTHER JUNK...[DONT READ]


Assalamualaikum
It was 0141....early in the morning...I don’t even know what kind of issue that I currently face with...I can’t sleep at night...even I try to roll over the whole bed surface to get a good sleeping posture it’s still....I can’t reach to another dimension where all human being’s soUL scattered....
Hoho...wait up pal! It’s totally was it.... the site where you guys eagerly wanted to know it’s content... the story... the words might be.... and the “what so ever” you might wish to know...... it was just the consumption of language currently contaminated with the English accent.... due to the author of this blog just finished watching an English movie.... so that.... the remaining vocabulary is still keep playing in his mind.....it’s convenience him to put two or too many unfamiliar words even its seem stupid and invite the sarcastic.....hell he care....
This is the turn where I would like to write sincerely uncut version.....did you see any cut or any dry-white-liquid of correction pen up there??....I warn you....you can’t cheat in here because I can see that there is no even a correction up there.....and will be the same afterward.....
It’s all actually about myself.....even though you guys might not even insisted to know.....but sooner or later.....when you get trapped by boring.....blur....and blah....blah....blah.....you’ll seat in front of your machine and visit this site and read this stuff.....even spell it like toddler.....
I was born completely as human being on 12/8/88....1930....Thursday sunset....Tengku Ampuan Rahimah general hospital......my dad recite the “azan” after my ears.....thanks dad!.....I was third by six siblings....but due to my sister.....who being called to resign right after her 3 days old.....I am currently working as second......
Being second is quite ok.....I have to face all the simple life......entitled me as the beneficiary of all my big brother stuff....pants....shirt.....even somehow....a school book......there is no “brand new” term when you happened to be a second.....but I’m still glad.....because there is no such a gigantic different between new things and old things......and those process happened in very long time ago....Anno Dominie as hypothetically speaking.....
I don’t have to deal with it anymore.....as for today..... I got one....and my big brother got one......in other hand....living as a second will make you think farther than other numbers of child.....when you sat on the middle.....you have to be in the middle.....seeing what on your right and left side.....and your sight fields will became wider......but it’s not the point in here.....
I attending my first education in tadika al-islah.....fully loaded with Islamic lesson.....as my folk look forward to that I could managed to be someone who will become an obedient god slave.....I try to give my best shot on that purpose.....and then for the primary school as usual.....I hate those age.....bluntly speaking......I am totally loser during 7 till 12 of my ages.......I am often being bullied by some trash- to-be-called pupils.....by that time I don’t have any guts to fight back.....so I let the flow drive me until I found an exit way out of those life maze.....
I was thrown up into this Islamic high school.....my teenage years is great.....I started to defend myself frequently......even sometime I cross over the line.....I started to built my own network with friends.....and blah....blah.....blah.....like another normal macho influential teenagers......nope....that was not metaphoric.....its true and fact......you may refer to this entry as a concrete verification.....haha.....but I do not perpetrate violence....I am young gentle good people as the matter of fact......its only about high school live that some of us might hate it much.....it’s not a major purpose of this writing.....I won’t stop until I found a good ending to stop writing......it’s tongue in cheek.....and for some simple reason.....I still not in sleeping mode.....I’m still fresh......even there is a thick mist out there.....that could hypnotize people such their lullaby......but not me.....left here.....seating all alone....with my contraption.....and half-filled hot choc.....acting like strong.....currently doing something that won’t bring me into something.......something that make me static.....as initial as eventual.....
I rather stop than start something that will made this writing seems dim-witted......because I don’t wont to involve with something that might hurt the readers......I don’t have any guts to make this as my feeling log book.....diary.....or what so ever you called it......OK then....chow.....

PS: 
IF YOU FOUND ANY INCONVENIENCE CONTENT OR  SUCH A LAME POST IN THIS ENTRY.....JUST LET THE UPPER-RIGHT CROSS SIGN DO ITS PURPOSE
lately aku rasa bodoh dan iri hati....hasutan syaitan barangkali.....



KIDS TODAY

"aku rasa kita patut buat court badminton la.."

Beliau memulakan dialog berbaur cadangan...memang kami kerap diganggu sewaktu bermain badminton...raut tension jelas terukir di wajah beliau..semua bahana pekerja asing yang kerap lalu lalang di hadapan rosiddin mansion setiap petang...dan kebetulan kami menggunakan laluan rasmi ke rosiddin mansion sebagai court sementara...jadi apabila pekerja asing yang baru pulang dari kilang berhampiran rosiddin mansion..mereka bersaing lagak kereta kebal amerika merempuh afghanistan...jadi kami terpaksa beralah dengan menjeda permainan...ada sekali...dek kerana menjeda permainan demi memberi laluan pada gerombolan bangladesh...kami terlupa jumlah mata yang telah berjaya aku kumpul...ini memang rutin petang hujung minggu aku...bersukan...walau terpaksa berhadapan dengan lawan yang masih mentah...ia mengajar aku erti sabar melayan kerenah keluarga...sekaligus membimbing naluri seorang ayah untuk mekar dalam diri aku....

"ko nak buat apa dengan court...main pun bukan terer sangat...asyik kalah jea...lagipun nak buat court kat mana...mana ada tanah lapang..."...

Aku membidas cadangan pelik beliau dengan hujah hujah konkrit..dengan harapan beliau dapat jadi matang sebelum mengutarakan sebarang idea di masa hadapan...itu yang biasa aku lakukan di kala beliau selalu mencadangkan sesuatu yang di luar kemampuan kami...tapi kali itu aku sengaja memberi sedikit ruang untuk beliau mempamerkan kebolehan berfikir secara kritikal beliau...

"kita buat je kat depan nie...kat depan nie luas jugak...kita spray...buat garis..."

Cadang beliau sambil mengarahkan jari telunjuk di halaman rosiddin mansion yang seluas kangkang kera...

Memang amat mustahil...separuh gelangang pun tak akan dapat di bina di tapak laman rosiddin mansion...di samping...tuan rumah...en.rosiddin pasti naik angin melihat garis garis aneh seperti kawasan persinggahan makhluk asing yang tiba tiba muncul di laman itu...

"kau bukan terer pun...kita main tepi jalan ni pun aku yang selalu menang...tak payah la nak pakai court bagai..."

Balas aku dengan hujah yang sarat dengan rasa merendahkan moral dan semangat beliau...memang aku sengaja malas nak layan...bimbang aku juga turut terpengaruh dengan ideologi kurang matang seperti itu...

"nanti aku boleh berlatih la..sampai terrer...sampai aku boleh kalahkan kau..."

Azam beliau meninggi...

"kau nak berlatih dengan siapa?...tak payah nak poyo la..."

Aku meruntuhkan azam beliau...

"tok dalang ada..."

Jawab beliau

"siapa tok dalang?.."
Aku jadi hairan...

"tok dalang la..."

Aku mencarut tenang dalam hati...terus aku gagahkan kaki masuk ke dalam rosiddin mansion... Dengan perasaan yang bercampur aduk...sambil berfikir...sudah sampai masa untuk mencatu siaran kartun untuk beliau...

Pernah juga beliau bertanya kepada mama...kenapa tidak dihantar ke tadika bersama upin ipin...beliau ingin sekelas dengan upin ipin...tapi malang...soalan itu disambut kemas oleh kami sekeluarga dengan hilai tawa...

AMANAT

assalamualaikum....
suatu pagi indah selepas subuh....aku rasa letih sangat.....hajat untuk study....aku mansuhkan.... selepas bermuhasabah diri.....aku dapati aku masih kurang tidur lagi....tepat jam 8 pagi.....aku sambung balik tido......buku dynamic and vibration aku letak tepi macam subjek dinamika kemahiran dekat kolej dulu.....


aku sedar subjek dinamika kemahiran lebih menerapkan unsur unsur duniawi daripada soalan soalan alam kubur....justeru untuk malas mempertikaikan kewujudan unsur unsur ini......aku memutuskan dengan keputusan yang nekad untuk menghadiri kelas dinamika sebanyak satu kali sahaja sepanjang semester.....tanda protes yang aku rasakan ideal dan unggul untuk dipraktikkan oleh orang macam aku....dan pada kali pertama aku menghadiri kelas tersebut yang kebetulannya jatuh pada tanggal yang dekat dekat dengan israk mi'raj aku telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ceramah yang berunsur islamik di hadapan hadirin yang seramai dua hingga tiga praktikum......


untuk memendekkan cerita jemaah yang menghadiri majlis ilmu itu terkesima dengan ceramah yang aku sampaikan....walaupun tanpa persedian yang rapi ..... aku berjaya mengawal keadaan agar nampak tidak kelam kabut dan persis dengan penyampaian ceramah ceramah di al-kuliyah dan juga halaqah.....




tapi bukan itu yang aku nak cerita dekat sini....walaupun nampak macam itu ceritanya....tapi sebenarnya bukan.....nyaris nyaris aku lari dari tajuk....alhamdulillah sempat kembali kepada sebab awal....


*****
jadi untuk kembali kepada objektif penulisan.....aku cuba ingat semula.....


dalam proses mengingat...


dalam proses mengingat.....


dalam proses mengingat........


dalam proses mengingat..........


ah!.....kita selit cerita yang ini pula ya....mungkin boleh teringat cerita yang aku nawaitukan pada awal tadi insyaallah.....


****
suatu pagi juga.....mama aku sudah rancang baik dan rapi dengan ayah untuk jemput adik aku di matrik melaka.....


kebetulan pada hari yang sama.....aku tak ada kelas.....jadi aku menghabiskan masa dengan aktiviti biasa bagi bujang senang macam aku ini....tidur.....itu adalah kurikulum sampingan yang aku sertai secara sukarela....ikhlas dan hati terbuka......


sebelum berangkat ke melaka.....mama sempat menjengah ke makmal peribadi aku di rumah.....risau agaknya dengan keadaan aku yang sibuk mengkaji teknik dan posisi tidur.....sampaikan sarapan pagi pun aku tinggalkan......beliau ada menyampaikan kata dua amanat sebelum berangkat....antaranya.....jaga rumah elok elok.....kalau hujan angkat kain jemuran.....cabut wayar antena TV kalau ada guruh.....dan entah apa lagi yang aku dengar dalam separuh sedar......


dipendekkan cerita tiba tiba aku terdengar amanat tambahan yang lain....


"kalau nak keluar kunci letak dekat dalam kasut.....mama dah masak nasi kalau kau lapar dalam peti ais ada nugget boleh goreng......telur pun ada boleh goreng.....kunci motor kau aku dah letak atas meja....kunci rumah pun sama.....tak payah bising kalau nak cari....aku nak pergi melaka nie.....kau jaga diri elok elok.....jangan merayau jea....jaga rumahnya....."



aku yang tiba tiba tersedar mendapati amanat tambahan yang sarat dengan rasa tanggungjawab itu datang dari suara budak lelaki yang belum pecah.....berusia 6 tahun dan cuba mengajar aku ikhtiar hidup.....lantas aku terfikir......budak nie tak tahu ke aku pernah duduk asrama dan dia tak sedar mungkin bahawa beza umur antara kami ialah 15 tahun......


lantas aku balas dengan sopan dan menahan sabar akibat rasa tercabar....."ko tak payah excited sangat la kalau nak jalan jalan pun......aku nak tidur nie......ko blah....."


dengan muka down dan bersemangat beliau meminta diri.......setelah sedar sepenuhnya dari tidur......aku dapati wrist band aku sudah lesap.......aku mula mempersoalkan......perlu ke kanak kanak tadika pakai wrist band?.......sambil sabar dan merancang hukuman yang setimpal untuk little brother yang tahap poyo dah meningkat sejajar dengan peningkatan usia.......


****
itu cerita aku dengan adik aku yang banyak kali cari pasal dengan aku.....tapi aku sebagai abang yang baik....harus terus bersabar dan mendidik beliau dengan penuh dedikasi........


setelah menyelitkan beberapa cerita di atas.....aku masih gagal mengingati motif asal penulisan ini......jadi aku memutuskan untuk lupakan saja lah ya.....haha....ok thats all for today......

KISAH FATIMAH

bedah menyusuri semak samun di belakang rumah fatimah rauf....sesekali bedah menggaru lengan beliau akibat tergeser dengan lalang lalang yang tumbuh segar akibat kemalasan fatimah rauf untuk memegang bilah sabit...

"asalamualaikum....tim!....o...tim..."...teriak bedah dengan nama panggilan glamour fatimah rauf.....
"timah!!...."jerit bedah dengan lantang apabila sahutan beliau tak berbalas....

"apa hal kau terpekik terlolong pagi pagi nie.....nak lawan gusti lengan ke?...." fatimah rauf keluar dengan rambut kusut masai dan tahi mata tebal menghiasi kelopak mata lebam tak cukup tidur beliau.....tapi lengan beliau sudah terbalut dengan bandage putih lagak orang mahu bergusti lengan......

"nie.....aku nak cerita pasal senah yang baru kahwin sebelah rumah aku tu...."

"ah!....tak payah..... aku tak nak dengar dosa dosa mulut kau.....pagi pagi dah suruh malaikat buat kerja catat dosa kau....."...pintas fatimah rauf dengan tegas dan beriman kepada malaikat....beliau juga berasa hampa apabila niat bergusti langan dengan bedah terpesong dengan sikap rakannya......

"alah.....kau nie teruk la.....aku nak cerita pasal dia cakap kau perawan tua....dia buruk burukkan kau semalam dekat kenduri arwah dukun leman......"...bedah membidas persepsi buruk fatimah rauf terhadapnya....

"kau balik sekarang!!....."...bentak fatimah rauf keras sambil mengasah keris perhiasan di ruang tamu rumah beliau......

fatimah kenal benar akan sikap bedah yang suka melaga lagakan penduduk kampung sigasa....

"ye lah....aku balik....orang nak buat baik dihalau pula....."dalam keadaan menggigil dan trauma akan respon mengejut fatimah rauf.....bedah beransur meninggalkan rumah sewa fatimah rauf yang dibayar rm250 per-bulan......

fatimah rauf masih terpacak di beranda rumahnya sambil memaki hamun bedah dalam hati kerana waktu tidurnya diganggu......terdetik juga di hatinya akan kebenaran kepala mesej yang dilayangkan mulut durjana bedah.....tapi fatimah rauf masih waras untuk menilai bedah dari sejarah......

bedah pernah nyaris diusir keluar oleh penduduk kampung sigasa.....akan tetapi hukuman beliau diringankan kerana beliau lah satu satunya graduan universiti teknologi di belanda yang baru tamat pengajian dan pulang ke kampung 3 tahun lepas.....

fitnah pertama bedah mengakibatkan kecederaan di dahi arwah dukun leman yang didakwa bedah cuba merampas isteri tok ketua kampung dengan ilmu batin......bahana dari fitnah itu arwah dukun leman telah diasak penduduk kampung ke balai raya dan dibelasah anak muda kampung tersebut.......arwah dukun leman terpaksa menerima tujuh jahitan di kepala selepas insiden tersebut......mujur ada dari anak murid dukun leman yang membela nasib gurunya dengan membuktikan bahawa dakwaan bedah tidak berasas dan tiada bukti yang kukuh.....senarai rakan di facebook arwah dukun leman juga tidak disertai isteri tok ketua sebagai rakan......blog kisah seram dan santau arwah dukun leman juga tidak diikuti oleh isteri tok ketua......akhirnya penduduk kampung sigasa menyedari akan salah faham yang ditimbulkan oleh bedah......dan meminta maaf kepada arwah dukun leman.......arwah dukun leman yang terkilan dengan sikap bedah telah menghantar santau kelas pertama seberat 17kg untuk kekal duduk di bahu bedah......itulah sebabnya jika dilihat dari jauh bedah seakan akan sedang memikul beban yang berat dan nampak sedikit bongkok......

bedah juga pernah menghadiri temuduga sebagai jurutera di sepang F1 circuit.....akan tetapi beliau gagal untuk melepasi saringan fizikal.....berat bedah di waktu itu lebih kurang 93kg termasuk berat santau yang dipikulnya....sedangkan berat maksimum unutk memenuhi kelayakkan adalah 70kg.......

******************************************************************
fatimah rauf yang masih mengeliat malas di beranda terus masuk ke dalam untuk bersiap siap mengemaskan diri....beliau ada temu janji dengan rakan yang beliau baru tambah di myspace.....fatimah rauf tidak memilih facebook sebagai medium bersosial di alam maya......kerana beliau serik dengan bahana permainan bercucuk tanam farmville.....akibat dari aplikasi itu rumah sewanya nyaris dijilat api kerana khayal dengan permainan tersebut beliau tidak menyedari bahawa rumah jirannya sudah terbakar 70%......mujur ada di kalangan rakan facebooknya seorang anggota bomba.....terus dilaporkan di dinding profile rakannya ......alhamdulillah..... bomba berjaya mengawal api dari merebak ke rumah fatimah rauf......lantaran dari kejadian tersebut fatimah rauf terus membatalkan akaun facebooknya.......

selepas bersiap dan mengenakan tudung yuna yang baru beliau beli di pasar pirate......dengan berasa yakin fatimah rauf keluar sambil berselawat ke atas junjungan....dengan harapan jodoh beliau dengan jejaka ini.....beliau telah bersetuju untuk bertemu dengan jejaka itu di pekan sanzung.....ramai anak muda dari kampung sigasa keluar memadu kasih melepas hangat rindu di pekan sanzung....sama seperti fatimah rauf......beliau lebih memilih untuk ke pekan sanzung kerana jarak yang tidak jauh dari kampung sigasa.... sekitar 2km.....

setibanya di pekan sanzung....fatimah ke pusat hiburan zon seronok yang terkenal di pekan sanzung.....beliau menunggu dengan penuh yakin dan sabar....beliau juga memperbetulkan kedudukkan gigi palsu beliau dua tiga kali.....agar giginya nampak semua asli......fatimah rauf kehilangan gigi sewaktu peperiksaan PMR akibat bergaduh dengan pengawas peperiksaan yang cuba mengejutkan beliau yang tertidur di bangku peperiksaan.....akibatnya pengawas tersebut menghentak kepala fatimah rauf sehingga terkena pada meja......dua batang giginya patah dan tidak mungkin tumbuh kembali......

fatimah rauf masih menunggu perbicaraan kes beliau melawan pengawas peperiksaan yang senantiasa ditangguhkan oleh pihak mahkamah......beliau terpaksa akur dengan kerenah birokrasi yang gemar melambat lambatkan sesuatu.......beliau juga pernah keliru dua tiga kali untuk memangkah calon dalam pilihanraya yang diadakan di balai raya kampung sigasa.......akibat dari kekeliruan yang kompleks beliau memutuskan untuk memangkah semua calon yang terdapat pada kertas undi.......

akhirnya jejaka yang ditunggu tunggu oleh fatimah rauf telah tiba......beliau terkejut besar dan betul betul tertampar dengan jejaka yang ada di hadapannya sekarang.......




BERSAMBUNG......[tak ada idea nak sambung.....siapa nak sambung silakan.....]