Memaparkan catatan dengan label peer pressure. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peer pressure. Papar semua catatan

PUBLISHING FINALLY

1..2..3 bismillah..

salam
hari ini aku cuba blogging sebab dah lama rasanya aku tak blogging, maksud aku tak tekan publish. sebab usai aku taip taip, kebiasaannya aku akan buka paparan pra-tonton, dan bila aku rasa entry macam tahi aku terus tekan pangkah dan alih pada facebook.

tak kiralah berapa juta patah kata aku dah taip kalau tak suka aku selamba pangkah. mudah sekali selera aku berubah kebelakangan ini. macam hilang arah. ah!..tak apa lah, mungkin lain kali boleh update lagi. aku lengah lengah sengaja.

aku bukan nak kisahkan cerita cerita hebat jadi kalau ada yang harap di sini ada cerita cerita hebat. dari awal aku khabar ke kalian aku bukan profilik yang jutawan anekdot.

sebab mungkin atas alasan keadaan sibuk aku jadi jarang membaca sampai aku jumpa cerkas. itu pun aku pinjam dari hafiz seorang kawan baru yang boleh kata gila sastera dan sanskrit.


beliau berani berdiri dihadapan ratusan kawan kawan di pekan frinjan. macam tak percaya aku. tapi kagumlah aku pada dia sebab beliau mampu kawal gemuruh dan beraksi kukuh menghibur pendahaga hiburan.

tak kisah lah ceritanya macam mana aku dapat cerkas. itu aku saja cerita mungkin tak ramai yang minat sebab macam biasa aku tak punyai minat yang sama macam komuniti sekeliling.

tapi kalau sesiapa yang cuba mahu tiru minat aku. silakan klik saja sini boleh dibeli di situ. beli dua, untuk satu dikirim ke aku. haha.

tapi lagi, jangan cari di toko toko buku hebat yang ada mesin moden berscaner di kaunter. sebab sini aku tunjuk kenapa



takkan aku nak cerita betapa kalis scanner nya naskah ini - lihat pada barcode yang jatuh, mahu cepat barangkali sampai lupa membetulkan barcode harga. atau mahu unik. atau mahu ringkas. atau apa saja yang kamu suka untuk di-atau-kan.

*****

dari topik cerita yang bosan aku cuba dekorasikan entry ini sebagai denda pada diri yang tak ada spirit menaip entry ilmiah. percaya atau tidak aku nyaris tekan pangkah tadi untuk draftkan lagi entry ini. nasib baik aku ke ruang tamu lihat di kaca tv dan tercetus idea.

ok mari kita fikir sama sama, tapi sebelum apa apa jua, topik ini khas untuk pemilik tabiat aneh yang mahu mandi atau berak sambil bawa telefon bimbit untuk dengar lagu.

ok kita lihat trend zaman kini, ramai yang menyimpan bacaan ayat Quran dalam telefon sebagai medium untuk menenangkan jiwa, tak kurang juga yang guna sebagai senjata kalau kalau terjumpa hantu bangkit dari kubur saat pulang ke rumah dinihari. tak kisah lah.

cuba bayangkan sewaktu di dalam toilet atau bathroom, sedang lagu lagu tersebut shuffle up themselves. tiba tiba ayat Quran masuk dalam list dan terplay dengan taranum indah alunan sheikh saad alghamidi. serentak pula pada ketika itu anda sedang berusaha meneran serat serat keras keluar dari lubang perkumuhan anda.

cuba kira kebarangkalian untuk anda hold the poo poo hanging position dan pause ayat quran tadi. yang mana satu anda akan lakukan dulu.

adakah anda akan kurang ajar membiarkan suara sheikh saad alghamidi berkumandang di teritori syaitan?. atau anda akan memberhentikan alunan tersebut?. atau mungkin sewajarnya anda cuma play playlist kesukaan anda yang tiada ayat Quran di dalam list tersebut.

ok lets get crystal. sebenarnya bagi aku perkara ini nampak macam janggal dan tak sepatutnya berlaku, jadi kepada yang kepingin sekali didodoi muzik sewaktu berkumuh. makanya sila sediakan playlist "berak" di pemain mp3 telefon anda. pastikan juga ianya tidak mengandungi album album nasyid ketuhanan atau melodi sheikh saad alghamidi dan artis artis Hafiz quran yang lain.

kalau mawi macam mana?.

"haha..shal"

oh ya!..jangan malu nak mengaku atau menafikannya ya. aku juga suka mendengar muzik sewaktu berkumuh. bagi aku ia adalah semacam terapi. berhibur sambil bersuci. yeah!..alasan konkrit untuk hari hari yang penuh dengan kesibukkan kita tidak perlu ke spa untuk terapi. kini di rumah sendiri pun ada terapi yang kita jarang sedari. manfaatkannya.

selain itu. sewaktu maghrib ketika azan di TV. aku rasa bagi lah azan habis dulu sebelum matikan ia. atau paling koman. bagi muazzin di TV itu habiskan phrase azan tersebut sampai waqaf. bagi makna dia lengkap.

pada bacaan ayat quran juga begitu ya. bagi Qari/ah habiskan ayat dulu baru tukar stesen radio ke. matikan ke. apa ke. ikutlah selera si fobia ayat Quran tersebut. walau apa pun. untuk nampak bersopan. bagi sampai Waqaf dulu untuk sempurnakan makna ayat tersebut.

ok. aku tak cakap pun itu tak boleh ini tak boleh ya. aku cuma saran sila bersopan dan memberi peluang pada ayat ayat suci berkumandang untuk beberapa saat. tak luak mana lah masa kita untuk berhibur.

sekian.

for the record :
Tuhan..aku lah hambaMu yang selalu berdosa. ampunkan aku selalu selama lamanya 

HEYDAY

Semua berlaku macam biasa , macam 5 tahun yang lepas. Kami tunggu di tempat biasa, macam tak ada arah tuju. Bosan  macam jahanam bila berjanji dengan orang, nak tak nak memang kena bersedia dengan sebarang kemungkiran atau cancel last minit.

Tapi apa ada hal, kami nak pergi berseronok chill out bersama. Buat apa nak marah marah, so kami lepak di stesen bas macam biasa. Bezanya cuma ramai antara kami yang puasa hari itu. Itu plan shoping raya bersama untuk kali yang ke berapa entah, aku tak ingat.

Yang pasti destinasi kami hari itu adalah sunway pyramid. Kenapa entah sunway pyramid, jangan tanya, bukan aku yang kawal event tersebut. Aku cuma ikut saja, memang sekarang ini pun bila disuruh rancang aku jadi kelu. Bukan senang nak bagi semua orang puas hati, jadi ada  baiknya aku diam tak payah nak ajak orang buat itu buat ini.

Sudah ramai juga yang tiba di stesen itu tapi dek kerana ada lagi seorang dua yang berperangai celaka tak sampai lagi kami tabah menanti sambil bergurau gurau yahudi. Celaka, ada lagi yang tak puasa hari ini, sedut rokok suria. Tapi aku harus tabah kuatkan iman, bodoh sangat rasanya jika ponteng puasa hari ini padahal esok nak raya.

Matahari makin meninggi, setinggi emosi yang sedang hangat sumpah seranah orang yang ditunggu tak kunjung tiba. Aku ambil kesempatan untuk ronda ronda sekitar stesen, maklumlah.. dah berapa tahun tak datang sini, dah banyak sangat urbanisasi. Eh.. tiba tiba ada kandang babi dekat sini, siapa punya?..

Tapi keberadaan kandang babi di stesen bas langsung tak ganggu rasa ingin tahu aku, dalam minda aku kosong hari itu. Tak tahu kenapa tapi memang tak diisi apa apa, lawak lawak bodoh diorang aku setakat senyum ala kadar.

Mungkin kandang babi tersebut tak memberi kesan besar dalam hidup aku, kerana babi di kandang itu telah tiada entah ke mana. Shoping raya juga barangkali- sibuk je. Yang tinggal cuma papan tanda yang menunjukkan kandang itu hak mutlak babi dan rakan rakan.

**maaflah kepada yang tak biasa cakap babi...kisah ini memang ada unsur babi..tapi halal lagi**

Yang ponteng sekolah ambil kesempatan untuk tukar baju sekolah di kadang haram tersebut. Kelakar aku tengok bila mereka berhati hati untuk mengelakkan kulit mereka contacted dengan dinding kandang. Kalau tuan kandang balik waktu itu nahas mereka.

Kenapa hari itu sekolah?, padahal keesokkannya Hari Raya Aidilfitri. Jangan tanya aku sebab keadaan hari itu jauh keluar dari kawalan dan kebolehan berfikir secara logik dan relevan nampak tak berfungsi. Jadi mereka tetap kena bersekolah, untuk yang memberontak maka tukarlah baju anda di kandang babi.

Haram jadah betul janji melayu, aku tengok budak budak tue siap dah buat sesi fotografi underground dekat stesen tersebut. Bahana bosan kronik, semua buat style beruk masuk bandar, nasib baik hari itu aku sudah matang.

Sudah tiga empat bas kami lepaskan untuk memberi peluang pada rakan rakan yang berperangai jahanam. Aku mula rasa bengang dan mahu pulang saja ke rumah, tapi mengenangkan bukan senang nak berkumpul dengan kawan kawan macam nie. Aku tumpulkan nawaitu dan terus menunggu.

Tiba tiba cuaca makin redup dan makin gelap, akhirnya semuanya hilang dan bila aku sedar jam di telefon tunjuk pukul 0940, bangun mandi dan bersiap untuk meneruskan hari.



Sekian.

for the record :
Bila nak shopping ni weh!!



ACCORDING TO MULTIRACIAL

Assalamualaikum



racism and hatred statement can came from both malay and chinese as well....

and i hope.


you guys are smart and wise enough to distinguish between racist and not-racist type of people.

we in malaysia got malay-racist, chinese-racist, and indian-racist.
and apparently the only sin in this cases was being racist, and racist people from any kind of race dont have the right to be treated as human.
I personally admit that...

we can claim with thousand point of insatisfaction if we want. Because equality is never exist actually, its just propaganda that should be repaired by us in a proper manners way...

I realize that too. But it is unfair when just because of one malay/chinese/indian people do bad things, then you came out with huge accusation on the whole malay/chinese/indian....

Any attempts to bring out racism element is also should be avoided. I myself ever being cheated in petaling street by chinese salesman.
but it never change my sense of respect to my chinese neighbor and their good deeds is still remembered.

Because I do believe, one chinese/malay/indian is  not necessarily same with another even their language and culture is same. There must be a rotten apple in a bucket.

come on guys....be smart...dont let the hatred take place and demolish the harmony....

for the record :

#12 people from various races like this
#we still have a chance for unity and solidarity...
#Siti Inshah and Namewee got no boundary to be called different...[in case the racist rumors is true]
#nobody came out and denying this

ALASAN DAN AMANAH

assalamualaikum...

hari ini aku nak borak pasal amanah....you know...in our daily life.....kita tak pernah lari dari memikul amanah.... nampak isu ini macam remeh kan.....lagi lagi bila dibahaskan oleh orang macam aku..... secara jujur aku bukan bagus dalam menyeliakan amanah....

tapi juga tidak seteruk yang you all boleh sangka...jadi aku cuma jenis yang tengah tengah....

berbalik kepada isu amanah....amanah can be devided into two relevant volume.... ada amanah yang besar....ada amanah yang nampak macam kecil dan mudah dilaksanakan...

tapi sebenarnya..amanah nie satu perkara yang perlu kita titikberatkan. sebab kita akan dipersoalkan perihal cara kita melaksanakan amanah.....



macam buat assignment kuliah.....nampak macam tak penting mana kan.....tapi kalau kita kaji balik dari dasar dan akar umbinya.....sebenarnya kita sedang pegang amanah.....dari ibu bapa.....masyarakat yang bayar duit cukai dan dijadikan subsidi untuk pelajaran.....boleh pergi sebegitu jauh kan?..

jadi kepada you all yang masih ada assignment tak siap lagi.....pergi siapkan sekarang....blah!....*tegas...

kenapa aku nak borak pasal ini?.....sebab past few night.....aku ada chat dengan seorang hamba Allah yang perjelaskan aku tentang susur galur amanah nie......actually dia tak terang banyak mana pun.....tapi aku yang pandai pandai tokok sendiri ikut kreativiti sendiri..

sebab seriously talk aku rasa macam kena tampar bila aku cakap dekat dia yang kerja aku tak siap lagi sebab tertinggal beg dekat rumah kawan aku...jadi beliau cakap aku dalam bahaya kerana aku telah melalaikan amanah.....

maka aku kaji relevan nya statement beliau.....cis ..aku kalah dengan zero excuse....lepas fikir yang aku pegang janji dengan beberapa orang untuk menyelesaikan tugas......meski tiada hitam putih mengenai janji tersebut......tapi jangan lupa......mahkamah akhirat juga tak memerlukan hitam putih dalam pengadilan....perkara tersebut telah menekan aku dalam beberapa hari berikutnya..... corak aku melaksanakan tugas pun semakin menekan......dan akhirnya.....dalam rasa terpaksa yang mendalam pun aku tetap menyeliakan amanah dengan sebaik mungkin.......

tapi ramai di antara kita yang masih tak punya kesedaran dalam menyeliakan amanah........ ini dapat dilihat di mana mana......di universiti.....di jabatan kerajaan...... di pondok polis.......hatta di tandas awam juga boleh berlaku pengabaian amanah.......fikirkan sendiri relevannya kenyataan ini......kerana ia memang senario yang bebas dilihat di mana mana.......kalau tidak tentu kita takkan dapat lihat tandas yang kotor......kes rasuah dan SPRM tidak akan ditubuhkan untuk menangani masalah amanah ini......

maka kehidupan akan aman damai dimulai dengan amanah.....orang orang jahil tidak akan berpeluang menjadi pemimpin.......tiada si lantang yang akan menyuarakan bantahan di sana sini........dan paling penting tiada kes buang bayi didengari.......

malah kes jual binatang kawalan pun lenyap tidak berfail... hakim cuti hari hari... peguam peguam ralit cari side income...... course perundangan jadi course lelong.....mak bapak izinkan anak dara keluar malam......


TAPI

 itu semua berlaku jika amanah dengan Tuhan ,agama, ibu bapa dan masyarakat.....betul betul dijaga dengan rapi dan dititikberatkan dalam kehidupan harian kita.......

orang tidak amanah boleh dikategorikan dalam ciri ciri munafiq....tidak amanah berpunca dari pengabaian amanah itu sendiri....... maka dalam sedar atau tidak...... kita seringkali diinduksi dengan kriteria ini..... dari setiap sudut..... sampai kita biasa dengar hasutan.......

"ko tak payah skema sangat buat ini dan ini.."

"ko tak payah nak jujur sangat untuk sekian sekian...."

sampaikan perlaksanaan amanah mengikut piawaian yang ditetapkan akan dipandang sebagai sesuatu yang mengejutkan di mata masyarakat......jangan cuba nafikan ini.....ini tahun 1431 ya......kita telah sampai tahap sebegini ya tuan tuan....

culture memandang sinis untuk sesuatu welfare sudah lama mula seawal dulu lagi....maka yang diperlukan sekarang adalah satu modifikasi perlu diadaptasi dalam persepsi manusia terhadap amanah....

tak kira lah islam atau bukan islam...... nilai amanah itu sendiri merupakan kunci mula bagi kehidupan yang harmoni....dalam mana mana agama pun ada menekankan prinsip ini.....jika kita berjuang bermati mati tanpa ada kesedaran ini sudah pasti kita tidak akan harmoni.....

lancarlah kempen 123 whatever pun untuk menyatukan manusia.....tanpa rasa amanah....ia tak akan berhasil menurut objektif yang diimpikan.....pemimpin yang amanah mampu mencorak modal insan yang bertauliah....

pemimpin yang sebaliknya... you all boleh fikir sendiri sebab mereka juga akan ada alasan bukan senang jadi pemerintah.....jadi...dapat disimpulkan di sini alasan merupakan satu excuse dalam melaksanakan amanah sebaiknya....

sekian...

for the record :
entry ini gua kepam sehari dalam draft sebab nak memperbaiki diri....
Kay....gua dah cuba elak banyak noktah....gua perlu masa....dah jadi habit la....haha
    

JINX PARENTS

assalamualaikum...

makin banyak ye kes buang baby sekarang nie.....bulan bulan puasa pun ada lagi..... mathematically counting....jinx parents ni buat babies yang kena buang nie lebih kurang dalam bulan disember atau awal januari yang lepas......nak sambut new year punya pasal.....maka operasi pecah dara berjemaah dijalankan.....nak seronok punya pasal......dan berpotensi besar.....perbuatan ini didalangi oleh remaja....nak tulis melayu ke tak?...itu korang boleh fikir sendiri.....



kita refresh balik apa yang berlaku dekat palestin......babies di bunuh sewenang wenang.....tapi kat malaysia......tahu je mengandung terus down.....terus bercabang pemikiran......nak buang anak nie kat mana......surau?...masjid?....tong sampah?.....terus risau.....saat baby lahir....terus buang kat port port yang mana sempat.......kalau yang hidup tak apa lagi......ini kalau yang dibunuh?.....kesian kan?.....baby pun nak hidup......baru dapat sip oksigen dua tiga pam dah ajal......

tapi jinx parents nie tak kisah kot.....sebab tue diorang selamba jer buang sepah sepah......sebab nak jaga nama....maruah.....sanggup gadai satu nyawa.....

ok.....kalau nak cakap benda yang dah lepas memang tak guna kan......jadi kenapa tak ambil langkah pencegahan dari awal....cakap memang mudah......cuba senaraikan?......susah kan?.....kita memang dah sampai tahap hampir kiamat nie weh......kalau jahilliyah dulu baby girl je kena....tapi sekarang zaman moden.....zaman masing masing ada blog......baby boy pun kena......baby boy....you are not lucky enough to be born these day......save your smile for me in heaven....im trying to strive here for your next brothers and sisters fetus.....

jadi ke mana arah kita selepas ini?.....adakah happy ending?......tak juga.....aku rasa kita akan makin teruk.....sebab?.....sebabnya banyak.....tak perlu nak di list down di sini......lepas nie buang baby dah macam normal sangat kan.....

so that aku rasa akan bakal ditubuhkan pusat pembuangan anak malang......tak sopan rasanya pakai anak haram......sebab babies tak bersalah.....sekolah hamil pun nak ditubuhkan.....tak mustahil pusat pusat yang mendokong aktiviti macam ni akan ditubuhkan....

maka jinx parents akan tarik nafas lega.....mereka boleh buat baby sesuka hati......paling kurang pun poor baby yang terhasil akan dihantar ke PBC....poor baby center.......dan mereka akan bebas buat anak lagi......maka PBC akan dibina di mana mana......cawangan kedah....kelantan....selangor....johor.....dan banyak lagi.....

PBC cawangan USA



maka jinx parents....bebas berkeliaran.....menghabiskan waktu muda dengan membuat banyak lagi poor baby....

bullshit....babi pun tak macam ini......

****

ok.....kita kembali kepada mode yang lebih membina masyarakat.....sebagai seorang remaja.....kita kena memainkan peranan yang penting dalam membasmi gejala buang baby......Law enforcement telah dilakukan....di mana jinx parents yang didapati bersalah bakal disabit dengan tuduhan cuba membunuh atau membunuh......

tapi macam biasa.....LAW IS MIND WITHOUT REASON-aristotle......undang undang dicipta untuk mengurangkan......not to make it zero......bila entah nak zero?.....for sure after life.....

sebagai remaja.....kita kena menjaga diri dari terjebak dengan perkara seumpama ini.....bermula dari pagi......bangun tidur.....kita kena berazam dan berniat sambil minta tolong pada tuhan untuk tidak terlibat dengan persetubuhan luar nikah untuk hari tersebut......

esoknya.....bangun lagi.....niat lagi sambil minta tolong pada tuhan.....dikuatkan hati untuk tak terlibat dengan persetubuhan luar nikah.....lepas tu bangun dan mandi.....teruskan hidup macam biasa......jaga sembahyang.....kita dah nak kiamat dah nie.....dan amalkan hidup yang sihat.....

ada yang cadang untuk buat pusat itu pusat ini tanpa melihat pusat sendiri.....sebenarnya mudah saja.....orang orang besar kena terapkan nilai nilai agama dalam kehidupan rakyat......walaupun macam dah terlewat ......sebab orang sekarang bila masuk isu religion talk.....baru nak nampak selendang di kepala......afterward.....buka dan menang.......tapi tak salah kan kalau korang nak mulakan sesuatu yang baik.....tak ada dateline.....kecuali lepas mati......

jadi apa yang sangat perlu ditekankan disini adalah......penjagaan diri.....dan agama......dan untuk ibu bapa..... jangan pergi jauh sangat sampai ke bulan tapi anak di rumah ditinggalkan bersetubuh dengan setan......

sekian...

for the record:

its not so rocket science....but some of us love to complicate the situation like they did....they not even sure what they looking for....but someday....they will surely regret their own wasted age....nak hidup di marikh konon....sampai bila?...




KEMODENAN VS. KEBODOHAN

assalamualaikum...

kemodenan dan kemajuan tidak dapat disangkal lagi mampu membawa suatu gaya hidup yang baru kepada sesuatu tamadun dan bangsa...

jika bercerita tentang kemodenan kita dapat menyimpulkan satu tatacara hidup yang selesa teratur selamat dan strategis....namun sesuatu perkara mesti datang dalam pakej pro and con....maka ingin aku ceritakan mengenai contra suatu kemodenan yang pernah dihadapi seorang Brader Firr yang berniaga di bazar ramadhan....serius...memang macam gampang...

Brader Firr ini merupakan seorang pembantu kepada peniaga popia.....korang tau tak apa dia popia nie?....risau pula aku bila dah moden sangat.....ada juga individu yang tak tahu spesis kuih yang bernama popia......mari aku bagi gambaran sebenar popia.....

ini adalah popia...gambar ini aku copy dari sini

dan dalam perniagaan popia tersebut....Brader Firr menyediakan popia base on demand....meaning that kalau ada orang datang nak beli baru beliau buat gulung dan macam macam lagi proses....

sehingga one time....ada seorang auntie naik kereta waja nombor plat tak tau sebab hal tahun lepas.....buat apa nak ingat plat number kereta orang kan?....lagi lagi tak kenal.....aku tanya juga benda nie tadi......

last last Brader Firr tendang perut aku sampai muntah darah....damn.....aku cuba nak pastikan auntie tersebut bukan dari kerabat aku.....aku tumbuk Brader Firr sampai mulut berbuih pulak....lepas tu baru sambung borak.......

apa?....gambaran auntie naik kereta waja pun nak?....damn la....korang bayangkan la macam mana seorang auntie vogue naik kereta waja.....tapi aku tau.....korang manja sangat.....sini aku sediakan gambaran seorang auntie yang dah keluar dari kereta waja...ngada ngada.....



macam ni lah lebih kurang....clear tak?...ini foto google

auntie tersebut ingin membeli popia.....maka dipesan oleh beliau beberapa gulung popia.....Brader Firr dengan cermat dan tangkas memulakan proses menggulung popia....beliau memang begitu cermat dalam memastikan tempat kerja beliau telah menepati piawaian sirim ISO:9002.....

soal disiplin memang tak payah tanya....semua terjaga.....tiba tiba auntie vogue dengan kebijaksanaan dan penuh bergaya sambil tanggal cermin mata bertanya...

"adik.....nie tak ada habuk masuk ke dalam makanan nie ke?....debu debu banyak nie orang lalu lalang?....."....

Brother Firr tanpa membalas pertanyaan itu terus kemas kemas tutup gerai on the spot......peniaga peniaga yang lain turut berbuat demikian.....mereka kelam kabut tutup gerai.....bazar ramadhan petang itu dibatalkan serta merta.....melimpah ruah makanan yang didermakan di masjid

dan menurut informasi yang Brother Firr dapat....auntie vogue telah berpindah ke daerah lain.....akibat tertekan dan auntie vogue begitu menyesal kerana menanyakan soalan yang telah secara langung merendahkan tahap IQ beliau.....

dengar cerita juga....beliau kini sedang berusaha keras turun naik mahkamah untuk kelulusan permohonan mendapatkan tempat belajar di salah sebuah tadika swasta di ibu negara.......

for the record :
jangan tanya soalan bodoh dekat orang....ia sama juga seperti suarakan kebodohan pada orang....buruk padahnya kepada agama bangsa dan negara..... sometimes...things better left unsaid..... curiosity kill cat and....modern humanity too... 

PANDU CERMAT!!....BERAPA KALI NAK BAGITAHU??....


selepas melihat video di atas.... korang pasti ada tercakap OMG kan?....sebab aku pun ada cakap jugak tadi... sebab kesialan pemandu dewasa kini sudah di tahap yang membimbangkan...... dan dulu aku ada share juga pasal video eksiden dekat taman midah...... tapi video tue aku remove demi menghormati si mati yang terlibat dalam kejadian.......

tapi lepas tengok balik benda benda macam nie....aku jadi fikir....sebab apa ada juga segelintir manusia yang dilahirkan untuk buat kecuaian macam ini.......sedangkan banyak perkara perkara yang macam nie dah berlaku..... tapi semua tak ambil kisah kan?.....bila dah jadi baru nak nyesal tak sudah.....

tapi the point is.....bila ia membabitkan kanak kanak....atau ibu kepada kanak kanak.....damn kan?.....sedih kan.... rasa macam nak bantai ramai ramai kan pemandu yang macam <*(oo)*> tersebut....

klip vidoe di atas ada di antaranya merupakan sedutan filem...... tapi memang realiti sikap pemandu dewasa kini yang terpapar kan?.....sebab aku pernah juga naik kereta dengan pemandu macam <*(oo)*> nie..... tapi aku cool jer......aku buat buat rilek......sebab kalau aku jerit jerit nanti diorang cakap pondan plak kan?......alhamdulillah..... setakat ni tak pernah berlaku kejadian macam nie lagi.....naudzubillahi minzalik.....

jadi sebelum keluar lepak dengan pemandu macam <*(oo)*> nie.....adalah amat disyorkan untuk menunaikan current prayer.....kalau mat rempit selalunya kena make sure isyak dah lepas......baru berani meredah highway.....dan berkeyakinan......serta pasti dilindungi....ye tak?....

kira at least.....kalau dah mati nanti tak ada la menyesal sangat kan....sebab sempat sembahyang.......maklumlah.....manusia manusia dewasa kini.......selalu yakin sangat sempat kumpul pahala yang boleh kaw tim masuk syurga.....ye tak?.....tak payah nak hipokrit weh......aku pun ada jugak lengah lengah taubat.......tak semat taubat at least dapat tunaikan sembahyang terakhir tue is better enough kan?.....dari dua dua tak sempat.....kan kan kan?......

tapi masalahnya.....kalau kita dah cukup berdisiplin sekalipun....tapi ada lagi si <*(oo)*> yang entah datang dari mana......<*(oo)*> mabuk minum arak lebih ke......payah jugak kan?..... 

aku pernah tengok accident yang true punya..... motor elok elok kat traffic light tiba tiba kena sondol dari belakang dengan waja yang dipandu <*(oo)*> mabuk...... penunggang motor tu india..... habis tulang rusuk dia tersembul keluar weh...... serius macam sambal gearbox......korang pernah dengar sambal gear box?....tak ada kan?.....tapi malam tu ada..... memang true and fresh.....cuma rugi tak bawak mangkuk dengan straw je.....

jadi pesan aku kepada orang orang yang ada lesen kereta atau tak ada lesen kereta.....kira yang memandu la senang cerita kan.....jangan <*(oo)*> sangat......kalau nak mati sangat....pergi mati sorang sorang.....jangan libatkan ladies and gentleman yang berdisiplin ok.....

lagi satu....kepada yang konon konon cekap memandu tue agak agak sikit la ye...... sebab malang tu tak berbau......jangan nak kerek sangat.......kang dah ada yang mati nanti.....korang tak boleh nak buat apa apa dah......kalau korang tak kesian kan diri korang.....kesiankan orang lain......

lagi satu....kepada pakcik pakcik.....kalau ada anak kecil ke......anak kecil orang lain ke.....anak kecil jiran ke......jangan hisap rokok berhampiran diorang la.....kalau tak pergi sekolah sekali pun tangok la iklan iklan kat TV......sebab nampak macam tak ada ilmu langsung weh......nak hisap rokok itu korang punya hal tapi kalau nak jadi perokok.....tolong tunjuk sikit ilmu sains ada sehelai dua di dada.....

ok chow...

PS: 

aku malas nak attach statistik kemalangan di Malaysia....sebab malam tadi Sergey Brin SMS aku.... 

"der....lu jangan buat hal dengan gua...cilaka la kalau semua benda ada kat blog lu apa guna gua invent google"

aku tak reply....malas nak layan....

for the record : 

setiap 20.5++ minit dalam sehari hidup manusia....malaikat izrael akan datang usha muka kita.....so that be prepared bebeh!....

AKU JUJUR #2 : DUIT KOPERASI SEKOLAH

assalamualaikum...

pagi itu di tingkatan 3....waktu itu aku sudah berjinak jinak dengan nikotina....maka mudah diceritakan di sini...hingus aku dah kurang meleleh....tak macam waktu darjah 6....sedang aku sibuk fokus dalam bilik tingkatan menghadap guru yang membebelkan suara suara ilmiah.....

tiba tiba aku dipanggil untuk bertemu mesra dengan encik warden....encik warden memang tampak jelas kurang menyenangi sikap aku....dengan rekod pelajar paling malas turun subuh berjemaah....oh ya....zaman asrama di sekolah dulu....mereka ada sediakan rekod kedatangan untuk solat subuh dan asar.....

motif?....urm....bagi aku motif menggiatkan law enforcement untuk penjagaan solat berjemaah ini adalah untuk memartabatkan sunnah dan merapatkan sillaturahim antara pelajar asrama.....maka kes buli ragging sampai mati jarang berlaku di asrama tersebut....maklumlah....sekolah agama menengah tinggi.....maka nilai nilai sebegini haruslah diterapkan bagi melahirkan modal insan yang berakidah dan beriman serta kaya dengan rasa taqwa....

maka tahniah aku ucapkan disini untuk pengawas pengawas asrama yang berlagak macam penguatkuasa majlis perbandaran.....semoga roh roh kalian bakal ditempatkan bersama para salehan.....salehan adalah ketua warden di sekolah aku....dan kami rapat.....memang rapat...haha

berbalik kepada pertemuan dengan encik warden....sesampai di bilik guru....dauratul muallim.....dalam bahasa arabnya....aku pun tak ingat....encik warden dengan tidak semena mena terus bertanyakan.....

"mana duit tu??..."

"duit apa?"....balas aku....

"alah tak payah nak pura pura lah....saya ada banyak lagi kerja nak kena selesaikan....awak tahu apa maksud saya kan??..."

"tak tahu..." balas aku confident dan memberikan kejujuran secara menyeluruh.....aku sedar sesi psiko menyaiko akan bermula dalam beberapa minit lagi....

for the record....aku dan encik warden pernah duduk di gazebo depan asrama dari pukul 0000 hingga 0300....itu semua bahana perbuatan fly aku dihidu oleh mereka....encik warden memaksa aku mengaku fly.....beliau juga menyaiko aku dengan cerita cerita pelik yang kononnya beliau dengar tentang aku....walhal aku tak buat.....

akibat tak tahan ngantuk dengan nyamuk yang mula gigit encik warden....dan simpati yang meninggi dengan keterdesakkan beliau untuk buang aku dari asrama.....akhirnya....malam itu apabila jam hampir menunjukkan jam 3 pagi.....aku mengaku dihadapan beliau....sambil dengan hensemnya....menceritakan secara terperinci tentang jalan jalan yang aku guna untuk fly....mana aku lepak bila fly....dan apa aku buat bila fly.....waktu itu aku terus ceritakan pada beliau semua cerita yang masuk ditelinga beliau adalah sekadar samar samar dan tidak tepat.....TAPI.....aku dengan kacak dan begitu gagah sekali menyatakan pada beliau.....

"saya boleh cerita semua benda nie....tapi saya takkan dedahkan dengan siapa saya buat kerja nie...."

hensem kan?....haha.....alhamdulillah....beliau juga tak kisah..... sambil beliau memberi tempoh sampai hujung tahun sahaja aku layak duduk asrama....the next year....i have to move out....

during that time....i was so confident that im gonna move to another school for the next year like SBP MRSM or what ever else than that school.....i voice out my confident on him.....

but damn!....form 4 dengan form 5 aku still di sekolah yang sama....berhadapan dengan beliau.....malu kan?....tapi masih kacak....tak kisah la.......

haha....back to the story psycho session on that form 3 morning....sesi tersebut berjalan lancar.....tanpa aku mengaku....haha....puas hati aku.....kali itu aku menang....ya lah....takkan aku nak mengaku benda tak buat.....aku ingat kalau beliau lempang aku.....aku nak balas dan lari laju laju.....haha.....

setelah selesai sesi tersebut....aku membuat sedikit penyiasatan tentang individu yang mendakwa aku adalah pencuri duit koperasi....akhirnya aku dapat juga tahu.....tapi aku buat rileks....sebab aku bukan suka gelabah gelabah terus attack....takkan aku nak tunjukkan sahsiah seperti pendakwa tersebut.....

aku ambil masa beberapa hari....dalam tempoh masa itu.....aku dengar cerita tak tahu betul ke tak.....bahawa awek koperasi tersebut yang tersalah letak dan menuduh aku.....aku tepuk dahi tanda kesal dan *sigh.....aku juga yang kena.......tapi demi mengekalkan awet muda dan keanjalan kulit.....aku buat biasa biasa dulu.....

sampai di satu petang....selepas selesai bermain streer soccer....aku dan beberapa kaki yang lain.....berjalan menuju koperasi untuk membeli air.....ada juga kaki kaki cilaka yang kesempitan wang kerap mencuri di koperasi ini.....siapa dapat curi air kotak memang hero skillfull waktu itu....

jadi di kesempatan ini....saya dan diri saya dan mewakili kawan kawan yang lain....ingin memohon halal untuk benda benda yang pernah kami terambil di koperasi sekolah agama menengah tinggi sultan hisamudin....formerly known without sultan word.....samth.....

sesaat aku berhadapan dengan awek koperasi yang tuduh aku.....aku terus mengherdik awek koperasi.....awek koperasi mula menggigil dan menangis....sambil meminta maaf kerana menuduh aku.....aku pun jual mahal.....maka awek koperasi menawarkan jalan penyelesaian untuk belanja pizza free.....ambil banyak mana yang aku nak.....

kaki kaki yang lain pun sibuk juga nak pizza.....maka seorang ambil satu.....nasib baik aku bawa dua tiga orang kaki je.....kalau 20 30 orang.....aku rasa bankrupt koperasi....

maka dari peristiwa tersebut aku makin matang menghadapi tohmahan dan tribulasi di hari mendatang.....kepada awek koperasi....aku minta maaf kalau kau marah aku tulis entry ni....lagi satu aku mintak maaf sebab buat kau nangis dan mengambil pizza jualan kau serakus hati....

BABI

assalamualaikum...

hi...this is the right time to do this and that...everything went out upside down...banyak yang perlu diselesaikan....aku macam telah jual hidup untuk wang...walaupun jual hidup adalah kebencian mutlak dari dalam sanubari...cilaka...aku malas tulis emosi di sini....bila tulis emosi...aku rasa aku sedang membina lagi emosi yang buat orang ramai mati bunuh diri....letih...semua orang letih dan akhirnya mati...

aku ingat lagi bekas jiran aku yang baru baru ini didiagnose oleh doktor sebagai mati mengejut....tapi orang banyak kata arwah kerja kuat....letih...di tambah usia yang sudah tua....banyak orang yang pertikaikan bila aku kata aku tidur 8 jam satu hari.....aku tidur....bukan aku kacau sesiapa....bukan aku tumpang makan nasi di rumah sesiapa....

aku cuma buat apa yang orang normal buat....tidur...cuma lebih 2 jam....itu pun ada yang nak kecoh....aku perlukan rehat....diwaktu berhadapan dengan si fulan ini...aku ketawa sambil sinis mempertahankan diri....konon konon aku yang bersalah sebab tidur 8 jam....mereka bilang orang dewasa cuma tidur  6 jam....

well...i cant help...sue me!...i just love to spend 1/3 from my daily life to sleep....cilaka lagi....aku buka facebook....minta maaf pada yang terasa....aku sebagai aku dan bukan sesiapa...secara peribadinya.....amat benci bila orang menaip sekejap guna capslock sekejap tanpa capslock....

MaCaM INi MacAm GaMPanG BukAn?.... 


mungkin ia akan buat aku dan secara peribadinya aku jadi macam lambat untuk baca kenyataan yang ditulis sedemikian.....dan aku benci....aku cakap aku benci ya....bukan aku ajak orang untuk benci......nanti secara tak pasal pasal....ada pula yang kata aku cerewet..dan kecoh....maka dalam hati yang terpacul dulu adalah babi....tak tahu kenapa....mungkin kerana sudah biasa.....tapi bila di rumah...bila bersama ayah mama.... babi jarang keluar....ditambat kemas....atau telah pulang ke kandang.....atau aku hipokrit agaknya bila di rumah......

maaf lah....tapi bagi aku tidak salah kerana mungkin ideologi orang melayu yang telah pandang babi sebegitu hina....walhal....babi cuma haiwan yang kotor....kalau dibanding pada kekotoran...ada juga manusia yang kotor...dari segi akhlak...moral...dan hati....lebih kotor dari babi....

paling tidak babi tidak akan membunuh anak dan buang dalam tong sampah....babi masih lagi bernaluri....owh....lupa nak bagitahu....dalam entry nie....dekat bahagian perenggan yang ada banyak tulis babi....sila baca dalam hati....nanti parents korang dengar kang tak pasal pasal kena rotan dengan hanger dari belakang.....terutamanya kanak kanak bawah umur....jangan biasakan cakap babi....sebab bila dah melekat nanti susah nak buang.....

cuba korang suruh budak kelantan buang telor diorang....bukan telur ye....telor....telur dan telor adalah berbeza dari sifat dan karekteristik.....telor = dialek.....telur = hahaha...takkan korang tak tahu.....

berbalik kepada topik babi.....babi adalah haram dimakan samada secara begitu sahaja...its fingger licking good....atau dimasak delam menu apa pun....makanan berasaskan daging babi...atau sebarang suapan ke mulut yang melibatkan babi adalah haram dan tidak halal...juga berdosa ya bila dilakukan dengan akal sedar dan waras......

tapi...hukum memegang badan babi tidak lah pula sebegitu ya puan puan dan tuan tuan....babi dan apa apa yang berasaskan babi jika dipegang adalah tidak elok sahaja...sebab itu kita perlu bersuci.....bukannya haram....bukannya dapat dosa.....jadi apa yang perlu dilakukan oleh si pemegang babi adalah....menyertu....[rootword : sertu..]

sertu dan samak adalah berbeza ya tuan tuan dan puan puan....boleh google...atau cari buku fiqh...malas nak tulis sini....

jadi rupanya ramai juga yang marah bila ada gambar seorang awek study vet. yang pegang babi tu ya....haha...awek pun buat hal....banyak banyak binatang...babi juga yang dipilih untuk diajak bergambar.....

tapi kalau ikutkan aku....yang cetek ilmu ini....aku rasa perbuatan awek tersebut tidak salah....sebab bukannya beliau makan atau gigit telinga babi itu...beliau cuma pegang...and then beliau sertu lah....macam biasa....lepas tu...masuk waktu...beliau solatlah....apa nak kecoh kecoh kan?...

korang tahu apa punca kontroversi?....ya...sudah pasti apabila narrow minded mendapat kekunci komputer dan tetikus dan ada akaun facebook....semua dipandang salah...isu yang tak sensitif pun boleh jadi sismonastik.....

jadi....para narrow minded sekalian....silalah membaca...dan banyakkan ilmu untuk setiap topik yang ingin dibincangkan.....kerana apa?....kerana korang boleh bikin pincang kefahaman orang lain....

yang jenis dah faham pula....jangan nak belagak macam babi ba.alif.ba.ya. pula.....bahasa yang digunakan untuk sesi paku memaku hendaklah berhikmah dan menunjukkan taraf ilmu anda......

apa?....cakap tak serupa bikin?....oh...ok..ok....aku tulis babi kat sini erk?....inikan ruangan blog aku....bukan aku tengah berbincang.....kalau aku tengah berbincang atau dalam urusan rasmi....aku dah lama tambat babi kemas lah....

aku tahu apa erti kurang ajar....jadi maaflah kalau definisi kurang ajar aku dengan kau kau yang terasa itu tak sama.....sebab kau mungkin melayu yang sangat pandang babi itu sesuatu yang sensitif......so...all you have to do....bentang sejadah....angkat tangan ke hadhrat Ilahi....bersyukur....

sebab Dia lahirkan kita sebagai kita....sebagai manusia....bukan sebagai syaitan.....malah kalau ada yang islam....up  lagi level syukur....sebab lahir sebagai islam....bukan manusia yang terkeluar dari senarai yang terdedah dengan hidayatullah......

cuba bayangkan....korang atau aku dicipta untuk menjadi syaitan....sesatkan orang...siap confirm akhirat masuk neraka.....

terima kasih Allah jadikan aku manusia....umat Muhammad [pbuh] lagi....

cuba bayangkan kita dicipta untuk jadi babi....asyik kena caci....sensitif lagi....hidup tak tenteram....anak babi pun jalan tunduk sebab malu mak dia babi.....

terima kasih Allah jadikan aku manusia....umat Muhammad [pbuh] lagi....

jadi yang dah ada nikmat nie....jangan nak sombong sangat lah....buat sederhana...buat macam biasa....ok....yeah...


ps : gua sepatutnya lepak maple malam nie....tapi hujan....jadi sebab tu gua bebel banyak kat sini....trimas kalau lu orang sanggup baca sampai tahap nie.....lu orang memang steady....haha

ADAB MENILAI ORANG

"orang selalu kata dunia kejam...padahal kita sendiri yang buat dunia kejam"...keluh farez....

farez berusia 19 tahun pada hari tersebut....tidak mengenali ibu dan siapa bapanya....adik beradik bertaburan di seluruh dunia....entah ke mana suadara maranya...sedang tercungap cungap mencari sesuap nasi....hutang sudah meninggi....kelayakkan dalam pendidikan memang tak mengizinkan beliau hidup macam remaja lain.....masakan tidak... yuran pengajian di peringkat sekolah menengah ditanggung sendiri seratus peratus....keputusan SPM...barai...maka keluar lah beliau menikmati dunia kejam ciptaan kita....mempunyai pakcik yang tidak perlu dipertikaikan perangai nya....

***
farez terus mengeluh dan menceritakan kisah hidupnya...ada juga beliau bertanyakan perihal aku.....aku jawab mana yang aku rasa perlu....kami baru kenal....tapi kami borak macam kawan lama....hinggalah azan zohor berkumandang.....aku ajak beliau ke surau berhampiran.....

farez "tak pe lah...ko pergi dulu..."

aku bingkas bangun sambil bermonolog dalaman
"hidup memang rumit....tapi pintu keluar dari masalah bukan cuma satu"


##########


"saya nak cari suami yang mampu bimbing saya...mampu menjaga saya...layak jadi imam saya.."...angan aida

aku juga baru kenal aida.....aida berusia 22 tahun pada hari kenyataan ini dikeluarkan...gadis manis ini tinggal bersama keluarganya....berambut ikal....berbaju sendat dan singkat....menampakkan ropol ropol seluar dalam wanita yang dipakainya..... ketika duduk di kedai makan...ropol ropol itu makin jelas dan mampu menarik lirikan ekor mata jantan.....sambil menggigit gigit straw akibat kehabisan air minuman dalam gelas beliau terus berangan angan andai dapat berkahwin dengan seorang mukmin....beliau akan menutup aurat....azam beliau terus meninggi...dan berterbangan di atmosfera restoran itu.....

***
maghrib hampir menjengah...aku minta diri sebentar ke surau AEON bukit tinggi....aida tunggu di bangku pengunjung yang disediakan....dalam hati bermonolog lagi...."minah nie cerita lebih...pandai cakap dan bercita cita macam ustazah....tapi tak ada usaha nak berubah....cheh.....biarlah.."

usai solat kami menuju ke char kuey teaw mantap dataran shah alam...siaran perlawanan bola sepak yang sibuk diceritakan aida sedang berlangsung di kaca TV stadium astro....sedang beliau asyik menonton....tiba tiba dahi beliau berkerut...dan merengek mahu pulang....jam baru menunjuk ke angka 9....awal lagi.....sambil berjalan ke kereta....beliau memegang perutnya.....oh....beliau senggugut....dan aku telah berprejudis pada aida sebentar tadi...malu....nasib baik dalam hati...tak terluah lagi...
jadi lepas ini jangan berburuk sangka pada orang lagi.....lagi lagi gadis period....

*watak watak yang aku baru kenal ini bukan nama sebenar....kalau benar pun korang bukan tahu tahap kebenarannya....bawah ni ada video kelakar....korang boleh gelak....sebab aku tak ada foto nak upload....aku share video nie

SOLIDARITY AND MEMORANDUM

asalamualaikum....
sebenarnya aku malas nak taip entry.....jadi aku buat cara malas lah.....korang nak baca cara malas ke cara rajin ke tak nak baca ke.....aku tak kisah.....sebab kisah pun aku dah malas nak ambil.....huh....pemalasnya diriku ini....lagi lagi cuti macam ini.....


aku kerap kata bosan......akibat kebosanan melampau aku duduk saja dekat rumah.....aku ada cari kerja dua kali....ingat nak isi waktu lapang cuti semester ini.....cis!....tak dapat pun.....semua penuh.....




alhamdulillah.....poket pula tak penuh sangat tak kering sangat.....semua cukup.....ayah dah banyak kali usya daring dekat aku waktu aku buat formasi belit ular sawa kat ruang tamu sambil tengok TV.....aku tahu ekor mata beliau melontarkan bahasa badan yang begitu pedas tapi disimpan kemas......seperti...."ko tak ada benda berfaedah lain ke nak buat??.....makan tidur jer!....".....


oh ayah.....aku tak ada rezeki untuk dapat kerja waktu cuti kali ini......sebenarnya aku cari kerja pun dua kali jer.....ada jer kerja.....tapi aku lebih pertimbangkan faktor jarak dari rumah......malas aku nak kerja jauh jauh.....leceh.....[aku sedar orang malas selalu bagi alasan kan?....jadi korang tak payah susah susah bagitahu....]....


sebenarnya waktu cuti ini....aku lebih isikan dengan membaca....Kot....entah lah.....aku pun tak membaca banyak mana sangat......entah lah....sebut pasal membaca.....aku ada terbaca satu artikel....yang buat aku jadi tak keruan......lepas baca kepala aku ligat berfikir.....entah banyak benda yang aku fikir....jadi.....aku tak nak lah aku seorang je yang fikir......korang pun dijemput fikir.....


jadi aku bubuh pautan keramat yang membuka minda aku berfikir keluar dari kotak....
sila klik.....     [pautan keramat]


aku dah sebar pautan nie dekat orang lain juga......aku ajak diorang fikir sekali......diorang pun fikir.....artikel pada pautan keramat ini panjang.....jadi kalau yang tak minat membaca.....yang jenis baca skip skip.....yang jenis nak cepat sangat buat kesimpulan......atau jenis ambil intipati setakat ala kadar.....anda dinasihatkan untuk terus skip jer......tak payah susah susah merajinkan diri.......


sebab ini soal sejarah perpecahan ummah.......riba' yang dah dimanipulasikan menjadi interest......cilaka....ramai antara kita tak sedar.......kononnya itu interest..... kononnya interest lain riba' lain..... buka lah mata kawan...... ia sebenarnya sama jer..... sama tak ada beza...... akhirnya.... pelajar pelajar yang kononnya ke menara gading..... menjadi sarjana..... pakai jubah...... akhirnya terlibat atau tersepit dengan PTPTN dan jenayah riba'..........


jadi illumintai sial ini harus dihapuskan.....dibasmi...... patut lahir seorang pemberontak untuk tak bagi muka pada sistem bangsat yang mengundang malapetaka ini..... [sorry....tiba tiba aku emo pulak.....]....


jadi....aku akan sedaya upaya....teguh dengan pendirian aku.....untuk menjauhi sebarang agenda yang menyesatkan ini......korang yang pada IC korang ada tulis islam...... juga harus sedar..... sampai bila kita nak ikut sistem celaka ini....... jelas kontra dengan ajaran islam dan sunnah..... siapa lagi yang nak jaga agama kita kalau bukan kita sendiri....... [huh!....aku ceramah pulak].....


tapi ini hakikat kan?.....korang nanti kalau nak bayar duit rumah....kena bayar riba' sekali..... duit kereta..... duit pinjaman pelajaran...... semua ditopengkan dengan nama interest..... sedarlah..... ia sama je dengan riba'....


sedarlah brader and sister.....hukum tuhan tu fixed....korang jangan pandai pandai nak bawak spanar kasi longgar......konon hebat berhujah..... lantang berpidato...... baru ada beberapa kebolehan.....dah berani manipulasi hukum tuhan......


musuh musuh islam memang tak ubah isi al-quran.....dan tak ada siapa yang ubah..... itu janji Allah s.w.t.....tapi mereka ubah life style orang islam.....orang islam yang jahil pun follow buta buta.....




sudahlah tak nak ikut hukum hudud..... jenayah pulak dipandang enteng....... lesen judi bola lulus..... demonstrasi mengecam israel kat sana sini....... takbir sampai suara serak...... bagus!.....spirit mantap.....ilmu teori kuat......tapi praktikal barai.....


setakat mengecam.....memorandum.....petisyen.......korang tahu tak.....itu semua sedarjat dengan azam tahun baru yang tak pernah tertunai........tak jadi apa apa......memorandum itu cuma atas kertas jer......petisyen semua tue..... tak boleh nak buat apa apa......diorang langsung tak risau.....makin kuat diorang gelak......


mereka serang kita dengan benda besar......jadi kita haruslah memperbaiki dari benda yang kecil.....diri kita....
bila basic kuat......advance mesti mantap.....


kesatuan ummah.......ini tidak.....demonstrasi umno kat tempat lain....pakatan kat tempat lain....dari demonstrasi yang tak ada function itu pun dah berpecah......macam mana kalau nak hasilkan sesuatu yang ada function nanti?.....kalau tak bersatu berhasil ke?....jangan mimpi lah nak maju kalau macam nie.....


pakatan ungkit pekung umno....umno selak pekung pakatan.....fitnah sana sini..... ego masing masing tinggi..... kat parlimen saling kutuk mengutuk..... padahal bila check IC masing masing agama islam......Bangang..... macam ini punya style ada hati nak kecam israel konon....


wake up la..... kebahagian kesenangan kesejahteraan kemakmuran dan keamanan kita ini sebenarnya makin lama makin di hujung tanduk.....cuma kita yang bangang bedebah tak sedar sedar ianya makin malap.....sebab sibuk gaduh.....sibuk rasuah.....sibukkan dunia....takutkan mati cintakan harta......


sekian....


ps:
-gua rasa cuti gua akan berakhir dengan duduk lepak saja.....memerhatikan alam semesta sambil menginsafi kelemahan manusia.....[huh....gua poyo....tak payah bagitahu]
-al-aqsa bukan palestine punya seorang.....orang islam yang lain pun ada share juga....kenapa kamu orang yang lain semua senyap senyap sahaja??
[ini makcik palestine dekat video mana entah bagitahu.....]

DEBATE


gua adalah debater di zaman sekolah dulu....jadi gua tak sangka skill gua masih tajam lagi....tapi dulu ....waktu gua berdebat kat sekolah.....gua di temani oleh 3 orang rakan.....tapi gua dan teman teman confirm gagal dan tewas....kehkehkeh.....tapi itu dulu.....sekarang ini....


gua nak cari dua orang lagi rakan untuk jadi rakan menemani perdebatan dengan pasukan pro-israel ni.....gua memang tak ada point sangat nak paku diorang.....

diorang ada jer jawapan yang tak logik yang buat gua tak boleh nak bidas.....page yang gua join tue page "i do hate israel".....tapi kenapa bila gua buat kenyataan gua sorang sorang kena paku balik??.....mana fan yang lain.....setakat tekan like je ke??....cis!!....

usya sekali brader isi isi dalam semua.....macam mana boleh ada israel join sekali page tue??.....siap paku memaku lagi.....ada pula yang join sekadar nak cakap israel fuck....

itu semua orang tahu.....tak payah la nak ulang banyak kali.....dah lemau dah.....objektif gua adalah nak buat mereka nie sampai tak boleh cakap yang mereka tak bersalah....ini tidak.....sikit sikit fuck.....cis!!.....

koman sangat pemikiran......ada yang rajin tue tambah tanda seru banyak banyak sambil capslock.....padahal sama jer.......ah!...gua malas nak komen hal itu......

lu orang tengok printscreen gua sedang berjuang memaku secara professional.......lagi satu gua tak anjurkan fuck fuck kalau nak berdiskusi secara berhikmah.......gua malas kang setan ikut join gua discuss pulak kan......dasar setan.....pergi toilet pun nak follow.......

original copy print screen nie ada dekat page i do hate israel.....kadang lambat sikit diorang respon.......kalau ada yang respon pun jenis style bagi link youtube untuk video IDF......video IDF pulak....israel punya stok......sebab tu gua terasa dipaku  payung sorang sorang......

lu orang tolong la yer.....gua tandus point buat masa nie.....bukan masa nie jer....actually gua tak reti nak ungkit sejarah kekejaman diorang sebab gua tak master habis lagi......owh....BI gua macam haram.....broken like hell.....lu orang yang terrer BI lagi dialu alukan untuk join team gua.......dapat medal dengan sijil......ada hamper sekali....boleh tong tong nanti.......

PS: 
sorry gua guna bahasa pasar.....sebab gua letih nak bergurindam....
lagipun bahasa macam nie tulus dari hati gua....haha....

KEBEBASAN

itu kita...
lepas kita turut dibaling....
lepas kita sama dianjing.....
baru kita melenting....
baru kita nyaring....

selama ini mereka derita....
selama ini mereka runsing....
selama ini mereka bukan penting....

anak anak kecil....
adik adik comel....
yang tiap malam tidur berbantal gusar...
yang tiap hari main berteman mortar....

yang ratusan mati tidak beralasan....
baru kita kenal sedar....
baru kita kenal ihsan....

lepas kita turut dikelar....
cacian hebat dilempar....
gesaan desakkan menjalar....
itu dari kita....

keras bunyinya....
tapi aksinya masih hambar.....
baru angau pada doa.....
baru mula buka sejadah....

ya Rahman....
maafkan kami....
kami tidak mampu selain menitipkan doa kami untuk mereka...
untuk kesejahteraan mereka....
untuk keselamatan sesama saudara....

kami lipat kemas ikhlas....
agar sampai kepadaMu.....
agar dikabulkan....
agar diberi hidayah.....
agar lebur si terlaknat celaka....
agar sejahtera Ghaza seisinya.....
ameen
 kenang mereka dalam setiap doa...

FOLK TODAY

"anak kau ada janggut sikit ye??...."

"aah.....kenapa"....balas mama.....

"tak sangka pulak aku....ingat dia tiru perangai abang dia...."

"kenapa??....apa dia buat".....
tanya mama lagi keliru....

"tak ada lah......cuma aku tak sangka je....."
.....balas beliau pendek

"lepak kat kedai mamak sampai pukul 1 pagi.....
hisap rokok.....
berborak borak.....dengan kawan dia....
dia mesti berdua je dengan kawan dia....entah apa yang diborakkan
......tak sangka pulak budak tu anak kau....."
tambah beliau lagi


********
itu antara perbualan yang mama bagitahu tadi......
aku sering diperhatikan rupanya.....
bila aku tanya siapa yang buat laporan begitu pada mama.....
mama jawab ringkas....pakcik yang turut selalu lepak di kedai makan yang sama dengan aku....tapi duduk di meja lain......


pertama sekali saya ingin beritahu saya berumur 22 tahun disember ini.....
saya boleh menoton DVD lucah kalau ikut nafsu
saya boleh beli alkohol kalau ikut syaitan
saya boleh mengundi jika ada pilihanraya
dan saya rakyat malaysia merdeka

untuk pakcik

wah pakcik!.....
bila pakcik lepak boleh pula....
bila pakcik hisap rokok boleh pula.....
bila pakcik borak borak boleh pula.....
pakcik......saya tak pernah kacau apa apa yang kemilikan pakcik....
anak pakcik pun saya tak kacau.....
apatah lagi keluarga pakcik......

ya pakcik.....
saya memang ada beza yang besar dengan abang saya....
tapi pakcik.....

pakcik kenal benar ke dengan saya....
pakcik kenal benar ke dengan abang saya.....
pakcik tahu benar ke dengan hati budi orang.....

tak payah susah susah lah pakcik.....
pakcik pernah senyum ke dengan saya......
pakcik pernah ke nak duduk semeja dengan saya....
itu lah pakcik.....
malas lah saya nak cakap banyak banyak......
kalau saya lepak minum pun pakcik pandang serong.....
apa lagi yang saya boleh buat......

ikut suka hati pakcik lah nak label saya apa.....
saya tak marah pun.....
cuma lain kali.....
kalau ada rasa tak puas hati dengan tindak tanduk saya....
berhadapan terus dengan saya.......
jangan nak guna mak saya sebagai medium menyampaikan perasaan pakcik yang terpendam......

******
insyaallah.....kalau ada jodoh aku.....terserempak dengan pakcik ini......aku nak senyum sinis tanda terima kasih untuk ambil berat.....kalau ada peluang aku nak salam cium tangan pakcik ini.....tak sangka pula di luar sana ramai yang berebut rebut nak jadi bapa angkat aku.....

hubungan yang baik sesama orang tua dapat membantu meningkatkan nama baik sendiri di kawasan taman perumahan

POYO


assalamualaikum

for some unknown reason suddenly my tendency to write in this very irrelevant language emerge just like that...initially ...I do care about my hesitation towards my grammar consumption and what so ever tied with this unfamiliar language to myself....but I throw it away.....how far?....I don't even know.....but away.....so that I'll using this language because nowadays if you don't have a clue with this language you'll be considered as so-last- year......but who will give any damn?.....and suddenly in the middle of writing process....I realize that my English going to be broken by no time.....so I start to plan to put a little bit Malay by relevant that I am Malay.....and why not instead of using English.....I put my mother’s tongue language in here......I don't have a clue what kind of talking that happened right now.....it might be a talk about language....or my own self esteem towards English...

I don't see any convenience element that present by practicing these unnatural phenomena.....I meant when where you feel forced to learn others language in the mean time those language was growing up by wide spread reception by community.....it’s kind of stupid by chasing the similarity with western cultural that you knew you won’t  found it.....it also might be a starting point of applying unnecessary things......such as drink a beer as mat saleh did.....dear god....protect us from those things.....it can be a good reason for mat saleh who has a different belief and culture to influencing us with their unacceptable culture according to our syariat.....
Penat lah tulis English....malas lah nak tulis lagi.....nak rehat....rasa macam study je bila blogging dengan bahasa orang.....noktah.....pening [sigh]....

PENIPUAN SEPARA TERANCANG

asalamualaikum....
sewaktu muda remaja dahulu aku telah didedahkan dengan ilmu kaji alam atau istilah bahasa transformasinya geografi.....aku lihat zaman ini banyak juga istilah istilah transformasi dari bahasa lain ke bahasa melayu.....untuk mengikut kesesuaian dan peredaran zaman.....bagus.....itu yang buat bahasa lidah aku jadi kaya raya....

bermula dari entah bila....subjek geografi adalah subjek wajib diambil dalam peperiksaan penilaian menegah rendah di semua sekolah sekolah menegah sekitar malaysia....

seperti remaja lain....di waktu itu aku masih duduk di bangku sekolah sebagai seorang pelajar soleh yang mendengar kata dua nasihat dari guru guru....guru guru di sekolah itu sangat menyayangi aku dan sekali gus aku menjadi harapan sekolah......

atas akhlak dan budi pekerti aku yang mulia.....aku kerap memasuki bilik disiplin untuk berkongsi pendapat dan idea bernas dengan guru disiplin sekolah tentang hukuman yang setimpal untuk pelajar pelajar degil dan nakal tak reti dengar kata orang orang tua..........

lumrah manusia yang ada sifat iri dan busuk hati....aku juga tidak lari dari mereka mereka yang dengki dengan aku yang kerap memandang serong dan sinis pada aku.....mereka melabel aku sebagai pelajar nakal yang kerap dipanggil ke bilik guru disiplin untuk dihukum

aku nyaris nyaris dicalonkan sebagai ketua pelajar di sekolah itu....tapi aku menolak dengan alasan mahu fokus pada pelajaran.....aku juga kerap dipanggil untuk ditemubual di kaca telavisyen.....juga aku tolak atas alasan tidak mahu membuang masa di studio studio rakaman televisyen mereka......

berbalik kepada cerita geografi....aku telah diajarkan tentang ilmu ilmu yang merangkumi cara baca peta, cara baca kompas, cara membaca buku atlas, dan macam macam industri yang ada di planet bumi.....cikgu aini abdullah adalah insan yang bertanggungjawab mematangkan aku dengan bidang pengkajian alam....aku amat terhutang budi dengan beliau yang membantu aku bertatih mendekatkan diri pada kebesaran ilahi.....

atas ketulusan dan keikhlasan serta naluri keguruan yang begitu mendalam dalam diri cikgu aini....aku kini lebih memahami dan percaya bahawa bangi terletak di selangor, kota bharu terletak di kelantan, dan aku masih mendalami lagi ilmu ini untuk cuba memastikan petaling jaya juga merupakan kawasan sekitar selangor.....

agar aku tidak mudah ditipu oleh orang orang yang tak dapat A dalam subjek geografi mereka.....untuk hari ini dan masa depan....

HEAVENS GATE

dari tadi aku taip taip sebab bosan....ada yang sudah cecah 3 perenggan....lantas aku tekan butang Ctrl+A dan Backspace....sudah lama mendiam bila mula balik menulis....aku jadi clumsy....padahal bukan satu kewajipan pun untuk tulis tulis di sini.....banyak lagi yang boleh aku buat.....mahu aku ceritakan kisah lampau....tapi tiada yang sesuai....aku bukan mengharungi hidup yang boleh jadi contoh....aku tekan backspace lagi.....sebentar kemudian aku tukar gambar kepala blog di atas....sebentar kemudian aku keluar borak borak dengan mama....sebentar kemudian aku review drama korea....bosan lagi....memang aku sudah kaku barangkali......

macam mana agaknya cerita orang orang yang dah lama tak baca quran.....kalau disuruh baca....pasti tunggang langgang......aku ada dengar dekat cerita alkuliyah entah cerita halaqah...tak pun khutbah jumaat.....nanti kalau malaikat kubur nak bantai kita....alquran yang jadi back up.....itu aku saja saja kongsi....kalian nak amalkan atau tolak tepi....silakan....

aku ingat lagi....masa aku ada rasa macam tak kena dengan doa qunut aku dulu.....terus aku google bacaan dalam solat....huh~....memang sah qunut aku salah....aku tak tahu nak buat macam mana....jadi tawakal saja...diterima atau tak....itu urusan pencipta.....

macam mana pula dengan urusan abang abang yang jadi pelayan dekat restoran tom yam dan makanan laut....tak pun pekerja operator kilang tempat aku kerja dulu....cilaka....urusan sembahyang tak usah ditanya.....buat macam tak ada apa apa.....lepas itu sedar pula sambil berkata....."aku tahu lah amalan aku tak banyak dosa bertimbun....."....boleh kata macam itu tapi macam tak ada effort nak ubah.....lepas itu kalau tegur kata ceramah lah....jadi ustaz lah....OMG....they were really something else.....ada pula yang yakin dengan kekuatan sendiri dengan kata kubur sendiri sendiri.....

huh~....semalam kena basuh dengan lecturer kalkulus aku....sebab tak buat tutorial jer....terus disekolahkan aku dari tadika sampai masuk universiti balik.....aku pun angguk angguk jea.....nasib baik aku ada dengar dengar imam muhammad bin idris kata...."even ko dah tahu benda itu....ko acah acah tak tahu je la bila cikgu mengajar.....".....jangan kerek sangat.....

macam mana pula dengan urusan awek awek bertudung yuna sambil memaparkan bentuk bentuk indah terlarang.....lepas itu sibuk pula bergosip gosip pasal perempuan free hair.......

perempuan free hair pula...sibuk sibuk dengan hujah "alah...perempuan bertudung bukan semua baik pun...."...

pn.roslina mantan sifu kalkulus aku cakap....perempuan bertudung kalau rembat makanan kat kafe....dosa dia satu saja.....kalu perempuan free hair....dua.....satu dosa dia rembat...satu lagi dosa dia free hair.....itu dia cakap.....dia berani cakap macam itu sebab ada seorang makwe free hair kelas aku semalam ponteng......so yang tinggal....makwe makwe yang pakai tudung.....alhamdulillah la....kalau mereka pakai ketat ketat pun aku tak nampak....sebab mereka pakai jaket fakulti.....

tak nampak lagi??....mesej yang cuba di ketengahkan pn.roslina ialah....free hair itu dosa.....antara akibatnya seperti sabda pn.roslina.....

"you'll grab your parents hand while they already one step closer to the heavens gate......you'll blame them for ignoring your own attitude.... your own body"......

jadi....jangan lah jadi palat palat melekat di mangkuk tandas....sudah lah hidup menyusahkan mak bapak.....mak bapak nak masuk syurga pun disusahkan lagi.......bukan soal aurat saja....soal semua yang jadi dosa kelak.....jadi....mari lah sama sama berdoa supaya kita tak tarik tangan mak bapak kita masa mereka nak masuk syurga nanti.....jadi lah tangan yang menarik mereka ke syurga......wallahua'lam.....

atmosfera romantis duka lara


asalamualaikum.... rasanya mahu saja aku rehat puas puas....baring puas puas... penat tak terkata... aku penat sekali memerah otak merisaukan tentang test yang berlonggok longgok...ah...aku mahu lupakan sebentar...dari itu...aku tuliskan ini bukan untuk membincangkan soal test aku...aku mahu tuliskan apa yang pernah masuk sekali dalam buku kisah hidup aku... aku punyai seorang kawan yang baru berpisah dengan teman lelaki beliau...

beliau mula bercerita...[dalam SMS]

"aku baru clash dengan Bf aku...dulu apa yang dia nak semua aku turutkan...dia tak bagi aku kawan dengan mana mana lelaki...habis semua number telefon laki dalam contact list handphone aku aku padam....tapi tak apa...sebab aku sayang dia sangat sangat...tapi sekarang aku dengan dia dah break...aku rasa hidup dah tak bermakna...aku rasa dunia bukan tempat aku lagi...aku ....blablablabalbalabla...."...[banyak sangat]...


lepas terima SMS itu...
aku rasa mahu taip...

"ha...itu la kau dulu....kau agungkan sangat BF kau tu...apa yang dia suruh kau buat buta buta...kau selalu fikir kau boleh masuk satu kubur dengan BF kau tu...cinta itu memang bawa ke syurga...tapi transit di kubur dulu kena tunggu seorang diri...kau selalu keluar dating lepak kat taman taman...konon dunia ini milik korang berdua la...zohor entah ke mana asar entah tunai entah tidak....bila hujung minggu overnight dekat tempat yang entah apa apa...tengok bintang sama sama...tengok kelip kelip...lepas itu buat suara ala ala takjub macam tak pernah tengok...konon mahu timbulkan suasana romantis macam dekat dalam cerita korea yang kau selalu tengok sampai meleleh air mata...kau jadikan cerita korea itu sebagai panduan dalam percintaan kau dengan BF kau...kau selalu lupa tanggungjawab kau....mak bapak kau hantar menara gading tinggi tinggi suruh  belajar jadi orang yang tahu serba serbi...tapi kau pakai topeng kejahilan....kau lupakan tanggungjawab kau....kau jadikan Bf kau sumber dan alasan untuk kau terus hidup.... mak bapak kau??...aku tak tahu...itu soalan untuk kau bukan aku....kau letakkan cinta untuk BF kau tinggi tinggi sampai tiada entiti lain yang kau cintai selain susuk tubuh Bf kau.... kau nangis bila BF kau buat kau sakit hati...tapi kau lupa cinta kepada rabbi adalah cinta hakiki....pernah kau menangis sebab rasa diri kau jauh dari allah??...pernah kau menangis sebab dalam sehari suntuk...lidah kau tak pernah berkesempatan untuk selawat ke atas junjungan nabi s.a.w??...bila kawan kawan kau marahkan kau sebab keterlaluan sama BF kau....kau kata mereka dengki dengan kebahagiaan kau....dengan pasti sekali kau kata kau bahagia...tapi kau sendiri tak pasti bahagia kau sampai bila....kau sendiri tak mencari erti sebenar bahagia tapi kau berani kata kau bahagia....pernah kau tanya...hidup kau ini betul betul di redhai atau tidak??...pernah kau selidik nikmat yang kau dapat sewaktu bersama BF kau itu betul betul nikmat atau istidroj??...kau berdialog manja manja waktu bergayut sama BF kau...konon kau lemah dan sangat memerlukan BF kau....BF kau pun yang gagah dan sasa itu pun keluarkan nada manja yang sama sama menjengkelkan....bila orang lain komplen kau kata iri hati sifat yang menukarkan malaikat menjadi iblis....bagus!...kau tahu juga itu....tapi pernah kau berdoa pada allah nangis nangis dalam nada lemah dan manja untuk meminta ampun meminta di terima amalan...aku nak bagi tahu...allah tak pernah jauh dari kau....kau saja yang lari entah ke mana merapu rapu meracau seperti ditinggalkan.....bukan aku mahu membebel tak tentu pasal...aku cuma mahu kau jadi golongan selamat....bila kau letakkan cinta dan obses kau pada insan lebih tinggi dari cinta dan obses kau pada tuhan....tahu kah kau??....allah dan rasulnya mencintai kau...tapi kau biarkan cinta mereka bertepuk sebelah tangan....kau tak rasa bersalah ke??...macam yang kau rasa bila berborak dengan lelaki lain sudah pasti kau akan rasa bersalah pada BF kau yang kau tatang dan junjung itu....sayang sekali... memang lumrah perempuan mudah sangat menangis...tapi kau salurkan motif tangisan kau kepada kebendaan dan materi semata....kan bagus kalau kau tangiskan dosa dosa dosa dosa kau yang berlonggok longgok itu....dan optimiskan jiwa kau pada keampunan tuhan....pintu rahmat tuhan tak pernah di tutup pintu taubat dia pun sama....tinggal kau saja yang nak masuk atau nak lepak kat luar je....ikut kau lah...aku pun bukan layak untuk kongkong kau....aku cuma bagitahu apa yang aku tahu....jadi jangan berputus asa dengan rahmat allah...."....

tapi tak jadi sebab mustahil SMS mampu menghantar teks panjang macam ini....
jadi aku taip
"ajal maut jodoh di tangan allah"....dan tekan butang send....
sekian....
*jangan cari diri anda dalam tulisan ini...sebab ini untuk semua orang....jadi jangan pentingkan diri....

HARI AKU



hari ini roh Shakespeare yang selalu berpuisi dari kamar hati tak datang bertenggek....aku jadi kelu...dan aku tulis ini dalam sinar beta yang aku pancarkan ke pelusuk kamar...dalam kamar sunyi di tinggal semua susuk...aku jadi terbang dengan angin sampai ke satu ceruk...aku sedar ini semua mainan anganan yang melalaikan...aku tembuskan pandangan terus dan aku fikir semula hari pagi aku sampai malam....mahu aku kongsikan tapi kalau bukan aku siapa lagi mahu hargai hari aku...hari aku allah bagi....walau aku tak ambil...aku tetap di suap dengan hari aku...hari aku adalah hari aku....bukan hari kamu dan aku jadi penghulu yang terima arahan dari allah untuk atur hari aku....dalam sedar atau tidak...dalam terlantar atau pekak...ini hari aku....aku syukur sebab tiada orang lain dapat hari macam hari aku....aku belajar menghargai hari aku dengan di temani teladan dari semalam dan sempadan yang aku bina untuk akan datang...aku bukan budak kecil yang perlu diaturkan rancangan untuk menyelusuri hari mereka....aku bukan orang tua yang tak daya yang tak tahu apa perlu di isi untuk menjalani hari mereka....tapi aku sedar aku bermula dari mana dan sampai apa aku akan berada....tentang jatuh bangun bukan sesuatu yang mustahil terisi dalam hari aku...tentang masalah bukan sesuatu yang ajaib dalam diri aku....aku teruskan hari pagi aku dengan bermula dari pekikan ibu "woi!..ko tak mahu pergi kelas ke??..."...bangun malas... mandi... solat...baca apa apa yang patut....naik motor...tak sedap hati...berfikir...dah lama tak salam cium tangan mak sendiri sebelum pergi kelas...cari modal...."mama mintak duit"...mama masuk dalam ambil...aku cium tangan mama waktu beliau menghulur not RM10....pernah dulu aku ingat lagi...sewaktu aku mahu cium tangan beliau....topi keledar yang aku kenakan jenis ARC setengah yang ada paruh di hadapan nya....aku cium tangan mama tanpa sedar yang paruh di topi keledar aku terpatuk tangan mama....macam kelakar pun ada....kenapa lah aku tak buka topi keledar siap siap....jadi pagi tadi aku ambil pengajaran dengan membuka topi keledar terlebih dahulu...dengan lakonan yang konon konon memicit jerawat di pipi yang segan segan mahu keluar....sampai kelas dengar lecturer berborak tentang keunikkan ilmu hisab lanjutan untuk jurutera....ah!...syaitan datang main buaian di mata aku...aku gagahkan juga sampai habis kelas syaitan buat mata aku macam taman permainan bermain lari lari serta police and three di mata aku.....cis!...syaitan memang setan....aku berjaya gagahkan mata kerana keputusan ujian berkala aku subjek kegemaran jurutera sekelian alam aku peroleh dengan result yang mampu membuka mata kuyu dan dibantu oleh emosi yang bertahmid memuji kuasa yang maha memberi... alhamdulillah....aku dapat panggilan telefon dari seorang rakan untuk menghabiskan masa di pusat membeli belah plaza alam sentral....aku datang setelah mendengar habuan yang bakal menanti kehadiran aku di situ iaitu ayam goreng...dengan perut tak sarapan yang masih bernyanyi nyanyi lagu tradisional negeri uganda agaknya...lirik pun tak jelas jadi aku main agak saja.....aku terjah plaza alam sentral....kadang ada rakan rakan aku yang menamakan sendiri kawasan itu sebagai alam setan....kenalah dengan tempat dengan kadar sosial yang tinggi di kawasan bandar shah alam ini aku jadi lali lihat makhluk makhluk yang didalam kad pengenalan mereka tertera perkataan islam....tapi...[pandai pandai lah berimaginasi tentang apa yang aku lihat]....aku tunggu kawan ini main boling...dah masuk waktu solat dah ini....tapi seluar yang aku kenakan aku tak yakin kesuciannya...jadi aku bergegas pulang ke meru indah nan permai kampung ku nan satu itu....solat dan bergurau kasar bersama adik aku...sempat jugalah aku bagi penumbuk sampai mata beliau lebam dua tiga tompok...[percaya ke???...]...tak lah...itu memang corak gurauan kami....dia tak pernah marah sebab aku bagi kebebasan penuh kepada dia untuk buang title abang di awalan kata ganti nama aku kepada dia.....jadi dia panggil aku dengan nama aku dan perkataan "woi" contoh "woi...radzi...bla...bla...bla"...walaupun beza kami 16 tahun....bagi aku...itu yang akan buat kami rapat sampai dewasa kelak...insyaallah....bukan niat aku mahu biar beliau membesar dengan kurang ajar..sebab aku punyai cara aku tersendiri untuk didik adik aku....cukuplah aku dapat tahu yang beliau menukar kata ganti diri kepada "saya" ketika menghadiri kelas tadika...membuktikan beliau tak kurang ajar pada masyarakat dan guru beliau...andai berlaku demikian ...na'uzubillah...kaki ini tidak akan teragak agak untuk bersinggah ke badan beliau....sedangkan mama dan ayah aku juga gunakan cara tersendiri untuk didik aku dengan cara yang ibu bapa lain tak gunakan....aku memang anak yang membesar dengan penuh kebebasan.....tapi alhamdulillah...aku pernah belajar dan aku ada setitik ilmu di dada tentang batas batas yang perlu dijaga....

berbalik kepada hari aku...aku tertidur di atas sofa rumah di ruang tamu aku yang tak berapa indah....di kejutkan oleh satu suara selebriti di dalam cartridge tv yang di temubual oleh wartawan melodi....aku tak tahu bagaimana boleh beralih siaran ke tv3 sedangkan aku tidur bersama suara spongebob yang ceriteranya asyik berulang ulang sampai aku naik hafal dengan skrip beliau yang seterusnya....selebriti itu mengeluarkan kenyataan berbaur bangang...[err..maaf..]...berbunyi...."walaupun nama saya bla...bla...bla...nur alislam tapi bla...bla...bla nur al islam adalah seorang yang seksi....saya pun tak tahu nama saya....bapa saya yang bagi....tapi bla...bla...bla nur al islam adalah gadis seksi"....aku maki dalam hati....kerana persepsi pertama aku adalah "cis!...minah ni bangga ke dia seksi"....aku pedulikan....terus capai tuala dan mandi.....ketika mandi tiba tiba imaginasi aku menerawang tentang minah tadi datang dalam keadaan kain kapan beliau terdedah sana terdedah sini macam pakaian beliau sewaktu hidup....apa entah yang aku fikir sangat pasal minah ini....ah sudah lah....aku isi aktiviti petang aku macam hari hari lain....

petang beranjak malam....aku biasa habiskan malam aku di kedai kopi di pekan meru ini....aku memang regular customer kedai itu....ada seorang bibik di situ gemar berborak ketawa dengan aku...kami baru berkenalan kerana bibik baru mula berkerja di kedai itu....aku tak tahu kenapa bibik mesra dengan aku dan tak lokek senyuman....yang aku tahu bibik itu punyai anak sebaya aku yang sedang belajar kedoktoran di universitas di jakarta....kadang aku jadi berfikir....hubungan negara kami dalam keadaan yang kurang selesa....tapi aku dan bibik mampu bergelak ketawa kerana apa??...kerana kita adalah manusia....aku hormat bibik.....bibik open minded tentang kuala lumpur....aku juga open minded tentang jakarta.....satu lagi yang menunjukkan sayangnya bibik pada aku kerana beliau telah menyuruh anak beliau di jakarta untuk mengepos dvd "ketika cinta bertasbih"....yang tak keluar di malaysia....dah keluar ke??...entah lah....tapi cerita itu memang banyak memberi pengajaran....novel dari cerita itu mengajar aku tentang itsar...itsar ialah situasi di mana kita tidak harus mengalah....sebagai contoh apabila dua orang perempuan mahu bersolat tapi seorang sahaja yang punyai telekung....jadi pemilik telekung itu tidak harus menawarkan telekungnya kepada perempuan yang tak punyai telekung itu....pemilik itu harus bersolat terlebih dahulu....aku aplikasikan dalam solat jemaah....jika ada saf kosong di depan...jangan bagi orang lain masuk dulu....kita yang kena masuk.....
bak kata pepatah arab....ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah....sila amalkan ilmu anda dan kongsikan satu alam....baru bermanfaat dan dapat naikkan saham.....insyaallah....bibik kantoi rupanya kalau di luar waktu kerja bibik seorang yang tak bertudung....kerana aku terlihat gambar beliau tidak bertudung sebagai wallpaper handphone beliau...yang beliau minta tolong untuk mematikan bluetooth yang terbuka....aku bagitahu bibik...."bibik kenapa sih nggak terusan berjilbab di luar...mendingan berjilbab terusan...kayak perempuan solehah gitu...dosa lho kalo kita dedahin aurat"....owh...selepas chill out bersama bibik aku jadi fasih berbahasa jakarta...."waduh...kepala gue itu gatal lho kalo terusan berjilbab....gue rimas..."...jawab bibik....mungkin hujah aku tak sepanas yang bisa membuat bibik duduk lama mendengar teguran aku....lantas bibik bangun dari kerusi dan terus melayan customer yang baru sampai....aku duduk lama lama berbincang hal keselamatan dunia dari isu isu CIA, agen mossad,klu klux klan, whitey superior, politik dan syurga neraka...dan akhirnya aku habis hujah....dan balik rumah di kala gerimis menjengah..... sekian... asalamualaikum.....

status : menyelongkar kebaikkan dan kemanisan dalam hari hari yang dianugerahkan tuhan...LA TAHZAN!...