Memaparkan catatan dengan label selepas subuh sepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selepas subuh sepi. Papar semua catatan

WELL-TRAINED SUPERMAN

hari itu beliau sudah genap 35 tahun, perancangan yang disusun rapi selama bertahun tahun nampaknya akan dilaksanakan hari itu. ramai krew yang menyertai beliau manakala beliau merupakan teraju utama dan mastermind dalam rancangan ini.

kabel kabel nampak begitu berselirat, dari satu connection ke satu connection dan kemudian ke Laptop kemudian disambung pula ke supercomputer. ada tujuh buah satelit parabola menjadi pusat bagi semua wayar dan kabel yang berselirat.

di satu sudut terdapat pentas yang dilengkapi prop dan seorang lelaki tua yang memakai suit dan beliau hanya diam pasrah. video kamera berspesifikasi mantap sudah lama bersedia untuk memulakan tugas. krew krew program tersebut semakin sibuk.

bunyi detak detak papan kekunci semakin rancak dan tiba tiba

"ok done!"

"ok..kita mula sekarang"

arah beliau yakin. tujuannya hanya satu. untuk membayar semula penderitaan yang dialami saudara maranya. beliau memang pendendam. beliau yakin. tanpa dendam, yang jahat akan terus jahat yang ditindas akan terus ditindas. sebab itu dendam perlu untuk memangkin kebangkitan.

saluran media diseluruh dunia telah digodam. bila butang "ENTER" ditekan seluruh saluran media di dunia akan tertumpu pada senario yang berlaku di studio underground itu.

butang "ENTER" ditekan dialog spontan dimulakan. seluruh dunia kini terkejut dengan gangguan siaran yang mereka alami. tidak kira sama ada internet streaming video seperti youtube, siaran TV berbayar, corong radio, hatta walkie talkie pemandu teksi dan along kini diliputi oleh gangguan siaran yang mereka dalangkan.

"assalamualaikum and hi, my name is mister. M. and obviously i am Muslim, i would like to tell and show you guys, that my ability in doing this to the man who hold the power in determining mankind's fate and civilization" sambil meletakkan pistol ke rongga mulut lelaki berpakaian suit tersebut.

"i can simply pull the trigger but i wont do that, objectively to make the enemy of my kind of people felt the humiliation they put on us for a pass few decade. Yes we can do this even better, so you guys better watch out with our next vengeful plan"

video tamat, dan mr.president yang kononnya mempunyai superpower ditinggalkan dengan pistol tergonggong dimulutnya dan tangan terikat. kroni kroni mr.president mula gusar dengan kemampuan yang dimiliki beliau. jika pada mr.president yang dikawal ketat 24/7 mampu diculik dan diperbudakkan sedemikian. apa lagi yang beliau mampu lakukan di bawah jangkaan mereka?.

krew krew beliau yang dari pelbagai bangsa dan latar belakang kini berselerakkan ke seluruh dunia membina network satu jemaah yang solid yang akhirnya menjadi titik tolak permulaan pergerakkan menuju kebangkitan.

insyaallah

CERITERA SITUASI SUATU HARI

assalamualaikum...

Pukul 0716.
matahari mula menyetubuhi bumi. Pada detik ini lampu kalimantang masih perlu berkhidmat,untuk elak komplikasi negatif pada mata. Warga bangladesh mengambil kesempatan cuti umum nuzul Quran ini untuk ke pasar depan, letaknya lebih kurang beberapa minit berjalan.

Pagi pagi lagi dah mula borak besar besar. Bagi semua orang dengar, aku belum tidur lagi dari malam tadi. Jadi tak aku tak kisah sangat kalau mereka nak jerit jerit macam kena histeria. Sebab aku takkan susah.

Burung burung mula borak borak riak pasal persediaan hari raya yang tak lama lagi - baju warna apa langsir warna apa - kecoh.

Butang spacebar aku rosak. Susah betul nak taip taip, tapi aku tak kisah. Masih boleh guna lagi, buat apa nak sedih sedih - hargai.

Sebab bosan yang terasa banyak kali, kadang aku tukar tukar warna layout blog. Jadi sebabnya tak perlu di-kenapa-kan.-bosan.

Semalam petang.
Ada tupai yang pandai melompat jatuh ke tanah. Saksi memberitahu, beliau terkena renjatan elektrik sewaktu menggunakan jalan pintas untuk ke pokok lain. Polis masih siasat hal ini, ada unsur unsur cubaan membunuh diri. Tapi beliau bernasib baik, cuma kaki belakangnya sahaja yang gagal berfungsi.

Pergerakkan beliau terbatas sewaktu aku menziarahi beliau selepas dilaporkan mama. Aku bergegas ke tempat jatuh tupai, betul betul bawah tiang elektrik yang menjadi punca kemalangan tersebut. Aku dapati kaki belakang beliau sudah mula dikerumuni kerengga haloba tak puasa.

Mujur ayah sempat mengeluarkan senjata hikmat warisan keluaran syarikat apa entah-Ridsect- procter and gamble barangkali. Ah!, apa aku peduli. Mesejnya di sini ayah dan Ridsect memang intim, dari zaman awal kahwin dulu menurut mama. Digunakan senjata itu untuk menjamin keselesaan tupai cedera tersebut.-lagak macam paramedik.

Semburan mesra ayah dari kaki belakang tupai sampai ke ekor membuatkan tupai terganggu dengan bau Ridsect, tapi malang sungguh. Dek kerana tangan yang pendek serba kekurangan beliau membiarkan aroma Ridsect memenuhi ruangan paru paru sekaligus menganggu proses repirasi beliau.

Sewaktu lawatan aku, tupai beria ia mahu lari menyelamatkan diri, tak ubah macam seorang pesakit strok yang cuba bangkit selepas jatuh dari katil . Trauma dengan ayah barangkali, aku turut merasa tempiasnya.

Malam tadi.
Aku cari balik tupai pandai tersebut,sudah lepas waktu iftar, tiba tiba teringat nasib sang tupai, dengan apa agaknya beliau iftar dalam keadaan daif sedemikian.-Hilang, yang tinggal cuma foto yang sempat aku rakam.

Gusar aku, jauh mana sangat seekor tupai strok mampu pergi. Tapi pencarian aku tak berhasil beliau gagal dikesan

Jadi kalian yang terserempak dengan Sang Tupai, atau nama panggilannya Joan Brickman VIII, harap dapat menyuruh beliau pulang ke Meru semula. 






Joan Brickman VIII ialah haiwan yang mengigit dan cepat sensitif, jadi kalau Joan Brickman VIII emo tiba tiba jangan ambil hati sangat kalau kena gigit.




for the record :
Sayangi binatang. 

PANDU CERMAT!!....BERAPA KALI NAK BAGITAHU??....


selepas melihat video di atas.... korang pasti ada tercakap OMG kan?....sebab aku pun ada cakap jugak tadi... sebab kesialan pemandu dewasa kini sudah di tahap yang membimbangkan...... dan dulu aku ada share juga pasal video eksiden dekat taman midah...... tapi video tue aku remove demi menghormati si mati yang terlibat dalam kejadian.......

tapi lepas tengok balik benda benda macam nie....aku jadi fikir....sebab apa ada juga segelintir manusia yang dilahirkan untuk buat kecuaian macam ini.......sedangkan banyak perkara perkara yang macam nie dah berlaku..... tapi semua tak ambil kisah kan?.....bila dah jadi baru nak nyesal tak sudah.....

tapi the point is.....bila ia membabitkan kanak kanak....atau ibu kepada kanak kanak.....damn kan?.....sedih kan.... rasa macam nak bantai ramai ramai kan pemandu yang macam <*(oo)*> tersebut....

klip vidoe di atas ada di antaranya merupakan sedutan filem...... tapi memang realiti sikap pemandu dewasa kini yang terpapar kan?.....sebab aku pernah juga naik kereta dengan pemandu macam <*(oo)*> nie..... tapi aku cool jer......aku buat buat rilek......sebab kalau aku jerit jerit nanti diorang cakap pondan plak kan?......alhamdulillah..... setakat ni tak pernah berlaku kejadian macam nie lagi.....naudzubillahi minzalik.....

jadi sebelum keluar lepak dengan pemandu macam <*(oo)*> nie.....adalah amat disyorkan untuk menunaikan current prayer.....kalau mat rempit selalunya kena make sure isyak dah lepas......baru berani meredah highway.....dan berkeyakinan......serta pasti dilindungi....ye tak?....

kira at least.....kalau dah mati nanti tak ada la menyesal sangat kan....sebab sempat sembahyang.......maklumlah.....manusia manusia dewasa kini.......selalu yakin sangat sempat kumpul pahala yang boleh kaw tim masuk syurga.....ye tak?.....tak payah nak hipokrit weh......aku pun ada jugak lengah lengah taubat.......tak semat taubat at least dapat tunaikan sembahyang terakhir tue is better enough kan?.....dari dua dua tak sempat.....kan kan kan?......

tapi masalahnya.....kalau kita dah cukup berdisiplin sekalipun....tapi ada lagi si <*(oo)*> yang entah datang dari mana......<*(oo)*> mabuk minum arak lebih ke......payah jugak kan?..... 

aku pernah tengok accident yang true punya..... motor elok elok kat traffic light tiba tiba kena sondol dari belakang dengan waja yang dipandu <*(oo)*> mabuk...... penunggang motor tu india..... habis tulang rusuk dia tersembul keluar weh...... serius macam sambal gearbox......korang pernah dengar sambal gear box?....tak ada kan?.....tapi malam tu ada..... memang true and fresh.....cuma rugi tak bawak mangkuk dengan straw je.....

jadi pesan aku kepada orang orang yang ada lesen kereta atau tak ada lesen kereta.....kira yang memandu la senang cerita kan.....jangan <*(oo)*> sangat......kalau nak mati sangat....pergi mati sorang sorang.....jangan libatkan ladies and gentleman yang berdisiplin ok.....

lagi satu....kepada yang konon konon cekap memandu tue agak agak sikit la ye...... sebab malang tu tak berbau......jangan nak kerek sangat.......kang dah ada yang mati nanti.....korang tak boleh nak buat apa apa dah......kalau korang tak kesian kan diri korang.....kesiankan orang lain......

lagi satu....kepada pakcik pakcik.....kalau ada anak kecil ke......anak kecil orang lain ke.....anak kecil jiran ke......jangan hisap rokok berhampiran diorang la.....kalau tak pergi sekolah sekali pun tangok la iklan iklan kat TV......sebab nampak macam tak ada ilmu langsung weh......nak hisap rokok itu korang punya hal tapi kalau nak jadi perokok.....tolong tunjuk sikit ilmu sains ada sehelai dua di dada.....

ok chow...

PS: 

aku malas nak attach statistik kemalangan di Malaysia....sebab malam tadi Sergey Brin SMS aku.... 

"der....lu jangan buat hal dengan gua...cilaka la kalau semua benda ada kat blog lu apa guna gua invent google"

aku tak reply....malas nak layan....

for the record : 

setiap 20.5++ minit dalam sehari hidup manusia....malaikat izrael akan datang usha muka kita.....so that be prepared bebeh!....

PADAN MUKA

semalam

darah berhamburan....tulang berselarakkan....mayat bergelimpangan....tangisan berkumandang...kereta kebal....pencabulan hak....penindasan....kebangkitan.....perjuangan....syahid....korban.....mortar....roket.... buldozer.....penjajahan....kematian...perpecahan...sekatan...genocide....pelarian....nuklear... kemusnahan...trauma.....kesengsaraan....

sampai hari ini...
 
dan segala kerosakkan yang kau terbitkan di Al-Quds.... 
 
aku harap Tuhan balas kau dengan sakit sakaratul maut yang tak pernah henti....
 
takkan henti sampai semua jiwa yang kau lumatkan redha dengan perlakuan kau....
 
tapi itu takkan terjadi.....
 
aku harap sakaratul maut kau takkan berhenti....
 
berlaku hari hari....
 
sebanyak hari kau gelapkan kecerahan palestin....
 
aku harap usia kau panjang....dan diisi dengan sakitnya mati setiap hari....



netanyahu laknat alaikum....kau tak nampak lagi?....kau memang babi yang buta hati...aku tunggu kau jadi begini...aku akan post entry yang padat dengan caci maki...

GOOGLE IS THE WAY OUT

selepas meneliti beberapa keping gambar di satu laman sesawang yang aku pun dah tak ingat pautan  dia..... aku teringin nak cuba apa yang dibuat di laman itu.....sekadar untuk kesahihan....rupanya memang sahih..... jadi aku print screen dan bubuh dekat sini.....
apa??...dah tahu ke??....oh..aku lambat la ni??....peduli apa....hahaha....


jadi....untuk melanjutkan lagi bidang kajian dalam versi sendiri.....malas lah ciplak idea orang kan??.....tak genuine leather la bak kata awek awek vogue......

aku menggunakan enjin carian yang sama dengan menaip perkataan lain pula......jadi inilah hasilnya....



lantas....aku terus humming lagu "UITM DIHATIKU"....sampai part ....usaha taqwa mulia.....untuk menyedapkan hati.....

aku rasa ini kes dengki google dengan UITM kan.....korang tak rasa ke??.....ditambah founder google kan yahudi..... yahudi kan suka sebarkan propaganda kan?....

jadi aku rasa aku ada point untuk menerangkan kenapa situasi macam ini boleh berlaku....cis!...jadi korang pun jangan lah percaya sangat dengan prejudis google......

kepada pelajar UITM.....tak kira la kampus mana pun.....sila turunkan rank negatif ini.....malu weh!..... tidak lupa juga kepada orang melayu..... terasa pervert-pathetic-prostitute pula bila mendapat hasil carian yang sedemikian.....

kepada yang tak tahu melayu boleh itu apa......korang jangan ingat itu positif macam laungan "Malaysia boleh!"......

sebenarnya ia kontra......aku tak tahu pun pasal ini.....tapi orang yang selalu cerita.....aku dengar je....[huh~....percayalah....]

ps: aku bebas!!




1 HUNDRED AND 50

asalamualaikum...
ini entry yang ke 150...aku pun tak ingat sejak bila aku mula terjebak dengan arena masuk entry dalam blog ini....bila tengok dekat arkib....aku rasa aku mula pada nov08...

sebelum itu lagi sebenarnya aku dah start taip taip dekat blog friendster.....zaman semua orang tengah "noob" gila addict dekat friendster.....dan akhirnya aku malu sebab pernah terjebak dengan friendster.....

cis!....style kacang lupakan kulit.....account friendster aku masih ada lagi....tapi setahun 3 4 kali jer aku log in.....gambar dari situ semua pun aku dah delete.....

aku sebenarnya malas nak menaip due to swinging mood.....kepala aku berat.....ada sesuatu yang aku rancang.....malas aku nak cerita.....sebab....panjang dan berat.....lagi lagi kalau aku cerita nanti ada yang nangis pilu dengan kisah aku.....

ya....ini aku.....ambil masa untuk terima hakikat.....but....dont worry....i wont take it too long.....sooner or later ill be OK.....yeah!.....haha....aku rasa hipokrit bila tulis macam itu....bila tulis YEAH!....konon konon dapat ubat hati yang lara kecewa......

itu semua tahi anjing muka kemek....[read : bullshit ].....memang orang selalu cakap kata kata semangat mampu menjana pemikiran positif.....sebagai harapan and what so ever.....tapi dalam keadaan swing macam ini.....aku seperti terumbang ambing.....kejap semangat kejap hilang....kejap bersedia....kejap macam bangang......

ah!....malas aku nak fikir.....aku kena menongkah arus.....terus....ke depan.....aku lihat quotation siapa entah dekat dokumentari FIFA semalam.....

"sejarah haruslah dihormati....tapi ia perlu disimpan....tak boleh dikeluarkan selalu....kelak kita tenggelam dengan sejarah sampai tak boleh maju....."   macam ini lah lebih kurang.....aku pun tak ingat sangat......aku ambil part part yang penting jer.....

but guys.....have you ever wondered.....in this very spherical world....ada tak orang yang 24-7-365.25 days.... always down failed and never come back?.....tapi aku rasa tak ada......

sebab tuhan maha adil......syaitan pun kadang kadang dapat kemenangan dapat kejayaan dalam menghasut manusia.....every single things deserve a win situation......

aku dah melalut apa entah semenjak dua tiga hari ini.....emosi kian meruncing....owh ya.....aku nak bagitahu....aku grounded diri aku sendiri....no incoming call.... no facebook ....no SMS will be responded.....But not to the few people i need most in my life......and still....depends on the swing angle of my mood......haha......[tawa dalam tangisan....hipokrit lagi....]....

jadi hari ini.....merupakan hari aku memilih arah.....aku dapat peluang.....bukan untuk memutar masa....tapi untuk mencorak semula.....every days is a new day.....lirik lagu POD.....cilaka...lirik memotivasikan tapi melodi langsung tak harmoni......korang layan la.....entah macam mana lirik ini boleh masuk sekali dalam kepala aku......

tapi cilaka satu lagi ialah epic fail untuk uploader video nie.....kalau korang dapat trace apa silap dia tanpa google atau keluar dari blog ini atau new tab..... kau orang memang die hard fan POD la.......

SOLIDARITY AND MEMORANDUM

asalamualaikum....
sebenarnya aku malas nak taip entry.....jadi aku buat cara malas lah.....korang nak baca cara malas ke cara rajin ke tak nak baca ke.....aku tak kisah.....sebab kisah pun aku dah malas nak ambil.....huh....pemalasnya diriku ini....lagi lagi cuti macam ini.....


aku kerap kata bosan......akibat kebosanan melampau aku duduk saja dekat rumah.....aku ada cari kerja dua kali....ingat nak isi waktu lapang cuti semester ini.....cis!....tak dapat pun.....semua penuh.....




alhamdulillah.....poket pula tak penuh sangat tak kering sangat.....semua cukup.....ayah dah banyak kali usya daring dekat aku waktu aku buat formasi belit ular sawa kat ruang tamu sambil tengok TV.....aku tahu ekor mata beliau melontarkan bahasa badan yang begitu pedas tapi disimpan kemas......seperti...."ko tak ada benda berfaedah lain ke nak buat??.....makan tidur jer!....".....


oh ayah.....aku tak ada rezeki untuk dapat kerja waktu cuti kali ini......sebenarnya aku cari kerja pun dua kali jer.....ada jer kerja.....tapi aku lebih pertimbangkan faktor jarak dari rumah......malas aku nak kerja jauh jauh.....leceh.....[aku sedar orang malas selalu bagi alasan kan?....jadi korang tak payah susah susah bagitahu....]....


sebenarnya waktu cuti ini....aku lebih isikan dengan membaca....Kot....entah lah.....aku pun tak membaca banyak mana sangat......entah lah....sebut pasal membaca.....aku ada terbaca satu artikel....yang buat aku jadi tak keruan......lepas baca kepala aku ligat berfikir.....entah banyak benda yang aku fikir....jadi.....aku tak nak lah aku seorang je yang fikir......korang pun dijemput fikir.....


jadi aku bubuh pautan keramat yang membuka minda aku berfikir keluar dari kotak....
sila klik.....     [pautan keramat]


aku dah sebar pautan nie dekat orang lain juga......aku ajak diorang fikir sekali......diorang pun fikir.....artikel pada pautan keramat ini panjang.....jadi kalau yang tak minat membaca.....yang jenis baca skip skip.....yang jenis nak cepat sangat buat kesimpulan......atau jenis ambil intipati setakat ala kadar.....anda dinasihatkan untuk terus skip jer......tak payah susah susah merajinkan diri.......


sebab ini soal sejarah perpecahan ummah.......riba' yang dah dimanipulasikan menjadi interest......cilaka....ramai antara kita tak sedar.......kononnya itu interest..... kononnya interest lain riba' lain..... buka lah mata kawan...... ia sebenarnya sama jer..... sama tak ada beza...... akhirnya.... pelajar pelajar yang kononnya ke menara gading..... menjadi sarjana..... pakai jubah...... akhirnya terlibat atau tersepit dengan PTPTN dan jenayah riba'..........


jadi illumintai sial ini harus dihapuskan.....dibasmi...... patut lahir seorang pemberontak untuk tak bagi muka pada sistem bangsat yang mengundang malapetaka ini..... [sorry....tiba tiba aku emo pulak.....]....


jadi....aku akan sedaya upaya....teguh dengan pendirian aku.....untuk menjauhi sebarang agenda yang menyesatkan ini......korang yang pada IC korang ada tulis islam...... juga harus sedar..... sampai bila kita nak ikut sistem celaka ini....... jelas kontra dengan ajaran islam dan sunnah..... siapa lagi yang nak jaga agama kita kalau bukan kita sendiri....... [huh!....aku ceramah pulak].....


tapi ini hakikat kan?.....korang nanti kalau nak bayar duit rumah....kena bayar riba' sekali..... duit kereta..... duit pinjaman pelajaran...... semua ditopengkan dengan nama interest..... sedarlah..... ia sama je dengan riba'....


sedarlah brader and sister.....hukum tuhan tu fixed....korang jangan pandai pandai nak bawak spanar kasi longgar......konon hebat berhujah..... lantang berpidato...... baru ada beberapa kebolehan.....dah berani manipulasi hukum tuhan......


musuh musuh islam memang tak ubah isi al-quran.....dan tak ada siapa yang ubah..... itu janji Allah s.w.t.....tapi mereka ubah life style orang islam.....orang islam yang jahil pun follow buta buta.....




sudahlah tak nak ikut hukum hudud..... jenayah pulak dipandang enteng....... lesen judi bola lulus..... demonstrasi mengecam israel kat sana sini....... takbir sampai suara serak...... bagus!.....spirit mantap.....ilmu teori kuat......tapi praktikal barai.....


setakat mengecam.....memorandum.....petisyen.......korang tahu tak.....itu semua sedarjat dengan azam tahun baru yang tak pernah tertunai........tak jadi apa apa......memorandum itu cuma atas kertas jer......petisyen semua tue..... tak boleh nak buat apa apa......diorang langsung tak risau.....makin kuat diorang gelak......


mereka serang kita dengan benda besar......jadi kita haruslah memperbaiki dari benda yang kecil.....diri kita....
bila basic kuat......advance mesti mantap.....


kesatuan ummah.......ini tidak.....demonstrasi umno kat tempat lain....pakatan kat tempat lain....dari demonstrasi yang tak ada function itu pun dah berpecah......macam mana kalau nak hasilkan sesuatu yang ada function nanti?.....kalau tak bersatu berhasil ke?....jangan mimpi lah nak maju kalau macam nie.....


pakatan ungkit pekung umno....umno selak pekung pakatan.....fitnah sana sini..... ego masing masing tinggi..... kat parlimen saling kutuk mengutuk..... padahal bila check IC masing masing agama islam......Bangang..... macam ini punya style ada hati nak kecam israel konon....


wake up la..... kebahagian kesenangan kesejahteraan kemakmuran dan keamanan kita ini sebenarnya makin lama makin di hujung tanduk.....cuma kita yang bangang bedebah tak sedar sedar ianya makin malap.....sebab sibuk gaduh.....sibuk rasuah.....sibukkan dunia....takutkan mati cintakan harta......


sekian....


ps:
-gua rasa cuti gua akan berakhir dengan duduk lepak saja.....memerhatikan alam semesta sambil menginsafi kelemahan manusia.....[huh....gua poyo....tak payah bagitahu]
-al-aqsa bukan palestine punya seorang.....orang islam yang lain pun ada share juga....kenapa kamu orang yang lain semua senyap senyap sahaja??
[ini makcik palestine dekat video mana entah bagitahu.....]

DEBATE


gua adalah debater di zaman sekolah dulu....jadi gua tak sangka skill gua masih tajam lagi....tapi dulu ....waktu gua berdebat kat sekolah.....gua di temani oleh 3 orang rakan.....tapi gua dan teman teman confirm gagal dan tewas....kehkehkeh.....tapi itu dulu.....sekarang ini....


gua nak cari dua orang lagi rakan untuk jadi rakan menemani perdebatan dengan pasukan pro-israel ni.....gua memang tak ada point sangat nak paku diorang.....

diorang ada jer jawapan yang tak logik yang buat gua tak boleh nak bidas.....page yang gua join tue page "i do hate israel".....tapi kenapa bila gua buat kenyataan gua sorang sorang kena paku balik??.....mana fan yang lain.....setakat tekan like je ke??....cis!!....

usya sekali brader isi isi dalam semua.....macam mana boleh ada israel join sekali page tue??.....siap paku memaku lagi.....ada pula yang join sekadar nak cakap israel fuck....

itu semua orang tahu.....tak payah la nak ulang banyak kali.....dah lemau dah.....objektif gua adalah nak buat mereka nie sampai tak boleh cakap yang mereka tak bersalah....ini tidak.....sikit sikit fuck.....cis!!.....

koman sangat pemikiran......ada yang rajin tue tambah tanda seru banyak banyak sambil capslock.....padahal sama jer.......ah!...gua malas nak komen hal itu......

lu orang tengok printscreen gua sedang berjuang memaku secara professional.......lagi satu gua tak anjurkan fuck fuck kalau nak berdiskusi secara berhikmah.......gua malas kang setan ikut join gua discuss pulak kan......dasar setan.....pergi toilet pun nak follow.......

original copy print screen nie ada dekat page i do hate israel.....kadang lambat sikit diorang respon.......kalau ada yang respon pun jenis style bagi link youtube untuk video IDF......video IDF pulak....israel punya stok......sebab tu gua terasa dipaku  payung sorang sorang......

lu orang tolong la yer.....gua tandus point buat masa nie.....bukan masa nie jer....actually gua tak reti nak ungkit sejarah kekejaman diorang sebab gua tak master habis lagi......owh....BI gua macam haram.....broken like hell.....lu orang yang terrer BI lagi dialu alukan untuk join team gua.......dapat medal dengan sijil......ada hamper sekali....boleh tong tong nanti.......

PS: 
sorry gua guna bahasa pasar.....sebab gua letih nak bergurindam....
lagipun bahasa macam nie tulus dari hati gua....haha....

CERAMAH PAGI

assalamualaikum....
ini mungkin eksplisit....jadi aku tidak tapis kata kata carut yang mampu menggugat kesenangan sidang pembaca....

kita kerap terdedah dengan propaganda sebenarnya......dari dulu....dan kita.....bila terbaca atau terlihat kumpulan kumpulan yang sibuk mengusahakan sesuatu provokasi......kita akan naik marah.......kita akan mula lantang dengan suara kita.....

contoh....apabila ada group page di facebook yang menginjak injak kehormatan islam.....seperti "fuck islam"...."muhammad s.a.w is......[aku tak sampai hati nak tulis]" dan banyak lagi......kita akan balas dengan marah marah.......

kita sepatutnya membelek semula buku sirah darjah lima dan enam sekolah rendah agama......di situ.....ada tertulis......bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah berhadapan dengan individu yang lagi teruk daripada founder group page yang memfitnah baginda.......tapi baginda s.a.w. tetap bersabar dan terus senyum berhadapan dengan makhluk makhluk terlaknat sedemikian......

tanpa kita sedar itu adalah objektif nyata sesuatu provokasi......membangkitkan kemarahan orang lain......kita lupa barangkali bahawa berdiam itu kadangkala bijak.....senyum itu boleh bikin mereka rasa sia sia dengan usaha mereka.....dan akhir sekali....lepas lelah mereka berhenti.......atau lagi teruk.....sampai kita marah.....

dan mula kata "fuck you" ."motherfucker" sana sini.......kita lupa lagi.....api tidak pantas dipadam dengan api......jika diteliti lepas kita marah.....mereka akan tertawa.....mereka akan puas hati......usaha mereka bukan sia sia lagi.......mereka giat lagi.....canang lagi provokasi.....sampai kita terbakar dengan api kita sendiri.....

dan akhirnya syaitan pun mula berdiri puas hati.......



Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.

(Hadith Riwayat Ahmad)



lagi lagi pada waktu suntuk di akhir zaman ini......pada masa ini kita boleh perasan individu yang sokong  penuh mesej mesej murni.....tetapi tidak mampu berhadapan dan mengendalikan provokasi dengan berhemah.....

makanya pada ruangan komen di bahagian provokasi.....kita boleh lihat orang yang memperjuangkan agama ber"fuck-fuck" sesama musuhnya....

sebenarnya perlakuan sedemikian tidak membawa kita ke mana mana......ia juga jelas diketahui oleh musuh kita.......mereka sengaja melancarkan perang psikologi agar kita membuang masa melayan kerenah tidak matang mereka..........

rugi teramat bagi kita jika melayan provokasi yang sedemikian.......adalah mudah dengan selamba menyatakan pada mereka.....we don't give any fucking damn about your message....so....just go ahead....and whatever.....

walau kita sedar kita berada pada pihak yang benar.....tidak semestinya kita perlu mempertahankan bertubi tubi bermati matian bertikam jari [menaip kata caci].......mempertahankan kebenaran itu dengan melampaui batas.......just being moderate pal!.......sebab apa??.....sebabnya mudah.....Allah S.W.T bersama orang yang benar dan menyukai hambanya yang tidak melampaui batas.......

jadi....tak perlulah bagi kita bermati matian menegakkan kebenaran macam kita tidak bersama sesiapa....macam menegakkan benang yang basah

being extremist is not a good way of life....... ia menunjukkan siapa sebenarnya si jumud yang berada di bawah tempurung......siapa sebenarnya si fundamentalis yang meletakkan sesuatu tertambat kemas pada setiap asasnya tanpa perkembangan.....

kita perlu berkembang......tapi itu bukan lesen bagi kita untuk menerima buta buta liberalisasi dan pluralisma dalam kehidupan kita......bersederhana dalam sesuatu bermaksud berada di tengah tengah......bukan terlalu fokus pada keduniaan....dan tidak pula terlampau menekankan akhirat.......dan tidak pula meninggalkan kedua duanya.....tak faham??......baca balik dari atas sampai lebam......

sebab kita ini ummatan wasatan......apa dia ummatan wasatan??.....umat yang tengah tengah.....yang akan menjadi saksi setiap perbuatan umat umat terdahulu pada hari akhirat kelak......

macam mana kita boleh jadi saksi??.....kita tak hidup dengan mereka......

mudah saja.....kita ada Al-Quran......kalamullah yang menceritakan dengan terperinci setiap perbuatan khalifah di bumi.....so that....itu menunjukkan kita bukan umat akhir yang tak ada function di muka bumi......darjat kita tinggi.......

so cuba tadabbur firman Allah yang berbunyi.....



Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
[2:143]

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): 'Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar'. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. [2:120]

see that....kita sebenarnya telah diajar untuk bersikap matang sudah lebih 1400 tahun yang lepas......tapi atas sebab apa entah......susah sangat untuk diaplikasikan.......jadi masih belum terlambat untuk beraksi bijak......

sampaikanlah pesan ketenangan kepada saudara mara dan rakan rakan korang......supaya beraksi bijak dalam medan provokasi......sebab perbuatan kita....mencerminkan agama kita.......jangan ekstrim sangat....aku terajang kang!.....




PS:...pergh!!....gua bagi ceramah.....gua sekadar menyampaikan ilmu di dada....

KERJA SEKOLAH : RUMUSAN BERGAMBAR


gambar di sebelah menunjukkan kasih sayang seorang pemimpin kepada rakyatnya....tanpa mengambil kira diskriminasi dan kontroversi yang bakal tercerna akibat dari salah faham rakyat rakyat yang lain yang tidak mengecapi kasih sayang itu.......


justeru.....akibat didorong sifat bertanggungjawab.....objek merelakan tenaga yang dimiliki dipindahkan kepada badan benteng negaranya demi mencapai cita cita dan kemenangan......selepas bermain badminton antibodi badan menjadi lemah dan akibat dari kehilangan tenaga yang terlalu banyak......susu badan adalah minuman yang efektif untuk mengembalikan tenaga yang hilang......teori susu ibu ini juga didukung oleh penemuan saintifik yang mendedahkan khasiat susu ibu yang mampu menyahkan kelesuan.......


antara isi tersirat yang boleh dirumuskan dari gambar di sebelah adalah sebagai seorang wanita yang mempunyai naluri keibuan......jenayah buang bayi adalah sesuatu yang seharusnya tidak berlaku.......kita sesama manusia sewajarnya memupuk sikap saling menyayangi tanpa mengira batas usia, kaum dan sebagainya yang boleh memporak perandakan keamanan di sekitar kita.......


objek di dalam gambar sedaya upaya merefleksikan keadaan sebenar dan hakikat kasih sayang itu haruslah berlaku di mana mana.....sama ada di hadapan wartawan ataupun tersembunyi.....atau selepas bermain badminton.....ini kerana kasih sayang yang ikhlas yang lahir dari hati dan sanubari manusia itu sendiri adalah solusi terbaik untuk mengikis sifat pentingkan diri dan menyuburkan hubungan baik antara pemimpin dan rakyat.......selaras dengan saranan kerajaan.......yang ingin mewujudkan suasana harmoni......pendekatan secara kasih sayang ini adalah merupakan yang terholistik seumpamanya......


sebagai seorang rakyat yang berfikiran matang dan sentiasa ingin maju.......kita haruslah menerima dengan hati yang positif bahawa kasih sayang yang dipamerkan oleh objek boleh dijadikan teladan kepada kita dalam institusi kekeluargaan.......bukan institusi masyarakat......kerana kita sebagai seorang islam......harus menyedari akan batas batas yang telah disyariatkan dalam perhubungan sesesama manusia.......lagi lagi yang bukan mahram kita.......


P/S : jangan makan sangat....tengok juga tulang ikan dalam nasi.....
FOTO KREDIT: tehranifaisal

KUASA DAN AKSI

assalamualaikum....
alhamdulillah...
saat aku establish new connection tadi broadband telah pulih sedia kala....berkhidmat macam biasa...rajuk agaknya dengar aku mahu tukar pada talian tetap....

jadi lepas berjaya mendail...aku jadi buntu mahu taip apa....ya...memang sebelum ini rasa banyak mahu taip....penyudahnya...semua hilang lupa....tak apa....mari jalankan tangan atas kekunci lagi....macam biasa....topik akan dimulai dengan angin angin kecil....yang mungkin akan hangat di klimaks atau akan makin bosan dan makin bosan sampai kalian alihkan mouse di butang pangkah di atas itu.....

owh....pesanan selingan....jika bosan atau jengkel pada tulisan ini....jangan segan segan untuk berhenti baca dan pergi....sebenarnya ia mudah dan sangat praktikal....cuma ada segelintir orang yang suka buat sesuatu yang mudah jadi rumit....dalam masalah macam ini kita terbiasa meletakkan diri pada tingkat tertinggi....jadi hakim....kalau bukan untuk dihebahkan....sekadar menilai untuk sangkaan diri sendiri....terhadap tulisan yang terpapar.....


ah...lupakan pasal itu....aku mahu cerita pasal bibik...ya....bibik di entry ini ...malam tadi....bukan malam tadi....awal pagi tadi saat sebelum aku tulis entry yang sebelum ini......aku sedang melepak dengan bibik....awal pagi....entah apa alasan...tiba tiba rakan aku ajak aku keluar waktu dinihari....aku dengan alasan ingin online terus siap siap dan keluar dari rumah.....

melepak dengan bibik memang banyak yang diceritakan....bibik cerita....dulu sewaktu beliau baru sampai di malaysia kita yang indah dan permai yang penuh dengan rakyat berbilang bangsa yang saling toleransi dan menjaga sensitiviti masing masing ini.....owh....panjang sekali mahu menerangkan perihal malaysia....definisi yang tepat atau tidak....itu cerita di dapur bukan di ruang tamu.....

bibik cerita beliau memulakan kariernya sebagai amah dari indonesia yang diselia oleh satu agen pembantu rumah yang bibik sendiri tak cerita.....beliau mula berkerja di rumah seorang majikan berbangsa 1malaysia yang bukan beragama islam...


dipendekkan cerita sepanjang bibik berkhidmat di rumah bangsa 1malaysia itu....bibik mengalami kerumitan untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslimah.....bibik bercerita....majikan berbangsa 1malaysia itu melarang bibik bersolat....paling teruk dan mengharukan....bibik pernah bersolat di dalam kamar mandi....ya....bilik air....pernah tak anda solat di bilik air??....selain itu pernah sekali anak majikan bibik terlihat bibik bersolat....anak kecil itu jadi kaget....kata bibik...anak kecil itu lihat bibik memakai telekung seperti hantu...akibatnya telekung bibik dibakar....jadi bibik tidak ada telekung lagi....selain itu....mashaf quran dan surah yasin kecil bibik juga turut dibakar oleh majikan berbangsa 1malaysia itu.....bibik pernah mengutarakan hal ini pada majikannya....tapi majikannya mengugut bibik dan dengan ugutan yang buat bibik tersepit dalam situasi....penyudahnya...bibik terpaksa diam dan tidak berbuat apa apa....selain itu majikan bibik merupakan pemakan binatang haram bagi umat islam.....bibik pernah sampai lima bulan berturut turut sekadar memakan mee segera maggie untuk mengelakkan bercampur makanan dengan keluarga bangsa 1malaysia itu.....sehingga suatu hari setelah genap kontrak bibik dengan agen tersebut.....bibik tidak memaklumkan pada majikannya....kebetulan pada waktu itu tahun baru bagi bangsa 1malaysia itu....bibik diberikan duit bersampul merah....sebanyak RM35.00....bibik nekad dan terus melarikan diri dari rumah durjana itu..... bibik terpaksa menunggu sehingga tamat kontrak dengan agen itu kerana beliau akan dikenakan denda jika melanggar kontrak yang telah dipersetujui tanpa difahami bibik....itu antara ujian untuk bibik....kalau nak cerita semua...memang panjang...


kesilapan yang aku lihat di sini....kenapa agen tersebut boleh menempatkan seorang pembantu rumah islam di rumah majikan yang bukan islam??....ya....sangat pasti yang difikirkan hanyalah untung dan kebajikan pekerja dibelakangkan.....perangai macam setan.....mendengarkan kisah bibik itu....aku jadi kelu....apa aku, kita, mereka, yang pada kad pengenalan mereka punyai tulisan islam....mampu buat??....siapa lagi yang harus bela saudara kalau bukan saudara sendiri??....sampai bila ini terus dilihat didengar tanpa sebarang reaksi??....


banyak soalan perlu diutarakan....tapi siapa mampu jawab dengan aksi....tak ramai boleh lakukan....mana pergi orang orang besar yang letak manifesto mereka sebagai manis madah??....apa fungsi islam hadhari??...apa fungsi mereka yang menyandang jawatan tinggi tinggi dalam agama rasmi??.....

yes!...curiosity kills cat....but they do left us with no carrot...
last words...
cilake....
jangan sampai aku naik mimbar satu hari nanti....
aku sembur seekor seekor sampai basah kuyup.....
saya bukan pro untuk mana mana pihak....
saya cuma mahu kebajikkan agama diletak pada prioriti tertinggi....sekian....

Why?


pujangga berhenti tapi nangis lagi waktu sore di cabul hujan taufan yang bernafsu...

jingga yang selalu merah itu hari ini gelap biru bagai di simbah dakwat dari tentakel kurita...

lalu untuk apa tawa itu andai pelangi belum sempat di persembah tapi sore telah tiada...

terus untuk apa riang itu andai getir yang menyimbah terus ganas membasah...

detak nadi kian sirna saat sinar biru purnama bertukar warna....

gah yang dulu bisa diobrol megah kini punah digenggam tulah....

dada yang berombak gagah menawan rimba dulu kini jatuh di tarik tuah....

benar sekali satu hari satu bulan satu ribu satu diseru maha satu....

belasungkawa untuk petang itu masih tetap dalam hitam gelap kekelabu....

walaupun petang itu berhenti ketika hijau jambu ranum berbau....

korong itu kosong lagi bila apa pun yang datang bertangan kosong....

yang berisi hanyalah sang kerdil yang tak tahu sangsi dunia omong bohong.....


"B" bold untuk bangsa "M" bold untuk merdeka

seruling pagi itu bebunyi lagi....
gegak gempita kelawar malam pulang ke gagang....
temujanji matahari hari ini belum pasti lagi....
sebab tetamu semalam belum pamit lagi...
badik sudah terlekat kemas...
belikat sudah diikat ketat....
capal sudah rapi terlekat....
tinggal denai yang belum cermat terlipat....
selangkah bismillah di laung kuat...
hari ini hari satu pihak akan kalah ikut adat....
hari ini hari satu pihak akan menang ikut syarat....
semua kena setuju dengan suara yang sebulat...
(huh...penat~)...ok...ritma lama kita buang....
lepas mahmud mangkat di julang....
lepas tuah tak pernah pulang....
lepas jebat dituduh dalang....
semua ini dilupa semua orang...
semua ini tak pernah dikenang kenang....
membazir abdul rahman terbang seberang....
sia sia hussein onn terus berjuang....
kerna korupsi dan kerosakkan tak pernah hilang....
wahai orang orang besar berpangkat tuan....
sini dengar aku orang kecil bebas merdeka mahu ingatkan....
Tuhan pesan keamanan pasti bertandang....
jika hakam Dia dan kehidupan kau patrikan....





terimakasih adil bawak aku ambil angin
mintak maaf malaysia...
aku pakai T australia diambang merdeka kamu